Jumaat, 13 Februari 2015

DARI BERSIH





KENYATAAN MEDIA 
Tok Guru, ikon politik
 yang melambangkan rendah diri

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) amat sedih dengan pemergian Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak kira fahaman politik, agama, gender dan kaum kita, tidak dapat dinafikan bahawa kita telah kehilangan seorang tokoh negara yang utama dan disegani.

Tok Guru, sebagaimana Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan tersebut dikenali oleh masyarakat umum, telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan PAS di kalangan bukan Islam pada tempoh kritikal apabila bangsa dan agama dipolitikkan oleh kerajaan pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Ramai yang mengkagumi sifat rendah diri, kehidupan yang bersih dan gaya hidup beliau yang mudah – semua sifat-sifat dan amalan yang jarang kedapatan dalam ahli politik.

Kami berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta penyokong Tok Guru dari semua agama dan anutan politik.

Walaupun hati kita berat, semoga kita mencapai ketenangan dalam doa-doa kita kepada Allah untuk menerima amal soleh Tok Guru. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh AlMarhum.



--------------

2 ulasan:

  1. Anwar hebat bercakap di luar mahkamah.. dalam mahkamah tak cakap apa.. mana bukti mana bukti?

    BalasPadam
  2. Arwah Tok Guru tau jadi Orang Mulia Standard Ulamak.

    Bukan semua ulamak tau jadi Ulamak kerna banyak yang ada sekarang sifat macam Ular Dalam Semak , menjala ikang di tengah bandar tangkap ikang Alphard.

    BalasPadam