SAYA
CHARLIE TAPI BUKAN CHARLIE
Tulisan
saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah
diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya
telah membuat rumusan ini:
Akhirnya
negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat
tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk
menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan
undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama
dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.
Serangan
ganas keatas kartunis majalah Charlie Hebdo yang berlaku dalam kota
Paris minggu lalu membuktikan bahawa strateji geopolitik ini sedang
berjalan mantap. Strateji geopolitik ini sedang menyediakan suasana
Perang Dunia ke3.
Majalah
Charlie Hebdo ialah majalah lawak satira. Saya merayakan satira dan
lawak. Malah saya sendiri melakukan kerja 'lawak berdiri/stand up
comic'. Blok saya : tukartiub adalah blog satira politik. Justeru
lawak dan satira bukan satu yang asing untuk saya.
Dalam
komidi dan dalam garis politik saya TIDAK menyokong apa sahaja
gerakan atau kumpulan yang mengakui mewakili Tuhan. Saya menentang
keganasan yang reaksionari. Saya menyokong anak semua bangsa untuk
merayakan kepercayaan semua agama. Saya menentang cita-cita dan niat
yang memperlekeh apa sahaja agama. Saya merayakan anak semua bangsa
yang menganut apa saja agama. Dalam masa yang sama saya juga
merayakan mereka yang tidak beragama.
Justeru
saya juga Charlie dan saya juga BUKAN Charlie.
Saya
mengutuk pembunuhan keatas kartonis majalah Charlie Hebdo. Saya
mengutuk pembunuhan itu yang dilakukan atas nama Islam. Atau atas
alasan mempertahankan Nabi Muhamad. Atau alasan tidak sensitif
terhadap agama.
Dalam
masa yang sama saya juga mengutuk kebodohan dan kebangangan majalah
Charlie Hebdo. Saya anggap majalah ini bodoh dan bangang. Bukan saja
majalah bangang tapi majalah rasis. Justeru, saya mengutuk majalah
ini yang berselindung dibelakang tabir kebebasan bersuara.
Dua-dua
kumpulan – yang dibunuh dan yang membunuh – untuk saya sama-sama
karut. Dua-dua kumpulan ini sedang menjadi alat daulah terpendam/deep
state. Secara sedar atau tidak sedar mereka adalah bidak catur dalam
stratreji geopolitik kuasa imperialis.
Majalah
Charlie Hebdo ini tidak melakar satira politik yang bijak. Dari
ilmu semiotik – jika diperhatikan maka kita tidak akan salah jika
membuat rumusan bahawa ini adalah majalah rasis. Amat jelas -
dibelakang satira ini adalah sanubari rasis Peranchis yang terpendam
dalam. Ramai warga Peranchis bermimpi angkuh dan berangan-angan
bahawa dunia yang indah ini hanya dunia Peranchis
Memang
betul ada unsur agama yang kadang-kandang boleh dilihat sebagai lawak
dan komidi. Tapi bukan saperti yang digarap oleh Charlie. Majalah
ini menghina dan mengutuk agama.
Satelah
serangan berlaku maka Peranchis menjadi riuh dan heboh. Ini bukan
heboh se Paris. Kini telah menjadi heboh sedunia. Maka pandangan yang
akan saya ajukan ini mungkin akan dilihat sebagai pandangan
minoriti. Pandangan saya ini melanggar dan menentang pandangan arus
perdana.
Tembakan
dan letupan dari kedua belah pihak ini sedang menimbulkan banyak
persoalan. Untuk sementara waktu jangan kita terperangkap dalam
pebagai teori yang tersebar. Tidak berguna kita bertegang lidah cuba
membuktikan bagaimana ledakan Kalashnikov itu TIDAK kena kepada
kepala polis. Atau kenapa darah tidak membasahi jalan raya. Untuk
saya - kita TIDAK perlu teori-teori untuk memahami apa yang sedang
berlaku.
Dihujung
minggu lalu dilaporkan lebih dari 40 orang pemimpin dunia dari
pelbagai 'bentuk dan genre' telah mengutuk pembunuhan dan
bersimpati dengan Peranchis.
Ada
yang bernama Merkel, ada yang bernama Obama, ada yang benama
Netanyahu, ada yang bernama Cameron. Kita juga diberitahu berjuta
warga Peranchis telah turun ke jalan raya berdemo mengutuk apa yang
ditakrifkan sebagai 'Extremis Islam'.
Apabila
saya terbaca nama Merkel, Obama, Netanyahu dan Cameron yang
bersimpati dengan Peranchis maka saya jadi loyo dan hampir keluar
'muntah taik'.
Kalau
saya katakan 'padan muka' maka saya anggap diri saya kurang ajar.
Saya akan dituduh tidak memiliki garis politik yang lurus. Tapi biar
saya terangkan sajelas hari siang disini tentang apa itu politik dan
apa itu realpolitik. Para pembaca boleh membuat rumusan sendiri.
Sosok
yang menjadi Presiden Peranchis namanya Francois Hollande. Dibawah
pimpinan Hollande kita lihat bagaimana Peranchis terlibat secara
gelap dan secara terbuka dalam mengimplementasi strateji geopolitik
kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis.
Seawal
2011 Peranchis secara sulit telah memberi senjata kepada puak
Extremis Islam yang menentang Gadaffy di Libya. Akhbar Telegraph
dari London pada 29 Jun 2011 telah melaporkan kenyataan jurucakap
tentera Peranchis Colonel Thiery Bukhard yang mengakui bahawa
Peranchis telah memberi senjata ringan kepada kumpulan anti-Gadaffy.
Tiga bulan kemudian Peranchis bersama bala tentera Nato telah
mengebom Libya.
Pada
15 November 2012 BBC London telah melaporkan pemberian senjata dari
Peranchis kepada kumpulan Extremis Isam yang anti-Bashar di Syria.
Pada
14 March 2013 akhbar Guardian London melaporkan kerjasama Britain dan
Peranchis dalam usaha bersama untuk mempersenjatai kumpulan Extremis
Islam yang anti-Bashar. Laporan ini juga menyebut bagaimana Francois
Hollande telah pergi ke Brussels untuk berkempen di Parlimen Eropah-
meminta negara-negara Eropah yang lain menyokong langkah Britain dan
Peranchis. Hollande juga meminta negara German bersetuju untuk
menghapuskan sekatan senjata keatas Syria agar senjata dapat
dihantar kepada kumpulan anti-Bashar.
Pada
21 Ogos 2014 yang baru lalu stesen TV France24 telah melaporkan
berita Presiden Francois Hollande telah menghantar senjata kepada
kumpulan yang sedang menyerang Bashar al-Assad.
Apa
yang ingin saya buktikan disini ialah kumpulan Extremis Islam yang
dikatakan menyerang Charlie Hebdo itu telah bertelor, mengeram,
menetas dan dibesarkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis.
Peranchis ada salah satu negara yang membekal senjata untuk kumpulan
Extremis Islam ini. Tukang bayar harga senjata ini tidak lain dan
tidak bukan ialah Saudi Arabia. Dari apa yang saya pernah baca Saudi
Arabia ini dikatakan sebuah negara Arab yang beragama Islam.
Kumpulan
Extremis Islam ini datang dalam pelbagai bentuk – awalnya mereka
dikenali sebagai al-Qaeda kemudian menjadi Jabhar al Nusra dan hari
ini menjadi ISIS. Walau pun apa nama mereka bukti telah menunjukkan
bahawa Extremis Islam ini semuanya adalah anak didik Amerika.
Pada
16 Julai 2014 akhbar Gulf Daily News dari Bahrain telah melaporkan
kenyataan Edward Snowden. Anak muda yang melarikan diri dari Amerika
ini adalah bekas penyelidik Jabatan Risikan Amerika (NSA). Mengikut
Snowden ISIS telah dirancang oleh badan risikan Britain dan Amerika.
Edward
Snowden juga telah membocorkan fakta tentang Abu Bakr Al-Baghdadi.
Sosok yang dikatakan menjadi Khalifah ISIS ini telah dilatih selama
satu tahun oleh Mossad. Latihan diberikan dalam ilmu teoloji agama
dan cara berpidato yang boleh menarik perhatian orang ramai.
Ketika
tulisan ini digarap seluruh dunia sedang heboh tentang Charlie Hebdo.
Media arus perdana sedang menggoreng isu ini semasak mungkin untuk
menyediakan suasana dimana perang boleh dilancarkan atas nama
mempertahankan kebebasan bersuara. Perang boleh diteruskan atas nama
menentang extremis agama.
Dengan
apa yang telah berlaku warga dunia akan bersedia – akan terbuka
hati untuk menerima apa sahaja rancangan dari pemimpin mereka. Rakyat
yang takut senang menjadi Pak Turut. Senjata boleh ditempah dan
dipesan. Saudi Arabia dan Negara Arab Telok boleh memesan senjata
baru dan membayar dengan dolar yang mereka kumpulkan hasil dari
jualan bahan bakar petrolium.
Serangan
keatas Charlie Hebdo ini secara bijak telah menenggelam ingatan kita
kepada kematian warga Pakistan yang saban masa dibom oleh drone
Amerika. Media telah berjaya membesarkan berita Charlie ini
sehinggakan kita terlupa bahawa saban hari ada warga Yemen yang mati
di bom oleh Amerika melalui drone.
Dengan
bijak media milik kaum pemodal telah berjaya membawa satu naratif
- satu jalan cerita bahawa Extremis Islam adalah punca masalah dunia.
Naratif ini sedang tersebar dengan meluas.
Tulisan
saya ini adalah kounter naratif atau satu jalan cerita yang lain.
Saya melihat bukan hanya pembunuhan, bukan hanya ledakan Kalashinkov.
Saya mahu para pembaca juga menyoal – dari mana datangnya Extremis
Islam ini? Siapa pembekal Kalashinkov ini? Siapa tukang bayar semua
ini.
Kalau
polis menyiasat kes bunuh ada tiga pekara yang wajib dikenal pasti.
Pertama apa senjata yang digunakan. Kedua apa tujuan pembunuhan
dilakukan. Ketiga: mana mayat mangsa pembunuhan.
Dalam
menganalisa politik – dalam real politik kita – saperti polis
yang menyiasat wajib bertanya CUI BONO.
Ini perkatan dalam bahasa
Latin. Makna cui bono ialah siapa dapat untung. Dalam realpolitik
untung ini ialah kejayaan melaksankan satu strateji politik yang
akhirnya akan memperkukuh kuasa. Dengan kuasa yang kukuh maka dolar
dan riyal dapat dikumpul. Justeru cui bono ini wajib terus dijadikan
asas untuk memahami politik. Bukan sahaja politik luar negara malah
politik Malaysia juga boleh ditanya melalui soalan cui bono?
Minggu
ini terbukti apa yang saya tulis pada 25 November 2014 lalu menjadi
tepat. Ini disahkan oleh kenyatan Ketua Polis Negara mengenai
Charles Hebdo. Ketua Polis Negara telah berkata bahawa amat perlunya
Akta Hasutan 1948 diteruskan untuk mengelakkan dari berlakunya
serangan saperti di Paris.
Kenyataan
Ketua Polis Negara ini jangan dibaca sebagai lawak atau dibaca
sebagai satira. Untuk saya apa yang jelas ialah TIDAK lama lagi
pasti ada satu undang-undang baru untuk mengawal dan menangkap orang
ramai yang semakin berani bertanya - cui bono? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045
-------------
Aku rasa antara Najib dgn Tukar Tiub, rasanya Tukar Tiub yang lebih layak jadi PM.
BalasPadamKalau TT jadi PM, Najib jadi apa?
Najib jadi Tukang Urut 1Malaysia...kihkihkih
Apa apa lawak selagi tidak menghina apa apa agama tiada masalah.
BalasPadamNak pakai nama melayu ke , jawa ke , inggeris ke atau peranchis ke , itu bukan masalah.
Bila satu lawak menghins agama dan kepercayaan kepada Tuhan melibat kan orang ramai , itu yang menjadi madalah.
Contoh nya satu kaum percaya dan tunduk kepada Tuhan Keldai ; jika di kartun kan Tuhan Keldai kencing duduk sudah pasti marah oleh kaum keldai iru tadi.
Nak buat apa bagi kaum matah ???
Itu daja.
Bebende bahalol mana ada orang suka.
TT, saya tidak setuju dengan pandangan TT kali ini. Charlie Hebdo ialah majalah satira yang berhaluan kiri, yang mengkritik agama, tidak kira agama apa pun, kerana agama menentang pemikiran saintifik dan kemanusiaan. TT sepatutnya bersolidariti dengan editor-editor Charlie Hebdo, bukannya mencemuh mereka. Saya harap TT ambil kritikan ini sebagai kritikan dari ahli kaum kiri, untuk kaum kiri.
BalasPadamFrancois Hollande ni presiden Perancis dari parti sosialis. Sungguh tidak disangka sosialis pun sanggup jadi barua kapitalis dan Amerika.
BalasPadamkalau kita bandingkan profesori kangkong kat malaysia ni dengan tt siapa lebih bijak ! aku pilih tt sebab tt menulis berapa duit ! berbanding profesori yg dpt gaji lumayan kaki budek kaki auta .
BalasPadamnanti ada pulak kaki komen yg lulus sekolah longkang buat komen otak longkang najis mynmmar.
Cui Bono bro.
BalasPadamJgn cuci bontot
god bless u bro..moga tuhan allah merahmati anda..ni lebih jelas dari kelas hukum mhukum middle east..kelas hukum mghukum adalah sosok direkacipta secara tak langsung utk menetaskan butir2 qaeda,isis dll..yg dianuti bukan agama tp budaya arab saud, arab benua hindi.100thn hindi dijajah brit.bro adalah susok yg akn sy kenang dn doa sejahtera hingga akhir hayat..
BalasPadam