Sabtu, 7 Mac 2015

KE JALAN RAYA 7 MARCH







 KE JALAN RAYA

 7 MARCH


Kenapa kita wajib ke jalan raya pada Sabtu 7 March ini? Kenapa anak muda wajib turun ke jalan raya petang Sabtu ini? Kenapa ahli Parti Keadilan Rakyat wajib bersama di jalan raya Sabtu ini? Kenapa semua penyokong Pakatan Rakyat wajib berhimpun di Sogo jam 4:00 petang Sabtu ini?

Warga Malaysia yang cintakan tanah air wajib turun ke jalan raya kerana jalan raya adalah wadah politik yang tepat. Jalan raya ada garis politik yang betul. Jalan raya membawa hasil politik yang jelas. Jalan raya telah dibuktikan berjaya mengubah politik Malaysia. Jalan raya adalah merentas membuka jalan untuk mencapai matlamat keputusan pilihanraya.

Dalam tulisan ini saya akan dibuktikan bagaimana politik jalan raya telah menjadi ilmiah dan saintifik. Jalan raya kini diterima sebagai jalan politik untuk mengubah lanskap politik dalam negara negara yang diperintah oleh rejim yang zalim dan ganas. Di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin – jalan raya kini menjadi wadah politik untuk perubahan.

Add caption
Di Malaysia politik jalan raya bukan sesuatu yang baru. Walau pun ada malaon dan bengolan yang cuba menafikan fakta ini. Menafikan sejarah politik jalan raya bererti menafikan kelahiran negara yang bernama Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malaysia.

United Malaya National Organisation lahir pada tahun 1946 dari politik jalan raya. Parti Ketuanan Melayu ini turun ke jalan raya menentang projek Malayan Union. Projek ini adalah rancangan 'deep state' penjajah British bertujuan untuk mengkukuhkan kedudukan gerombolan Ketuanan Melayu dikalangan Orang Melayu. Ini dilakukan pada tahun 1946 kerana pada ketika itu gerombolan Ketuanan Melayu dalam keadaan terumbang ambing dipukul oleh politik kaum nasionalis, kaum agamawan dan kaum kiri. Ini sejarah jalan raya sebelum British mengundur .

Salepas British mengundur peranan jalan raya yang paling bersejarah dapat dilihat pada tarikh 8 March 2008. Pada tarikh ini telah berjalan PRU12 dimana untuk pertama kalinya United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah dipukul terok. Kekalahan gerombolan Ketuanan Melayu cukup jelas hingga parti ini hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen. Bagaimana ini berlaku?

Kemenangan rakyat dalam PRU12 adalah hasil politik jalan raya. Tanpa politik jalan raya mustahil United Malays National Organisation dapat disingkir dari kuasa. Ini adalah satu kenyataan ilmiah. Ini fakta sejarah. Sesiapa yang cuba menafikan fakta ini samalah saperti cuba menafikan bahawa Ganesan Tangga Velloo ialah seorang lelaki India.

Mari kita lihat kembali sejarah politik yang membawa kemenangan rakyat dalam PRU12. Kita lihat bagaimana jalan raya telah berjaya mempengaruhi keputusan PRU12.

Pertama turun ke jalan raya ialah para peguam. Mereka berdemo di Putrajaya pada 26 September 2007. Para peguam dibawah Majlis Peguam merasa TIDAK puas hati kerana kepincangan dalam Lembaga Kehakiman. Contoh yang paling jelas ialah kes Korek Korek Korek V.K Lingam. Dibuktikan bagaimana Lingam berupaya melalui 'duit' menyusun dan mengatur keputusan penghakiman Mahkamah Malaysia. Kepincangan dalam Lembaga Kehakiman ini telah meyakinkan 2000 peguam untuk turun berdemo dihadapan pejabat Dolah Badawi Perdana Menteri ketika itu.

Ini diikuti pula oleh demo pertama Bersih pada 10 November 2007. Bersih sebuah gabungan NGO telah bertekad untuk menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Bersih menuntut pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan adil, bersih dan telus. Puluhan ribu warga – tua dan muda - telah mendobrak Suruhanjaya Pilihan Raya. Lembaga SPR ini telah dibuktikan sebagai barua dan alat kepada United Malays National Organisation.

Demo besar ketiga datang dari kaum tertindas – mostazafin - masyarakat India. Pada 24/25 November 2007 Hindraf – organisasi kesedaraan umat India dan agama Hindu – telah turun berjuang di jalan raya. Tangkapan dan serangan ganas dari jentera upahan United Malays National Organisation tidak menggentarkan anak-anak muda India untuk bertahan dan bertempur. Dari Batu Caves hingga ke KLCC warga India telah diserang dan ditangkap.

Politik jalan raya ialah politik kemarahan. Politik jalan raya ialah bantahan pisikal terhadap segala bentuk ketidak adilan yang dihimpapkan oleh pemerentah kepada orang ramai. Politik jalan raya adalah tanda kesedaran bahwa kaum yang ditindas TIDAK lagi bersedia untuk ditindas. Mostazafin kini bangun melawan

Sayugia diingati bahawa politik jalan raya REFORMASI98 berperanan menjatuhkan Mahathir Muhamad dari kerusi Perdana Menteri. Tanpa jalan raya yang disusun dari 1998 hingga tahun 2001 mustahil Mahathir Muhamad akan berundur.

Menjatuhkan rejim yang zalim dalam negara Dunia Ketiga mustahil dapat dilakukan melalui pilihan raya. Saya telah menerangkan puluhan kali bahawa dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia mustahil akan berlaku perubahan rejim melalui jalan undi. Ini kerana sistem mengundi itu telah disusun dan diatur untuk memastikan gerombolan yang berkuasa terus menang. Di Malaysia peranan jahat ini dipegang oleh lembaga SPR.

Kita melihat bagaimana Marcos di Pilipina dijatuhkan melalui jalan raya. Kita melihat anak-anak muda di Jakarta berjaya menjatuhkan Jeneral Haji Muhamad Suharto melalui tunjuk perasaan jalan raya. Kita juga melihat dan membaca bagaimana Shah Iran – yang dinobatkan sebagai Raja Segala Raja – telah ditumbang oleh rakyat Iran melalui jalan raya.

Terbaru – yang masih segar dalam ingfatan kita ialah Musim Bunga/Arab Spring di Tunisia dan Mesir. Dua rejim ganas lagi zalim telah ditumbangkan oleh gerakan jalan raya yang disusun dan diatur oleh Tamarud - gerakan anak-anak muda.

Justeru dari sini kita memahami bahawa politik jalan raya adalah tepat dan betul dalam konteks negara Dunia Ketiga dimana pilihanraya dijalankan dengan penuh penipuan. Pengalaman negara-negara saperti Indonesia, Pilipina, Iran, Mesir atau Tunisia ini membuktikan jalan raya sebagai wadah politik yang saintifik.

Setiap kali demo diulang buat – saperti pengulangan kaji selidik dalam bilik makmal – ianya membawa jawapan yang sama. Jawapanya : Presiden, Jeneral, Raja, Perdana Menteri, Maharaja, Emperor yang didobrak oleh rakyat di jalan raya akan lari lintang pukang. Marcos lari ke Hawaii pada tahun 1986. Shah Reza Pahlevi lari ke Mesir pada tahun 1979 Pada 14 Januarai 2011 Zainal Abidin dari Tunisia lari ke Saudi Arabia.

Mungkin ada yang mahu bertanya - apakah demo 7 March ini akan dilihat sebagai demo untuk Anwar Ibrahim. Jawapan saya ialah : betul dan salah.

Sekali imbas demo Sabtu 7 March di Sogo akan dilihat sebagai gerakan menyokong Anwar Ibrahim. Untuk saya, menyokong Anwar bukan satu yang salah. Malah kita seharusnya turun beramai-ramai ke jalan raya sebagai tanda sokongan terhadap Anwar.

Tetapi 7 March lebih dari Anwar Ibrahim. Pada ketika ini turun ke jalan raya BUKAN lagi bermakna menyokong Anwar Ibrahim. Turun berdemo dijalan raya adalah manifestasi kebencian kita kepada Rosmah dan Najib. Kita ke jalan raya kerana kita tidak lagi yakin terhadap Lembaga Kehakiman. Kita turun ke jalan raya kerana kita membantah terhadap pemenjaraan Anwar Ibrahim. Kita ke jalan raya kerana kita sedar bahawa hanya dengan jalan raya barulah rejim yang zalim dapat ditumbangkan. Kita ke jalan raya kerana kita mahu Najib dan Rosmah berundur.

Apakah tuntutan dan desak Rosmah dan Najib berundur ini masuk akal?

Dalam strateji politik jalan raya yang wajib diwujudkan hanya dua ikon – Yang Zalim dan Yang Menjadi Mangsa Kezaliman. Pada tahun 1998 – Gerakan Reformasi telah berjaya menjadikan Mahathir Muhamad sebagai Mahafiraun ikon zalim. Manakala Anwar sebagai mangsa Yang Dizalimi.

Dalam masa yang sama - politik jalan raya wajib dilihat pop, cool dan kounter kulture. Politik jalan raya adalah wadah anak muda . Gerakan jalan raya tahun 60'an yang menentang dan menamatkan Perang Vietnam - dari Carlifonia, New York, London, Paris, Melbourne, Tokyo , New Delhi , Berlin – kesemua didalangi oleh anak muda kounter kulture yang pop dan cool. Malah Tamarod di Mesir adalah bukti yang paling terbaru di mana yang pop dan kounter kulture berjaya menumbangkan rejim Mubarak.

Kemana arah jalan raya sesudah 7 March ini? Jawabnya : demo akan diteruskan saban minggu - setiap petang Sabtu. Apakah demo ini akan memberi pulangan saperti yang telah berlaku dalam PRU12?

Untuk jawapan soalain ini biar saya memberi pencerahan tentang SYRIZA parti anak muda ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini lebih muda dari PKR. Parti ini dipimpin oleh Alexis Tsipras yang baru berumur 40 tahun.

Greece – anggota Kesatuan Eropah dan anggota NATO - telah diperintah oleh parti kanan yang bersekongkol dengan kaum pemodal antarabangsa. Greece telah dipaksa menerima cadangan IMF dan kaum pemodal Eropah untuk menjalankan dasar penswataan. Dalam masa yang sama kerajaan Greece dipaksa mengurangkan belanjawan sosial. Dasar ini menimbulkan krisis. Anak anak muda mula turun ke jalan raya.

Beratus kali – malah bertahun-tahun – demo kecil dan demo besar dianjurkan untuk menumpil rejim pro kapitalis ini. Gelombang anak muda di jalan raya ini akhir membawa kejayaan. SYRIZA parti kaum kiri ini akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan baru yang pro-rakyat di Greece pada 24 Januari 2015

Apa yang dapat dipelajari dari Greece? Jawabnya – kemarahan di jalan raya disusun untuk merentas kemenangan dalam pilihanraya. Sebelum kita ke pilihan raya kita ke turun jalan raya. Jumpa Sabtu ini jam 4 di Sogo. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa  ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-99-21-30-45



-------------

4 ulasan:

  1. Nak Lawan sapa BN keparat ke atau Pemimpin PR yang asyik bercakaran?

    puiiihhh... buat penat aku berdemo je.... last2... pemimpin PR gaduh sesama sendiri...

    aku kena tangkap ngan SB kat opis... pemimpin PR sibuk nak pakai keta mewah dgn naik gaji... sibuk gaduh pasal MB....cisss....

    BalasPadam
  2. kena gigit nyamuk dlm jel pun tembus..
    hehe..
    sama la ko pkr umno pas dap sume..
    buat lawak x abis2..

    BalasPadam
  3. Jalan raya adalah tempat orang yg ramai mati exsiden. Ko tt nak ikut sama ke?

    BalasPadam
  4. Salam Yang Berbahagia Tukar Tiyub,

    Saya ni warga marhaen yang keje sebagai kakitangan DBKl.. keje bawak lori sampah dbkl. Saya bercadang nak tukar kerja sebab pendapatan semasa tak dapat tampung keperluan saya dan keluarga saya..persoalan saya, bolehkah saya menjadi raja ? saya nak mohon kerja sebagai raja.. apakah kelulusan menjadi raja dan bagaimana nak memohon untuk menjadi raja ?

    Saya berpendapat bahawa kerja raja ni boleh dimohon oleh semua warga malaysia. tidak adil kalau golongan raja sekarang sahaja monopoli kerja ini. Saya pun warga malaysia juga.

    Akhir sekali, apabila saya dah jadi raja nanti, saya akan pakai tanjak kuning, duduk di atas kerusi kuning sambil minum air anggur. Cukuplah saya jadi raja selama setahun.. duit byk yg sy dapat nti boleh la sy bayar hutang rumah dan kereta. lepas tu sy nak jadi rakyat balik.. masa jadi raja nanti, saya baca Tukar Tiyub hari-hari.. mana tau kalau ada org lain nak jadi raja, jadi saya boleh bagi pulak kat dia.. mohon saudara TT bagi pandangan permohonan sy ni..

    insan yang teringin nak jadi freeloader

    BalasPadam