FACE BOOK
TENTANG KESENIAN, KEBUDAYAAN & PERPADUAN DARI IBU KOMUNIS MALAYA.
Suriani Abdullah (EngMing Ching 1924- 2013) bekas pejuang anti-penjajah dan pimpinan PKM berkata dalam satu Wawancara:
Saya nampak ada dua aliran.yang satu ialah kesenian yang kebaratan,atau apa yang dipanggil kebudayaan kuning. Nampaknya kebudayaan inilah yang banyak membanjiri masyarakat kita dan mempengaruhi muda mudi kita. Ini tidak sihat,
Satu lagi ialah gerakan menghidupkan kesenian asli, mengembangkan yang asli perkembangan dan perubahan zaman di samping mencipta yang baru ada pula bentuk-bentuk seni yang mengintegrasikan ciri-ciri berbilang kaum di dalamnya seperti dalam tarian. Saya rasa ini baik dan sihat.
Pada prinsipnya.dalam masyarakat kita, kita patut menbentuk kebudayaan masyarakat dengan kebudayaan Melayu sebagai unsur utama, dan kebudayaan lain sebagai unsur penting yang tidak patut disisihkan. Di atas prinsip ini, seni itu mesti lah maju isinya,serta mencerminkan kepusparagaman kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Ini dapat membantu pembentukan perpaduan kaum dan pembentukan Malaysia tanpa paksaan.
Kita mesti kikis perasaan Kebangsaan yang sempit atau perkauman ,mesti berpandangan bahawa semua kaum bersaudara dan sama darjat.saya rasa setiap warganegara mesti mengambil berat penguasaan bahasa Melayu dan memahami adat resam Melayu dan sejarah tanah air. Usaha-usaha memahami dan mempelajari Bahasa, adat resam dan sejarah kaum lain juga patut digalakkan .
Pokoknya, kita mesti berhasrat bersatu padu, mesti saling belajar, saling membantu dan saling melengkapi inilah pegangan saya selama ini.sikap semacam ini patut di tanam dalam diri anak-anak kita sejak kecil lagi, khasnya di rumah dan di bangku sekolah.ia juga patut disebarkan dalam media massa.
SIRD (2005),Serikandi Suriani Abdullah, Petaling Jaya,SIRD ,m.s46-47.
-----------------
Ini menghina Meelaayuuuuu.. mana pukid(m)akkk, mana umgkok.. meelaayuu dihina..
BalasPadam