Ahad, 8 Februari 2015

KULIAH POLITIK BERSAMA




KOMENTAR
dipenjara
dibebaskan
bukan persoalan hakiki
yang hakiki ialah
sekolah politik yang telah berlaku

rakyat satu malaysia
telah diberi kuliah politik
melalui  kes anwar ibrahim
melalui kes altantuya
melalui kes penipuan spr
semua ini akan memberi ajaran
untuk mempercerahkan sikap
mempercerahkan pandangan
warga terhadap projek malaysia
yang sedang menuju keruntuhan

orang ramai akan sedar
bahawa mahkamah adalah alat
orang ramai akan faham
apa makna jentera daulah
orang ramai akan faham
peranan media mengolah persetujuan
orang ramai akan faham
akan peranan SPR

orang ramai untuk pertama kali
membaca dan memahami
apa itu DAULAH TERPENDAM
apa itu deep state

inilah kuliah politik
inilah ilmu yang kita fahami
selama 15 tahun ini

kini kita dewasa
kini kita faham
kini kita sedar




Pakatan bermanfaat walau apa keputusan sabitan kes liwat Anwar, kata penganalisis


Tidak kira apa jua keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan  Anwar Ibrahim berhubung sabitan dakwaan liwatnya pada Selasa ini, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) masih mengatasi Putrajaya dalam perang persepsi, kata penganalisis politik.
Jika ketua pembangkang itu dihantar ke penjara, ia akan menjadi titik hitam kepada kredibiliti Putrajaya di mata dunia, kata mereka, menjelang keputusan mahkamah yang paling ditunggu yang memungkinkan kerjaya politik ketua umum PKR itu berakhir.
Anwar di penjara juga mungkin boleh merangsang gabungan itu serta memberi pemimpin baru dan muda untuk bangkit dan mengisi ruang yang ditinggalkan ahli politik veteran, kata mereka.
Sebaliknya, sesetengah penganalisis berpendapat, jika dibebaskan, Anwar terpaksa berdepan sakit kepala cuba menyelesaikan perbezaan pendapat antara DAP dan PAS yang memberi ketegangan pada ikatan pembangkang yang mengancam kewujudan gabungan itu, dan ini akan menutup peluang pemimpin muda untuk berkembang.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-manfaat-walau-apa-keputusan-sabitan-kes-liwat-anwar-kata-penganalis#sthash.K1sZz8m0.dpuf




-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan