Selasa, 6 Januari 2015

NAJIB TIPU - ROSMAH KENCING BERDIRI





RESPON TERHADAP PENJELASAN 

PEJABAT PERDANA 

MENTERI BERKENAAN 

JET RASMI 9M-NAA

Selepas seminggu Pejabat Perdana Menteri membisu terhadap isu Jet Rasmi 9M-NAA yang merantau di seluruh dunia untuk tempoh sepuluh hari yang lepas, akhirnya warga Malaysia menerima pembalasan berkenaan isu ini.

Namun, penjelasan pihak Pejabat Perdana Menteri bahawa jet tersebut berada di Amerika Syarikat di atas masalah teknikal adalah tidak munasabah.

Terdapat beberapa persoalan berikut yang wajib dijawab Perdana Menteri:

1.     Mengapakah Pejabat Perdana Menteri membisu terhadap isu ini dan penjelasan hanya diberi selepas seminggu?

2.     Adakah Jet 9M-NAA berulang alik dari Honolulu, Los Angelas dan New York untuk membeli spare part kapal terbang? Macam mana jet yang mengalami masalah teknikal dibenarkan terbang ke sana dan ke sini?

3.     Di manakan senarai penumpang Jet 9M-NAA?

Selain itu, saya juga membidas laman Facebook “Friends of BN” yang seolah-olah menjadi jurucakap Jabatan Perdana Menteri dengan memberi penjelasan berkenaan penerbangan Jet Rasmi 9M-NAA ini. Penjelasan laman tersebut bahawa jet tersebut menghadapi isu teknikal dan terpaksa singgah di Amerika adalah tidak logik dan penjelasan melalui Facebook tanpa sebarang pengesahan JPM seolah-olah sedang memperlekehkan pegawai-pegawai JPM.

Akhir sekali, lawatan Perdana Menteri ke Bangkok semasa jet 9M-NAA mendarat di Bangkok sekali lagi menjadi misi misteri yang menimbulkan keraguan orang ramai. Seandainya perkara ini masih tidak mendapat penjelasan yang memuaskan, saya sendiri akan hadir ke Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan jawapan, dan saya ingin menjemput “Friends of BN” untuk datang bersama dalam lawatan tersebut.


Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat



-------------

2 ulasan:

  1. Rosmah memang kencing berdiri pun. Dah takleh kencing cangkung sbab klau dah mencangkung takleh bangun berdiri sbab keberatan bontot, klau kencing duduk mau pecah mangkuk jamban. Cuba tanya Rosmah, dia berak pun berdiri ke?

    BalasPadam
  2. Yang amat mengecewakan ialah bila bani melayu jadi bangang pertahankan pemimpin yg dh x betul bilalah bani melayu ni nk bgn melawan aku pun x tau. Kalu buat demo pun ada time 9 to 5 pm dh bersurai x kesan langsung kat bn diaorg senyum je tgk kauorg punya cara demo. Melayu melayu melayu memang layu.

    BalasPadam