FACE BOOK
Ada masanya aku tengok dari pandangan mata mereka, seolah-olah ada satu perasaan yang cuba disembunyikan. Kerana mereka juga bakal merasa seperti apa yang akan kita rasa. Mereka faham perasaannya.Cukai untuk rakyat miskin akan dirasai juga oleh mereka,kerana mereka juga rakyat. Yang perlu hidup.Namun atas nama Kerja, ada suara yang harus diikuti meski gerak hati mereka kuat mengatakan tidak.
Tapi ada perkara yang lebih besar daripada itu. Tugas mereka yang sebenar-benarnya bukan untuk melindungi suara & kuasa orang-orang yang menyalahgunakan kuasa, tapi untuk melindungi rakyat yang tak punya kuasa. Setidaknya kalau kalian tidak berani untuk berkata, izinkan kami untuk terus melawan di pihak kalian.Biarkan kuasa yang sebenar dipulangkan kepada yang sepatutnya. Kerana pada Akhirnya, masa depan milik kita.Di Malaysia hari ini, yang kaya semakin kaya. Yang miskin semakin miskin. Itu realiti. Tiada jalan lain untuk suara kita didengari melainkan dengan turun ke jalanraya dan lawan.
Duduk Bantah Kita Lawan dah masuk Hari ke 6. Malam semalam,Sekumpulan manusia yang mengaku menjadi pelindung rakyat tidak bersenjata bertukar menjadi syaitan apabila tiba-tiba memukul dan menangkap 6 orang rakan kami yang sedang berhimpun secara aman dan mencederakan seorang wanita berusia 70 tahun dalam cubaan untuk menangkap beliau tetapi gagal. Tindakan bacul polis ini membuktikan Malaysia masih berada dalam penafian dalam kesuksesan sistem demokrasi.Malam ini malam terakhir kem Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebelum demonstrasi pada 28 Mac.Sila hadir berikan sokongan.
-----------
Knp dh mlm akhir???
BalasPadamAku nk p k.l 19-24 april ni. Baru cadang nk join tdoq sama2...
Knp dh mlm akhir???
BalasPadamAku nk p k.l 19-24 april ni. Baru cadang nk join tdoq sama2...
Daripado "Kajian Pengamatan" yang den buak solama sotahun didapati:
BalasPadam1). Setiap minggu dalam sokkabar ado jo borito polis buek jenayah, daripado merogol, rasuah hinggolah pocah rumah dongan mengunokan kereto curi, yang paling monarik apobilo polis hilang duit semaso borada dirumah urut (sodang ngentot kot).
2). Eden tak ponah nampak polis guno tali pinggang keledar semaso momandu. Sobab itu ramai polis kiok bilo ado kecelakaan jalanrayo.
3). Ponah sekali daripado banyak-banyak kereto parking dokek highway, yang parking dokek tompek orang cacat adolah kereto Polis.
Apo nak dikato. Silap-silap masuk ponjaro.
Mereka Bahalol Otak Gred 4 hidup bagai Keldai
BalasPadamApa kah Islam mengajar rakyat ikut Bahalol gaya lahanat Ketua & Gang ?????
Bahalol saja