Khamis, 29 Januari 2015

SATU PENGAJARAN UNTUK POLIS





DUA JANTAN
 BEBAS 




DUA POLIS 
DI GANTUNG

KOMENTAR
inilah contoh
bagaimana polis
bagaimana mata mata
dijadikan alat
dijadikan barua
dijadikan budak suruhan
oleh elit politik
oleh mereka yang berkuasa
oleh mereka yang kaya

bukan sahaja polis digunakan
hingga ke tali gantung
malah kes mati dalam lokap pun
dituduhkan kepada kecuaian polis
yang kaya 
yang berkuasa
tidak pernah salah

satelah azilah dan sirul bebas
maka kita dengar razak baginda
menyalahkan azilah dan sirul

diharapakan berita ini
akan memberi ajaran kepada
semua anggota polis
kepada anak anak muda
yang akan jadi polis
kepada anak anak pegawai polis
kepada kaum keluarga polis

belajarlah dari pengalaman
lihat apa terjadi kepada
sirul dan azilah

mereka jadi selipar buruk
sudah dipakai di buang

HUKUM GANTUNG
tukar tiub menentang hukum mati
kami percaya bahawa hukum mati
bukan jawapan
kami menolak hukum mati

dalam kes sirul dan azilah ini
jelas yang bersalah
lepas dari apa apa hukuman












Kematian Altantuya ‘hanya kes pembunuhan biasa’, kata 

Razak Baginda 

Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kematian-altantuya-hanya-kes-pembunuhan-biasa-kata-razak-baginda#sthash.beyDWqG8.dpuf





-------------

1 ulasan:

  1. Mana ada polis penyangak la .....semuanya sopan santun le encik Razak...
    Yang mati semua penyangak dan penagih dada(h) ...seperti peragut wan maimunah...
    Hidup segan mati tak mahu lagi .... Asyik menyusahkan...er wan maimunah jer

    BalasPadam