Rabu, 21 Januari 2015

NAJIB JADI CADDY OBAMA





BIK MAMA , CADDY DAN OBAMA


Pada 12 Januari yang lalu ajensi berita Bernama melaporkan nasehat dari Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor. Nasehat ini muncul dalam Program Permata. Nasehat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu terberak.

Akhirnya untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan kerana Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor baru saja selesai menggunakan pesawat resmi kerajaan – merayau dan bercanda-canda kesaorangan tanpa sang isteri... opps... tanpa Najib.

Media baru, face book dan tweeter – heboh sakan – tentang Rosmah Mansor yang menggunakan jet kerajaan sebagai pesawat pribadi. Malah secara rambang Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan YB Cheng Chung telah mengira kos Bik Mama bercanda-canda mengelilingi dunia. Dari Hawai ke Indianapolis ke Los Angeles, ke London, ke Dubai ke Bangkok sebelum pulang ke Rembau.

Dikatakan hampir 1 juta ringgit telah digunakan hanya untuk duit minyak. Ini belum dikira tenaga kerja, sewa tempat parking dan dan dan. Bayangkan berapa ratus ribu butir telor boleh dibeli dengan 1 juta ringgit untuk mangsa banjir?

Apabila Rosmah memberi nasehat tentang jimat cermat ini samalah saperti Raja Bersiong memberi nasehat kepada Orang Kedah agar jangan makan banyak hati dan limpa untuk menjaga berat badan. Apabila Rosmah menobatkan dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM) maka ini samalah saperti Pontianak melantik dirinya untuk menjadi Ketua Pengawal Bank Darah Negara.

Walau apa pun, untuk sementara waktu - mari kita lupakan dulu kesah Bik Mama bercanda-canda ini. Mari kita selidiki dan fahami apakah makna Najib berada dalam padang golf bersama Presiden Obama.

YB Datuk Teng bekas Speaker Dewan Undangan Selangor pernah berkata bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah 'jantan suwey'. Semua yang dilakukan oleh Najib semua akan berakhir dengan malapetaka. Betul ke apa yang dikatakan oleh YB Teng ini?

Bayangkan betapa gahnya Najib menjadi caddy kepada Obama. Bukan semua Perdana Menteri dalam dunia ini boleh berpelung menjadi caddy untuk Obama. Mustahil Ibrahim Ali yang BI-nya kurang 'Anglo' akan dapat menjadi caddy Obama walau pun Ibrahim melaung, menangis dan meronta-ronta. Jelas tugas caddy ini telah dipilih oleh Obama untuk Najib. Tetapi suwey yang datang. Ketika Najib bercaddy-caddy banjir melanggar Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sebaik sahaja gambar Najib berbaju merah jambu sedang memungut bola golf tersebar – Face Book, tweeter dan blog tak senang diam. Heboh heboh dan heboh. Bukan heboh tentang bola golf tetapi heboh mengutuk dan menganjing Najib. Hashtag #najibsuwey menjadi trend.

Akhbar tersohor Amerika - Washington Post yang membocorkan berita Najib menjadi caddy ini pun turut sama bertanya : apakah ini contoh seorang pemimpin Dunia Ketiga. Negara sedang banjir tapi masih sanggup menjadi caddy kepada Obama.

Dengan tak semena-mena tanpa Pakatan Rakyat merancang atau mengupah - media antara bangsa telah seirama serentak mengkritik perangai Najib yang dilihat tidak bertanggung jawab membiarkan rakyat tenggelam dalam banjir.

Sebenarnya menjadi caddy pada Obama atau pun bermain golf dengan sesiapa sahaja bukan satu jenayah. Main golf bukan sama dengan letupan C4. Kayu golf bukan pedang. Najib dikritik dan ditibai tanpa henti kerana dia bercanda-canda ketika banjir sedang melanda. Najib dilihat 'vulgar' dan tidak bertanggung jawab.

Sebenarnya apa tujuan Obama menjemput Najib menjadi caddy? Ramai yang meramalkan bahawa Najib ' disogok' dengan bola golf agar Najib bersedia menanda tangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perjanjian TPPA ini telah ditentang oleh rakyat Malaysia. Malah ada bahagian-bahagian perjanjian ini TIDAK diketahui oleh rakyat. Semua dirahsiakan dari pengetahuan umum. Fasal-fasal rahsia ini satu pekara yang hangat dibincangkan.

Bukan ini sahaja. Jika Najib menanda tangani TPPA maka dengan serta merta Fasal Hak Keistemawaan Melayu, Hak Biasiswa Bumiputera, Kontrek Direk Nego - budaya kontrektor Bumiputerta Melayu Islam akan tamat. Ini hanyalah beberapa contoh yang akan lupus.
Sebenarnya TPPA ini adalah penjajahan kuasa imperialis kali kedua. Penjajahan datang dengan bentuk perjanjian. Apakah kita lupa Pejanjian Pangkor 1874? Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 yang memisahkan bumi Melayu. Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Thai 1909 yang mengagihkan 4 wilayah Melayu kepada Siam.

Hakikatnya Malaysia akan hilang kedualatan. Hukum dan undang-undang Malaysia akan diketepikan dalam pejanjian TPPA.

Biar saya berikan satu contoh yang jelas. Pada ketika ini Sabah dan Sarawak TIDAK membenarkan peguam Semenanjung beroperasi di Sabah atau Sarawak. Ini untuk menjaga kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak. Dengan TPPA semua peraturan ini akan dilupus. Doktor, peguam dan apa sahaja bentuk pekerjan wajib dibuka untuk semua warga Pasifik.

Hakikatnya Starbuck boleh membuka cafe di Kuala Klawang Jelebu. Maka Kak Kiah Itik Salai di Senaling juga boleh buka warung bawah pokok di San Francisco. Perjanjian ini dilihat sama tapi hakikatnya berat sebelah. Pekara inilah yang TIDAK diterangkan oleh Najib Razak secara tuntas.

Najib Razak sebagai Presiden United Malays National Organisation telah tidak berlaku jujur kepada ahli partinya. Jika ahli Parti Ketuanan Melayu ini tahu dan sedar akan implakasi TPPA maka saya yakin Najib akan disingkir. Kerana dengan menanda tangani TPPA bermakna Najib mengantung mati Falsafah Ketuanan Melayu.

Dalam hal TPPA ini – kepada rakyat Malaysia Najib Razak boleh berbohong. Saperti Najib berbohong untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Sebelum saya teruskan - sila renong sajenak : Pada hemat saya Najib dijemput menjadi caddy bukan hanya untuk TPPA. Mustahil Sang Caddy datang bagitu jauh sekali menyeberang lautan. Mustahil yang dipinta oleh Obama hanya TPPA?

Justeru, saya terus membaca dan menyelidiki apa sabenarnya yang diidam-idamkan oleh kuasa imperial Amerika. Pasti satu yang penting jika tidak mustahil Najib diajak menjadi caddy. Justeru untuk memahami ini kita wajib keluar dari kesah Rosmah bershopping di Bangkok atau kesah Najib diserang E-coli.

Selain dari TPPA ini ada satu lagi yang maha penting dalam strateji Amerika untuk terus menguasai dunia ini. Umum mengetahui bahawa Amerika telah mengubah dasar pertahanan. Kini dasar pertahanan Amerika dipanggil Pivot Asia atau Mempasak Asia. Amerika dari tahun lalu telah mula memindahkan bala tenteranya ke Asia. Lebih tepat lagi ke Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Mempasak Asia ini bermakna membuka kembali pengkalan tentera lama saperti di Telok Subic Pilipina. Membuka kembali pengekalan tentera di Siam. Memperbesarkan lagi loji, gudang dan gedong membaiki kapal dan perlatan tentera di Singapura. Lapangan terbang Pulau Guam dan Okinawa Jepun menjadi penting. Taiwan menjadi stratejik kembali. Jepun yang tertalok dibawah Perjanjian Pertahanan dengan Amerika wajib dipersenjatai kembali. Pine Gap sarang risikan di tengah-tengah padang pasir Australia akan menjadi pusat terpenting.
Bagaimana dengan Sang Caddy?

Satelah melihat semua perkembangan ini saya amat yakin Obama dan CIA sedang merancang untuk membuka satu pengkalan tentera di Malaysia. Pasti Sang Caddy telah ditanya hal ini.

Pada 16 September tahun lalu – dengan lucah soldadu Amerika telah mendarat di Kelantan dan Teragganu. Ini hanya permulaan kerana dalam strateji Mempasak Asia – Malaysia menjadi penting kerana kedudukan yang betul-bertul di selatan China.

Jangan lupa musuh utama – musuh yang dirancang oleh Amerika pada ketika ini ialah China. Ini bukan kerana China membawa idealoji sosialis atau Marxis. China kini ditakrif sebagai musuh Amerika kerana China telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika telah jatuh ke tangga ke dua.

Saperti yang sering saya terangkan politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan punca-punca ekonomi. China sedang menandingi keupayaan Amerika dalam bersaing untuk mengepong dan memukal bahan-bahan mentah dari serata pelusuk dunia.

Pada hemat saya wilayah yang diidamkan oleh Amerika ialah Pengerang. Inilah wilayah stratijik dalam perancangan Mempasak Asia. Kenapa saya meramalkan Pengerang sebagai pengakalan bala tentera Amerika?
Kita tidak perlu belajar di Havard atau Westminster untuk memahami kenapa Pengerang dipilih. Wilayah seluas 22,000 ekar ini dikatakan untuk loji pembersihan dan penapisan minyak mentah. Berbelas-belas kampong dan bandar telah dipaksa pindah. Kenapa ini dilakukan? Masuk akal keluasan 22,000 ekar ini hanya untuk syarikat minyak?

Justeru kesah Rosmah Mansor bercanda dan bershopping ini hanya 'diversion' untuk kita sama-sama senyum kambing. Jangan kita terlalai. Rosmah Mansor bukan ajenda Pivot Asia walau pun badan Rosmah besar.

Kita jangan terperangkap apabila melihat bola golf. Yakinlah ketika Najib menjadi caddy di Hawaii badan perisek Amerika sedang memerhatikan sama ada Najib ini akan selamat atau tidak. Mereka sedang merisik sama ada perlu disedia saekor lagi caddy baru untuk mempastikan pengkalan tentera dapat didirikan di Tanah Melayu. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan  mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-2130-45





----------------

3 ulasan:

  1. Amerika mencanangkan pelampau agama dan keganasan dan senjata pemusnah..untuk tumbangkAN SADDAM, GADAFI..mengkucar kacirkan SYRIA, DAN Semua ini dia lakukan bersama pemborong bola golf - Israel..untuk godak palestin dan lubnan..misi beberapa dekad itu dah selesai..mereka dapat mengawal minyak..dan negara teluk..sekarang giliran asia pulak..mungkin x taulah umpan joran dia sama ke lain..,mungkin dia tonjolkan asia dah x selamat..kapal terbang besar pun boleh hilang..maka asia perlu hero..untuk selesaikan masalah..tapi kalau kat asia ni memang nak mengawal kebangkitan china ..dengan Rusia pulak main harga minyak..kekang ekonomi..nak lawan kekuatan tentera x mampu..

    BalasPadam
  2. pencerahan terbaik dari TT. lain ni yang paling bagos "Akhirnya untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa." wakaka

    BalasPadam