MAKNA PERSEMPADANAN SEMULA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWarVQf0HP-yOa56VnOgfMqx6TI26mPzTMcPm3zib-V-X0N7aXlNiaHsIEelsxOHQiLffVjOzhPKMZ-AMvpMYI_DhsTxVRGOYlTAq8kvvtUh3thezc-oAF3C50IcEkUyJMVyGAXspYaFIF/s280/pr.png)
Lembaga
yang bernama SPR ini adalah satu lembaga yang ditubuhkan khusus
untuk menipu rakyat Malaysia. Lembaga ini ditubuhkan khusus untuk
memapastikan United Malays National Organisation akan menang pilihan
raya. Khalas. Period.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgYtrb270hhRP_gO-kOpQsjKCJejZzZoAmOM0jQZ-CH_zq8De5bBsb4RrE91wnCiC46d3E_fARgzMHL42nbb_1OBkqeQCFVonxkBuE9yuDnIohPRPLuw59R4XYWXRYnhAfG_bFrrIFrJJj/s1600/536189_405729926121542_223433584351178_1450027_695921544_n+(2).jpg)
Penipuan
SPR ini telah dibuktikan secara ilmiah melalui Tribunal Rakyat.
Tribunal anjuran Bersih ini telah dijalan pada 18-21 September 2013
di Kuala Lumpur. Tribunal Rakyat ini – saperti mahkamah – telah
memanggil pelbagai saksi untuk memberi keterangan tentang apa yang
telah berlaku dalam PRU13.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiO9rycJewXcqt-l6FEgarXZgD8irA6TuuSUwEiyOMsx7accMpemP_bYzobCYvEQGXZtbZli2rRxvNRFLsw41thd-0BnS8V9BPB9OF2q8n4xHUwCjEdQWtS3U6h-ccs-ECumczmSwUKj1O/s1600/522320_441142939234724_100000170649934_1860692_38484284_n.jpg)
Laporan
Tribunal Rakyat ini telah membuktikan bahawa pandangan saya terhadap
SPR amat tepat. Laporan ini juga telah membuktikan bahawa penipuan
telah berlaku dalam dalam PRU13. Peranan penipuan ini telah
dirancang dan dijalankan oleh SPR. Ada penipuan yang dijalan secara
sulit dan ada yang dijalan secara ganas dan terbuka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn3kaErJMcaFda7UeuzRVzMZMuHhTfSDSKPcS_sv-IwuzCt-E5bkbueYfmxhDpKupup1CeM85qT854u7CeZlDm2hbFDnCDduuJ-_hc37klFabkoxri6SHi_ZLhUZ3Q5vb2bD7Goz1judA/s1600/SPY+s+(1).jpg)
Tanpa
penipuan, tanpa pengundi hantu, tanpa undi gelap pendatang haram –
parti Ketuanan Melayu ini telah lungkup. Malah sebelum PRU13 lagi
saya telah menerangkan bahawa DAP , PAS dan PKR bukan berhadapan
dengan United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini
telah lama lungkup.
Jadi
siapa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat? Siapa yang menentang
Pakatan Rakyat?
Yang
menentang Pakatan ialah lembaga SPR. Pakatan Raktyat berhadapan
dengan jentera kerajaan. Yang mempertahan Parti Ketuanan Melayu ialah
jentera daulah – polis, mahkamah, pegawai kerajaan termasuk sistem
kehakiman. Yang menentang Pakatan Rakyat ialah sistem pilihan raya
yang telah diwujudkan untuk memastikan United Malaya National
Organisation akan terus menang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNqD4UV68bJmHCBP_GFMI-ZOi8sWUdNVfzME_ElqH28mx3Sb0Iye1DdLuRuxtwxmrMMj0vTnOtPbH1VPLYaQBm-ykZL5H9-sjUSlYLYCIa93U-Fr1sJb2ViU2X3hoYPjjT6O2rruH81XOV/s1600/IC-PROJEK-copy1.jpg)
Kalau
lembaga SPR tidak diubah, dirombak atau dibakul sampahkan –
sampai dunia ini kiamat – Parti Ketuanan Melayu akan terus
berkuasa. Ini fakta.
Ketika
saya menulis ini SPR telah dan sedang merancang projek apa yang
mereka panggil PERSEMPADANAN SEMULA. Apa dia persempadanan semula
ini? Apa maknanya? Apa tujuannya?
Para
pembaca wajib sedar apa saja yang dilakukan oleh SPR adalah penipuan.
Malah terbuka sahaja mulut Pengerusi atau ahli lembaga SPR bermakna
satu rancangan jahat telah dipasang. Kenyatan yang diumumkan kepada
media hanya untuk mengkaburi penipuan yang telah dirancang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0rDUEE1vxiRAx1zc7NrN6bePuluvzjdEF3t2Lo9Wq7pjIQVAhsRfpEqobRduIaGch7waCWyTFXRoj2zUB16jD6rIHWWOTAVj5e9y4lpeXu10v-j1PrqL5s8qNu59EOV81ExfIo842VF12/s1600/541239_10151540152726940_1374226293_n+(1).jpg)
Para
pembaca jangan ada ilusi, jangan ada angan-angan, jangan ada mimipi
atau mengharapkan SPR ini akan berlaku adil. Menjalankan pilihan
raya bersih, telus dan adil bukan tugas SPR. Ini bukan rumusan saya.
Ini rumusan dari Tribunal Rakyat.
Rakyat
Malaysia TIDAK akan melupakan bagaimana dalam PRU13 – para
pengundi telah ditipu dengan pengunaan dakwat kekal yang TIDAK kekal.
Ini bukan satu kesilapan teknikal. Ini bukan kesilapan bahan kimia.
Ini adalah satu rancangan jahat untuk memastikan pengundi hantu yang
telah dipasang boleh mengundi berkali-kali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpiH_Frm9zr4reGd303XHbtRZLLipL6XCpWgPfGFQJ8LG_ougfm1iM_SXQFyK2Dv7qQWhCPsfgIqq5MXc-MhawusKqgV6i9JcLhH7Qgg5AOMdmiHG949eJYdXZ6LwXIKy1EuHnkOHklyzR/s280/526555_4363335933752_1185793707_n.jpg)
Persempadanan
tahun 1974 bertujuan untuk mengumpulkan dan membesar pengundi Melayu
dan mengecilkan pengundi bukan Melayu. Latar belakangnya ialah
kemenangan besar parti pembangkang pada tahun 1969. Dari 144
kerusi Parlimen dijadikan 154. Kerusi selamat: maknanya kawasan
majoriti Melayu boleh menang dibanyakkan. Pengundi Melayu
dihimpunkan manakala pengundi bukan Melayu dipencar-pencarkan.
Hasil
persempadan semula ini ialah Perikatan menang besar dalam tahun 1974.
Kemudian projek jahat persempadanan ini telah dijalankan pada tahun
1983 , 1992 dan 2003.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjT59WuAa7ghx5QgwyFnRX8KwohfX5e2tx0rTxsxuz5Vdy5tlc9icNbkeMXwwvpnWfuOfd6qv3b-w4sYxKeJ1GXIWAWe1cITTaWeGMiI8_kZxTtOP2SZTWbA47dVMqEc2RO74zM0EvlbYF1/s1600/spr+-+penipu+1.jpg)
SPR
sedar akan fakta ini. Maka pada tahun 2003 satu lagi persempadan
semula telah dilakukan. Kali ini penambahan 24 kerusi. Pengundi
Melayu kini dipecahkan kembali. Kawasan majoriti Melayu ditambah
dengan pengundi Cina. Banyak kawasan menjadi 60% Melayu 40% bukan
Melayu. Hasilnya kemenangan besar United Malays National
Organisation dalam tahun 2004.
Politik
berubah. Tidak semuanya kekal. Perubahan besar sampai apabila BERSIH
- badan gabungan pilihan raya bersih dan adil ditubuhkan pada 23
November 2006. Bersih mengadakan demo anti penipuan pilihan raya
pertama pada 10 NOvember tahun 2007.
Kemarahan
rakyat memuncak. Orang ramai semakin sedar tentang peranan penipuan
yang dijalan oleh SPR. Anak-anak muda mula bangun menyusun kumpulan
anti-kerajaan. Suasana panas ini bertambah panas apabila Anwar
Ibrahim yang telah bebas dari penjara mula mengambil peranan aktif
dalam Parti Keadilan Rakyat. Hasilnya kemenangan besar untuk parti
DAP, PAS dan PAR dalam PRU12.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWbFTZ4x1f4HyRjxB3LO6T9gkTsRULsxPZXOCwu6nUKPIAuirX4Yud4l90j8BKho5d_y5rOyvEjvesUomjoGa9XDSnW_b2YaVDRW6YPzqQN4_Jj5UfVfeECLFkQ-kyM71mRZ3YSSX1K4Q/s1600/PELAJAR++(1).jpg)
Hilangnya
kuasa undi dua par tiga ini bermakna gerombolan Ketuanan Melayu tidak
boleh sawenang-wenang mengubah, meminda, menambah atau
menginjak-injak Perlembagaan Persekutuan.
Persempadana
semula kawasan undi boleh dilakukan kerana ianya hanya memerlukan
kelebihan undi – majoriti biasa. Tetapi untuk menambah kerusi DUN
atau Parlimen memerlukan majoriti dua par tiga. Ini kerana
penambahan kerusi DUN atau Parlimen memerlukan pindaan Perlembagaan
Negeri atau Perlembagaan Kerajaan Persekutujan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYNBNTNGBDMMBGqUtjJ2_FzT-gQ_qxz1dgzM0Lg3-6SxVs0isFGJjvVaTCtkqUle1T_FY2pts_NDj_ogKusoY5CYZemdRwY05s-ZO-7hnYyoNBL6JUAfYrqDAp1HUDdseYpJ5h5OQwmt1s/s1600/536189_405729926121542_223433584351178_1450027_695921544_n.jpg)
Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. Mustahil
SPR boleh menipu kerusi DUN dari kerajaan ini. Manakala Negeri
Sembilan, Perak dan Melaka – gerombolan Ketuanan Melayu TIDAK
memiliki undi dua par tiga untuk menambah kerusi DUN. Penambahan
kerusi Parlimen jauh sekali.
Tapi
awas dan waspada. Jangan lupa tugas dan akidah SPR. Ketika tulisan
ini digarap SPR sedang membuat satu perancangan besar untuk menambah
kerusi Parlimen. Ini persedian untuk PRU14.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIV6z1tqOr9J16vcu0fnAAWt2FRzWCuLjm8JuwdVFoMUz8XveWrJs5Gi0ewbvbY-6QCOpdSAzRYTNkaK_LIX8RlgYhjzsx39eykKwV66WCmsAQodpTbOUaN4KRokuLDw11GNsIGkp8KJY/s1600/Belot52.png)
Sarawak
ini adalah percubaan awal. Jangan silap baca. Jangan silap tafsir.
Ada ahli politik berpendapat di Sarawak hanya ada penambahan kerusi
DUN maka ini bermakna tidak akan ada penambahan kerusi Parlimen untuk
PRU14.
Untuk
sesiapa yang memiliki pandangan korok ini maka saya cadangan
mereka kembali membaca ABC politik. Kembali memahami apakah peranan
SPR. Minggu hadapan saya akan bongkar rundingan-rundingan sulit
persempadan semula yang telah dijalankan untuk memastikan United
Malays National Organisation akan terus berkuasa. SPR sebagai
alat dan barua gerombolan Ketunanan Melayu tidak berhenti dari
menipu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin merlanggan
akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1nnpX8vkD9cauuqLwl9QzazUAdtbFJNxAlFvP0I8TK-YmToWYU6DV46c5FgIWmMplZDajtcKTWnpd8tngfsESIJukYgUt2ekBwKCU_jveETypV050xN7wk1Ci1IqAa5p7gvWRcQL1Y4zK/s1600/ini+laaaa.jpg)
----------------------
sbnrnya mrk adalah org2 yg bodoh sbb suka menanggung dosa2 org lain. dah tua mcm tu pun masih lg tak tau tentang hukum. basically dosa akan ditanggung oleh mrk yg buat maksiat tsb, yg berkuasa mencegahnya dan yg mendokongnya.
BalasPadambila mrk2 ini menipu utk memenangkan pelaku2 maksiat, mrk secara rela menanggung dosa2 tsb.
thp bangang mrk ialah pelaku maksiat dpt sedap, enjoi menjoi, dia dpt apa?
demi kuasa dari terlepas ! ABU !
BalasPadamPak TT...
BalasPadambarua tu gantinama bagi agen ka?
Bebudak Bahalol apa ada kesah dengan mati neraka sebab sudah lahanat kawanan setan pun.
BalasPadamOrang orang Melayu saja pun.