Jumaat, 2 Januari 2015

SYABAS SELANGOR - JADI CONTOH





Respons Pantas Kerajaan Negeri Selangor Dalam Bencana Banjir Amat Dihargai

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memuji tindakan proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam berhadapan dengan bencana banjir besar khususnya di Pantai Timur Semenanjung.

Langkah segera Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bantuan segera kepada negeri-negeri yang terjejas dan juga membentuk beberapa kumpulan sukarelawan menyumbang tenaga membantu mangsa-mangsa ketika banjir melanda dan juga operasi pembersihan pasca banjir adalah satu langkah yang layak untuk menerima penghargaan dan pujian.

Selain itu juga, SAMM sangat tertarik dengan penambahan dana bantuan berjumlah RM5 juta setelah Menteri Besar Selangor meninjau sendiri kawasan terjejas.

Walaupun bencana besar bukan berlaku di Selangor dan juga sedikit situasi kurang enak antara komponen PR sebelum ini, namun keprihatinan dan semangat setiakawan tetap utuh.

Malah, sikap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak banyak karenah birokrasi dan tanpa berlengah ini dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan seharusnya dijadikan contoh oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang lain. 


Sehubungan itu, SAMM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar, Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor diatas tindakan pantas dan proaktif dalam membantu mangsa-mangsa banjir kali ini.

Mohd Afiq Ayob (Makio)
Kordinator Misi Bencana 
Solidariti Anak Muda Malaysia




------------------

2 ulasan:

  1. Menunjukan rakyat S'gor matang...

    Tidak ada suara sumbang membantah..

    Wang rakyat S'or di salah guna

    Baik Cina Melayu India...etc.semua sekata....Diam..

    Itu tanda mereka setuju malah bergembira bangga agak nya atas keprihatinan Kerajan Negeri yg terkaya di M'sia..

    Tahniah Rakyat Selangor..

    BalasPadam
  2. Bila kita professional dan ada duit pulak , kehidupan kita lebih positif ber daya maju.

    Kelantan Terengganu semua nya bahalol dan gagal , padti tiada duit.

    Bila tak de duit mula buat perangai taik.

    Ini common sense.

    Mama nak sama orang bahalol dengan orang bijak ????

    Muka muka bahalol sama saja , kita tengok gaya muka cakap dan pakaian dudah boleh faham.

    BalasPadam