Rabu, 28 Januari 2015

SIAPA SABOTAJ PAKATAN





AJEN, AJEN TIDUR DAN ASET


Dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakayat telah menang. Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. United Malays National Organisation bersama kuncu-kuncunya hanya mendapat 47% undi. Hakikatnya dengan 52% undi majoriti seharusnya Malaysia hari ini dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi kemenangan ini telah disabotaj dan digagalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru lembaga SPR ini secara terbuka adalah ajen atau budak suruhan United Malays National Organisation. Tugas Ajen ini ialah memastikan Parti Ketuanan Melayu ini terus berkuasa. Ajen ini juga akan terus merancang dengan tugas baru untuk mengagalkan kemenangan Pakatan Rakyat.

SPR sebagai Ajen atau budak suruhan – lebih tepat lagi jentera yang dibayar dan digaji oleh gerombolan Ketuanan Melayu. Fakta ini difahami dan disedari umum. Tidak ada perbahalan tentang ini. Orang ramai sedar akan peranan SPR sebagai Ajen upahan. SPR bergerak secara terbuka. Umum boleh melihat dan membaca siapa kepalanya.

Waspada – selain dari Ajen Terbuka ini ada lagi dua lembaga yang tersorok dan terpendam. Mereka bergerak secara gelap. Dalam kerja politik mereka ini dipanggil 'sleeper dan asset'. Saya Melayukan sleeper sebgai Ajen Tidur dan asset sebagi Aset. Sosok-sosok ini – Ajen Tidur dan Aset – juga termasuk dalam jaringan kawalan Daulah Terpendam.

Mengapa saya sering menulis dan cuba merungkai Daulah Terpendam, Ajen, Ajen Tidur dan Aset? Tujuan saya ialah untuk memberi pencerahan tentang bagaimana kuasa bergerak. Untuk memberi kefahamam kepada orang ramai bahawa dibelakang ahli-ahli politik – dibelakang para YB dan para Menteri ini – ada lagi kuasa yang membantu mereka. Sosok-sosok ini bergerak secara gelap.

Saya juga berniat untuk memberi kefahaman politik kepada orang ramai tentang kenapa munculnya beberapa pekara - beberapa isu yang terus hangat diperkatakan hari ini. Contohnya kenapa isu Hudud muncul sekarang?. Kenapa isu Kerajaan Tempatan muncul sekarang? Kenapa isu-isu ini muncul? Siapa yang memunculkan isu ini?
Ketika berperang kita perlu maklumat. Kita mahu tahu pemikiran dan strateji musuh. Kita memerlukan propaganda. Kita wajib merosakan stratiji pertahanan musuh. Kita wajib memberi maklumat salah kepada musuh agar musuh membuat tindakan yang salah. Politik ialah perang. Perang untuk merebut kuasa.

Justeru peranan dan gerak kerja Ajen, Ajen Tidur dan Aset menjadi satu yang amat penting. Dizaman Amerika dan Soviet Union bertempur dalam Perang Dingin kerja-kerja risikan telah berkembang menjadi seni. Dalam pertempuran Perang Dingin inilah munculnya Ajen, Ajen Tidur dan Aset.

Hari ini cara kerja dan pendekatan Perang Dingin masih berjalan. Selagai ada perebutan kuasa antara yang miskin dengan yang kaya maka pertembungan akan berterusan. Justeru dalam politik Malaysia hari ini kita sedang melihat Ajen, Ajen Tidur dan Aset sedang bergerak cergas dan menjalankan tugas.

Pada ketika ini tugas atau peranan utama para ajen ini hanya satu: Gagalkan Pakatan Rakyat dari berjaya menubuhkan kerajaan. Untuk melunaskan tugas ini para ajen wajib merosak dan memecah belahkan Pakaran Rakyat. Inilah 'brief' mereka. Untuk memahami bagaimana mereka menjalankan tugas - mari kita selidiki satu persatu.

Fakta membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah menang dalam PRU13. Fakta membuktikan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS telah memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa Pakatan Rakyat berupaya untuk mentabir. Fakta membuktikan orang ramai telah bersedia untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Justeru semua ini wajib disabotaj. Semua ini wajib dirosakkan. Siapa yang akan merosakkan?

Jangan terperanjat jika secara terbuka saya nyatakan disini dalam PKR, dalam DAP dan dalam PAS ada Agen, Agen Tidur dan Aset. Amatlah bodoh dan bangang parti United Malays National Organisation jika tidak mengarah Deep State/Daulah Terpendam untuk menyusupkan agen-agen mereka ke dalam Pakatan.


Dengan itu saya amat yakin dalam DAP, dalam PKR dan dalam PAS terdapat ajen-ajen ini. Terdapat Agen Upahan, terdapat Agen Tidur dan Aset.

Untuk memahami fakta ini biar saya bawa kembali kepada sejarah Barisan Sosialis. Ini adalah gabungan politik Parti Rkyat Malaya bersama Parti Buruh yang muncul pada tahun 1958. Dua parti politik arus kiri ini amat berpengaruh dizaman awalan sesudah British mengundur. Kerja politik kaum kiri ini berkemungkian membawa politik beru kepada Tanah Melayu pada ketika itu. Barisan Sosialis ini menjadi parti ketiga terbesar dalam Parlimen pada tahun-tahun sesudah British mengundur. Ini dizaman sebelum wujudnya DAP.

Barisan Sosialis ini memiliki perwakilan yang ampuh dan amat berpengaruh dikalangan rakyat. Buktinya: selain dari kerusi Parlimen – Barisan Sosialis ini juga memenangi hampir semua kerusi Kerajaan Tempatan yang dipertandingkan.

Jelas pengaruh Barisan Sosialis ampuh. Rakyat memiliki keyakian keatas pemimpin mereka. Maka Daulah terpendam mula bergerak melalui Ajen-ajen mereka. Ketika ini tidak wujud isu Hudud. Yang ditimbulkan oleh ajen-ajen ialah isu BAHASA. Isu bahasa ini sengaja dimunculkan sebagai taktik untuk memecah belahkan setiakawan Parti Rayat dengan Parti Buruh.

Agen dikedua-dua parti mula bergerak. Heboh dan heboh tentang bahasa. PRM mahu Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan manakala Parti Buruh mahu memanggil Bahasa Melayu lingua franca. Akhirnya mereka beramok. Dua parti ini bergaduh. Akhirnya setiakawan arus kiri ini pecah dan Barisan Sosialis terbarai hancur. Semua ini hasil kerja para agen Daulah Terpendam.

Apakah para pembaca TIDAK nampak persamaan dengan apa yang sedang berlaku sekarang?

Hari ini bukan heboh heboh tentang Bahasa. Tapi heboh dan heboh tentang Hudud. Heboh tentang Kerajaan Tempatan. Heboh ini muncul ketika rakyat amat yakin akan keupayaan Pakatan untuk menjadi kerajaan. Heboh ini muncul ketika rakyat sudah bersedia untuk menggulingkan United Malays National Organisation. Hudud muncul setiap kali rakyat sedang bangun diambang kemenangan. Kenapa tetiba satu ajenda 'bodoh dimuculkan'

Mendiang Karpal Singh menimbulkan agenda Hudud. Ini bukan bermakna Karpal ini Agen. Tidak samestinya yang menimbulkan agenda itu Agen. Besar kemungkinan Sang Agen ini TIDAK diketahui muka dan namanya. Sosok ini bekerja dibelakang tabir. Malah tidak samestinya Agen ini ahli DAP. Kalau ahli DAP bermakna si Agen ini adalah Agen Tidur yang bangun pada ketika dan masa yang dia diperlukan untuk menjalankan tugas.

Agen Tidur adalah agen yang telah lama menyusup masuk dan hanya melakukan tugas apabila ianya diperlukan. Agen jenis ini hanya akan bangkit apabila saat dan ketikanya telah sampai. Agen jenis ini juga wujud dalam PAS dan wjud dalam PKR.

Justeru tidak mustahil Agen Tidur dalam DAP ini telah berjaya meyakinkan Karpal Singh. Dalam masa yang sama Agen Tidur dalam PAS juga telah meyakinkan Nik Abduh, Tantawi, Nik Amar dan Haji Hadi untuk menyambut isu Hudud dari DAP.

Akhirnya Hudud menjadi agenda yang berpotensi membawa pepecahan dlaam Pakatan Rakyat. Ini sama saperti agenda BAHASA yang telah berlaku dalam Barisan Sosialis dahulu. Sejarah berulang.

Dalam gerakan politik ada satu perkataan Latin yang wajib diketahui: CUI BONO? Maknanya siapa untung. Memahami cui bono ini amat-amat penting dalam memahami gerak kerja politik. Jika gagal memahami cui bono maka kita akan gagal untuk memahami real politik.

Contohnya cui bono dalam serangan Charlie Hebdo? Sekali imbas kita melihat bahawa ini adalah kerja extremis Islam. Tetapi data dan fakta yang kini mula muncul mula dan membuktikan bahawa semua ini adalah perancangan Deep State. Malah Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan merasakan semua ini adalah 'satu perancangan' untuk melemahkan Islam.

Cui Bono – siapa untung dalam pertelagahan antara PAS dan DAP dalam isu Hudud? Amat jelas bahawa yang akan meraih keuntungan besar ialah United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini telah mimpi terpancut disiang hari apabila PAS dan DAP mula bergaduh. Ajen-ajen mereka dalam Pakatam telah lama bekerja untuk memecah belahkan setia kawan antara tiga parti ini.

Gerombolan Ketuanan Melayu telah melamar PAS. Telah mencadangkan Kerajaan Perpaduan. Telah menyatakan secara terbuka bahawa United Malays National Organisation tidak akan menentang PAS jika Hudud dibawa ke Parlimen. Inilah tanda-tanda cui bono.

Siapa dan apa pula peranan Aset? Aset ini dalam terjemahan literal ialah harta pesaka. Dalam dunia risikan Aset adalah sosok-sosok yang dilihat sebagai harta dan boleh digunakan, boleh diminta pandangan apabila sesuatu Babak Politik terbuka atau satu agenda politik yang baru ingin dilancarkan. Aset ini mungkin ahli akademik, wartawan tersohor, ahli perniagaan, kerabat Bangsawan atau Tuan Hakim. Hakikatnya Aset adalah sosok yang berpengaruh.

Dalam heboh-heboh Hudud ini kiat juga membaca komentar dan pandangan yang dikatakan ' imparyial atau pandangan rasional'. Tidak mustahil ini adalah pandangan Aset yang sedang menjalankan tugas.

Jangan silap faham apabila membaca tulisan ini. Sya TIDAK menuduh Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nik Abduh, Anthony Loke, Nik Amar – sebagai Agen United Malays National Organisation. Apa yang saya cuba paparkan ialah tanpa mereka sedari – mungkin melalui Agen Tidur atau mungkin melalui Aset – para pemimpin Pakatan Rakyat ini sedang menjalankan kerja-kerja politik untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.

Agenda induk Pakatan Rakyat pada ketika ini ialah menggalang perserikatan anak semua bangsa dan bangsa semua agama yang kukuh lagi ampoh. Tujuan perserikatan dan setia kawan ini ialah untuk menggulingkan United Malays National Organisation. Kenapa diambang kemenangan ini tetiba muncul agenda dan isu yang membawa pecah belah. Cui bono? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

-------------

11 ulasan:

  1. Macam filem Hong Kong, "Infernal Affairs".

    BalasPadam
  2. tak tercapai akal si nelayang tangkak ikang yg pakai serbang di gannu tu warih tulisang mung nih!!kahkahkah

    BalasPadam
  3. Ok hang dengar sini TT..aku nak bgtau kat hang

    Chief atau Ketua kepada semua Ejen2 itu ialah sapa?

    Anwar Brahim la woit. Aku dah cakap Anwar Brahim tu masih 'UMNO'

    BalasPadam
  4. Budak Bahalol otak gred 3 sama saja dalam mana mana kampong ada....

    Dalam PAS ada dan bahalol jelas tuk hancur Pakatan.

    Hanya si bahalol saja yang menongkah arus menjala ikan Patin di muara sungai kelang,.


    Serban dan kopiah pun boleh memjala buaya buaya daratan.

    BalasPadam
  5. Setuju benar anwar brahing masih umno....

    BalasPadam
  6. Pak TT yang mana satu...

    Ejen, Ejen Upahang, Ejen Tidoq, Eset?

    Saje je ambe nok tanyo...

    BalasPadam
  7. Betul sham ..aku setuju dgn ko...dari dulu lagi..dekat je PRU ada je isu... tanjak kuli...hudud..melayu..

    BalasPadam
  8. Saya rasa PAS ni bukan lah perjuangkan Islam kerana akhlak yang di tunjuk oleh pemimpin tak gambarkan akhlak org islam. Dan elok lah kalau dema tu join ameno mudarat tu sebab pas ni secara senyap sokong umano.

    BalasPadam
  9. Kalu anwar tu masih umnok kenapa dera diri masok penjara n pecah mata kena belasah rahim nor n kena fitnah blue film n fitnah pukul pongkok n agen yahudi .

    tukang komen sekolah longkang boleh komen hina anwar sebab sekolah longkang biasanya otak najis yg tak boleh disucikan lagi dgn tanah liat.

    puuuui !

    BalasPadam
  10. Kepala taiknya kekal bertatu dacing.

    BalasPadam
  11. Tuan Tt telah berkali kali memberi pencerahan bagaimana tidak terpancut sebelum waktunya
    Tapi banyak rakyat Malaysia lemah tenaga batin dan akal fikiran

    BalasPadam