Rabu, 11 Februari 2015

FORUM MALAM ESOK




Mkini anjur forum 'politik tanpa Anwar' esok

Selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan, rakyat terus tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi pada Pakatan Rakyat dan bagaimana bentuk politik negara jika gerakan pembangkang menjadi lemah.

Keluarga Anwar menganjurkan kempen 'Berarak demi kebebasan' dan PKR pula menganjurkan protes nyalaan lilin mulai malam ini di depan penjara Sungai Buloh.


Selain bekas pengerusi BERSIH, S Ambiga dan aktivis politik Hishamuddin Rais, tokoh-tokoh lain yang akan membahaskan topik ini termasuklah naib presiden PKR Tian Chua, ahli jawatankuasa PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dan ahli jawatankuasa DAP, Liew Chin Tong.

Forum ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Malaysiakini setelah berpindah ke bangunan barunya di Petaling Jaya tahun lalu.

Bangunan baru tiga tingkat ini menyediakan ruang diskusi yang boleh memuatkan kira-kira 100 peserta.

Forum ini, dengan kerjasama Kelab Bangsar Utama (KBU), akan disiarkan secara langsung melalui video dan radio dalam talian.

Untuk menghadiri program ini yang bermula jam 8 malam, alamatnya adalah seperti berikut:

PJ 51 Business Park


@Kini, No 9 Jalan 51/205 A,

Off Jalan Tandang, Petaling Jaya



RADIO BANGSAR
buat siaran langsung
jam 9 malam

-----------

3 ulasan:

  1. PENYOKONG PR TAKAN TANYA HALA TUJU PR TANPA ANWAR.YANG AKAN KELUAR DARI MULUT MEREKA BAB HAKIM HAKIM YANG JATUHKAN HUKUMAN TU BELAJAR KAT MANA?HAKIM NI POKIMON KE ATAU DOREMON KE ATAU HAKIM PASOLA DARI NEGERI PASIR BERDENGONG KE.ENTAH ENTAH SIJIL BELI KOT.MAMAT MAMAT HAKIM NI TELAH MEMALUKAN NEGARA DIARENA ANTARABANGSA JADI MEREKA INI PATUT DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI DIKHALAYAK RAMAI.OLEH DISEBAKAN MEREKA PEMBELA KEPADA PENJENAYAH MARILAH KITA BERDOA BERAMAI RAMAI DAN KITA DOAKAN AGAR HAKIM HAKIM YANG SONGSANG SERTA ANAK KELUARGA MEREKA ZURIAT MEREKA KETURUNAN MEREKA INI AKAN DILAKHANAT OLEH ALLAH SEHINGGA AKHIR ZAMAN.YA ALLAH YA TUHAN KU TABURKAN LAH PERMINTAAN KAMI BERI LAH RAHMAT KEPADA saudara kami yang telah diinayakan ia itu saudara anwar ibrahim sejahterakan diri kau hancurkan lah si binatang saperti saiful serta perdana najib dan juga hakim hakim lakhanatullah. siksa lah mereka serta keluarga dan juga zuriat keturunan mereka amin ya rabak alamin taburkan lah doa kami

    BalasPadam
  2. Wuhu..Mkini kat Old Town? Ini kene boikot ni..ada kene mengene dgn kuarge Ngeh.

    BalasPadam
  3. Jgn dok ajaq pas la....pkr buat sendiri . Kita nak tengok ada brapa org. Ajaq pas nak selamatkan anuar. Hentam pas macam2 tak sedar diri. Kità nak tengok brapa ekor pemuda2 pkr yg handal2.

    BalasPadam