MAKNA PERSEMPADANAN SEMULA
Saya
tidak pernah percaya kepada kepada lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR). Saya tidak akan percaya kepada lembaga ini. Tariklah kuku
jari saya. Paksa saya minum air sabun. Kemudian himpit perut saya
saperti yang pernah dilakukan oleh Fasis Jepun ketika menjajah Tanah
Melayu – saya TIDAK akan berganjak dari menyatakan bahawa SPR ini
ialah lembaga penipuan. Tangkap dan penjarakan saya. Buangkan kunci
penjara ke laut. Saya tidak akan berubah pandangan.
Lembaga
yang bernama SPR ini adalah satu lembaga yang ditubuhkan khusus
untuk menipu rakyat Malaysia. Lembaga ini ditubuhkan khusus untuk
memapastikan United Malays National Organisation akan menang pilihan
raya. Khalas. Period.
Saya
telah menulis berkali-kali untuk menerangkan kepada orang ramai
tentang peranan SPR ini. Tulisan ini telah saya lakukan
berbulan-bulan sebelum PRU13. Saya paparkan tentang nama pengundi
yang tidak wujud. Alamat rumah yang tidak wujud. Kad pengenalan tipu.
Pendatang haram yang menjadi pengundi. Nama pengundi yang tidak
diketahui jantan betina. Nama pengundi muncul berkali-kali. Nama
pengundi dialih-alih. Malah ada nama yang tak masuk akal saperti
Abdul Proton Saga bin Superman.
Penipuan
SPR ini telah dibuktikan secara ilmiah melalui Tribunal Rakyat.
Tribunal anjuran Bersih ini telah dijalan pada 18-21 September 2013
di Kuala Lumpur. Tribunal Rakyat ini – saperti mahkamah – telah
memanggil pelbagai saksi untuk memberi keterangan tentang apa yang
telah berlaku dalam PRU13.
Yang
menjadi hakim mendengar dan menyoal saksi adalah sosok-sosok wakil
dunia. Mereka wakil dari Bangsa Bangsa Bersatu, Peguam Kanan
Commonwealth dan Asean. Termasuk juga Profesor dan ilmuan dari
universiti tempatan. Satelah mendengar keterangan saksi - Tribunal
Rakyat ini membuat keputusan. Rumusan dan penemuan Tribunal ini
telah diterbitkan pada 20 Mac 2014.
Laporan
Tribunal Rakyat ini telah membuktikan bahawa pandangan saya terhadap
SPR amat tepat. Laporan ini juga telah membuktikan bahawa penipuan
telah berlaku dalam dalam PRU13. Peranan penipuan ini telah
dirancang dan dijalankan oleh SPR. Ada penipuan yang dijalan secara
sulit dan ada yang dijalan secara ganas dan terbuka.
Hakikatnya
, dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular seluruh
rakyat Malaysia. Manakala gerombolan Ketuanan Melayu hanya mendapat
47%. Ini bermakna Pakatan Rakyat adalah pilihan pengundi. Ini
bermakna rakyat telah menolak United Malaya National Organisation dan
kuncu-kuncunya. Ini fakta soheh bukan propaganda.
Tanpa
penipuan, tanpa pengundi hantu, tanpa undi gelap pendatang haram –
parti Ketuanan Melayu ini telah lungkup. Malah sebelum PRU13 lagi
saya telah menerangkan bahawa DAP , PAS dan PKR bukan berhadapan
dengan United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini
telah lama lungkup.
Jadi
siapa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat? Siapa yang menentang
Pakatan Rakyat?
Yang
menentang Pakatan ialah lembaga SPR. Pakatan Raktyat berhadapan
dengan jentera kerajaan. Yang mempertahan Parti Ketuanan Melayu ialah
jentera daulah – polis, mahkamah, pegawai kerajaan termasuk sistem
kehakiman. Yang menentang Pakatan Rakyat ialah sistem pilihan raya
yang telah diwujudkan untuk memastikan United Malaya National
Organisation akan terus menang.
Selagi
sistem pilihan raya yang wujud sekarang digunakan maka mustahil akan
berjalan satu pilihan raya yang bersih dan adil. Selagi pilihan raya
dikendalikan oleh SPR yang wujud hari ini maka mustahil United
Malays National Organisation dapat dikalahkan. Dalam PRU14, PRU15,
PRU16, PRU17.... hingga ke PRU75 – parti United Malaya National
Organisation akan terus menang dan berkuasa.
Kalau
lembaga SPR tidak diubah, dirombak atau dibakul sampahkan –
sampai dunia ini kiamat – Parti Ketuanan Melayu akan terus
berkuasa. Ini fakta.
Ketika
saya menulis ini SPR telah dan sedang merancang projek apa yang
mereka panggil PERSEMPADANAN SEMULA. Apa dia persempadanan semula
ini? Apa maknanya? Apa tujuannya?
Para
pembaca wajib sedar apa saja yang dilakukan oleh SPR adalah penipuan.
Malah terbuka sahaja mulut Pengerusi atau ahli lembaga SPR bermakna
satu rancangan jahat telah dipasang. Kenyatan yang diumumkan kepada
media hanya untuk mengkaburi penipuan yang telah dirancang.
Para
pembaca jangan sesekali lupa tentang tugas utama SPR. Lembaga ini
ditubuhkan untuk memastikan United Malays National Organisation
menang dalam PRU. Inilah akidah SPR. Ini rukun iman SPR. Inilah tuhan
yang disembah SPR.
Para
pembaca jangan ada ilusi, jangan ada angan-angan, jangan ada mimipi
atau mengharapkan SPR ini akan berlaku adil. Menjalankan pilihan
raya bersih, telus dan adil bukan tugas SPR. Ini bukan rumusan saya.
Ini rumusan dari Tribunal Rakyat.
Rakyat
Malaysia TIDAK akan melupakan bagaimana dalam PRU13 – para
pengundi telah ditipu dengan pengunaan dakwat kekal yang TIDAK kekal.
Ini bukan satu kesilapan teknikal. Ini bukan kesilapan bahan kimia.
Ini adalah satu rancangan jahat untuk memastikan pengundi hantu yang
telah dipasang boleh mengundi berkali-kali.
Bagaimaana
dengan persempadanan semula? Persempadanan telah dibuat pada tahun
1974, 1984, 1994 dan 2003. Semua projek persempadanan ini dilakukan
untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu menang.
Persempadanan
tahun 1974 bertujuan untuk mengumpulkan dan membesar pengundi Melayu
dan mengecilkan pengundi bukan Melayu. Latar belakangnya ialah
kemenangan besar parti pembangkang pada tahun 1969. Dari 144
kerusi Parlimen dijadikan 154. Kerusi selamat: maknanya kawasan
majoriti Melayu boleh menang dibanyakkan. Pengundi Melayu
dihimpunkan manakala pengundi bukan Melayu dipencar-pencarkan.
Hasil
persempadan semula ini ialah Perikatan menang besar dalam tahun 1974.
Kemudian projek jahat persempadanan ini telah dijalankan pada tahun
1983 , 1992 dan 2003.
Pada
PRU11 tahun 1999 – pengundi Melayu yang telah terkumpul dalam
persempadan tahun 1974 telah lari berbondong-bondong mengundi
Pembangkang. Pengundi Melayu lari kerana bersimpati kepada Anwar
Ibrahim. Orang Melayu telah meninggalkan United Malays National
Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini hanya diselamatkan oleh
pengundi Cina dalam PRU11. Tanpa undi Cina parti ini lungkup.
SPR
sedar akan fakta ini. Maka pada tahun 2003 satu lagi persempadan
semula telah dilakukan. Kali ini penambahan 24 kerusi. Pengundi
Melayu kini dipecahkan kembali. Kawasan majoriti Melayu ditambah
dengan pengundi Cina. Banyak kawasan menjadi 60% Melayu 40% bukan
Melayu. Hasilnya kemenangan besar United Malays National
Organisation dalam tahun 2004.
Politik
berubah. Tidak semuanya kekal. Perubahan besar sampai apabila BERSIH
- badan gabungan pilihan raya bersih dan adil ditubuhkan pada 23
November 2006. Bersih mengadakan demo anti penipuan pilihan raya
pertama pada 10 NOvember tahun 2007.
Kemarahan
rakyat memuncak. Orang ramai semakin sedar tentang peranan penipuan
yang dijalan oleh SPR. Anak-anak muda mula bangun menyusun kumpulan
anti-kerajaan. Suasana panas ini bertambah panas apabila Anwar
Ibrahim yang telah bebas dari penjara mula mengambil peranan aktif
dalam Parti Keadilan Rakyat. Hasilnya kemenangan besar untuk parti
DAP, PAS dan PAR dalam PRU12.
Sesudah
PRU12 iklim dan suasana politik Malaysia berubah. Untuk pertama
kalinya 5 Negeri hilang dari cengkaman kuasa kuku besi United Malays
National Organisation. Manakala monopoli kuasa di Parlimen retak
terbarai. Untuk pertama kalinya dalam sejarah - gerombolan Ketuanan
Melayu TIDAK lagi memiliki kuasa undi dua par tiga dalam Parlimen.
Hilangnya
kuasa undi dua par tiga ini bermakna gerombolan Ketuanan Melayu tidak
boleh sawenang-wenang mengubah, meminda, menambah atau
menginjak-injak Perlembagaan Persekutuan.
Persempadana
semula kawasan undi boleh dilakukan kerana ianya hanya memerlukan
kelebihan undi – majoriti biasa. Tetapi untuk menambah kerusi DUN
atau Parlimen memerlukan majoriti dua par tiga. Ini kerana
penambahan kerusi DUN atau Parlimen memerlukan pindaan Perlembagaan
Negeri atau Perlembagaan Kerajaan Persekutujan.
Sebelum
2008 – telah beratus-ratus kali gerombolan Ketuanan Meayu mengubah
dan meminda Perlembagaan. Ini kerana memiliki majoriti ampoh.
Sesudah 2008 – kekuasan ini telah lupus. Hari ini United Malays
National Organisation TIDAK lagi memiliki kuasa untuk menambah kerusi
Parlimen sawenang-wenang.
Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. Mustahil
SPR boleh menipu kerusi DUN dari kerajaan ini. Manakala Negeri
Sembilan, Perak dan Melaka – gerombolan Ketuanan Melayu TIDAK
memiliki undi dua par tiga untuk menambah kerusi DUN. Penambahan
kerusi Parlimen jauh sekali.
Tapi
awas dan waspada. Jangan lupa tugas dan akidah SPR. Ketika tulisan
ini digarap SPR sedang membuat satu perancangan besar untuk menambah
kerusi Parlimen. Ini persedian untuk PRU14.
Langkah
pertama telah dilakukan di Sarawak. SPR telah menambah 11 kerusi
DUN di Sarawak - dari 71 menjadi 82. Jawabnya sampai hari kiamat
Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menawan Sarawak. Penambahan di
Sarawak ini amat senang dilakukan kerana disini parti kuncu-kuncu
United Malaya National Organisation memiliki majoriti yang besar.
Sarawak
ini adalah percubaan awal. Jangan silap baca. Jangan silap tafsir.
Ada ahli politik berpendapat di Sarawak hanya ada penambahan kerusi
DUN maka ini bermakna tidak akan ada penambahan kerusi Parlimen untuk
PRU14.
Untuk
sesiapa yang memiliki pandangan korok ini maka saya cadangan
mereka kembali membaca ABC politik. Kembali memahami apakah peranan
SPR. Minggu hadapan saya akan bongkar rundingan-rundingan sulit
persempadan semula yang telah dijalankan untuk memastikan United
Malays National Organisation akan terus berkuasa. SPR sebagai
alat dan barua gerombolan Ketunanan Melayu tidak berhenti dari
menipu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin merlanggan
akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045
----------------------
sbnrnya mrk adalah org2 yg bodoh sbb suka menanggung dosa2 org lain. dah tua mcm tu pun masih lg tak tau tentang hukum. basically dosa akan ditanggung oleh mrk yg buat maksiat tsb, yg berkuasa mencegahnya dan yg mendokongnya.
BalasPadambila mrk2 ini menipu utk memenangkan pelaku2 maksiat, mrk secara rela menanggung dosa2 tsb.
thp bangang mrk ialah pelaku maksiat dpt sedap, enjoi menjoi, dia dpt apa?
demi kuasa dari terlepas ! ABU !
BalasPadamPak TT...
BalasPadambarua tu gantinama bagi agen ka?
Bebudak Bahalol apa ada kesah dengan mati neraka sebab sudah lahanat kawanan setan pun.
BalasPadamOrang orang Melayu saja pun.