KENDURI
DIRAJA SABTU INI
Minggu
lalu saya menulis tentang kenduri Shah Iran Ahmad Reza Pahlavi di
Parsepolis yang berlangsung 5 hari 5 malam pada Oktober 1970. Saya
juga telah menulis tentang kenduri pertunangan anak Rosmah Mansor,
lima tahun dahulu yang telah menggunakan duit kerajaan Malaysia. Saya
juga berjanji minggu ini hendak menggarap satu pencerahan tentang
apa sebenarnya makna kenduri kendara yang menggunakan belanja
berjuta-juta ringgit. Dalam kes Rosmah bukan duit sendiri tapi duit
negara.
Untuk
memahami perangai dan tingkah laku Ahmad Reza dan Rosmah Mansor kita
wajib mengkaji latar belakang mereka. Kita juga wajib membaca tingkah
laku mereka dengan mengunakan pendekatan psikoanalysis. Teknik
psikoanalysis ini dimajukan oleh Sigmund Freud ( 1856-1939). Teknik
ini adalah pendekatan yang paling afdal untuk memahami dan mengubati
mereka yang diserang oleh penyakit saraf.
Untuk
membuka mukadimah – saya mencadangkan sesudah membaca tulisan ini
sila layari YouTube. Sila cari sebuah filem bernama Citizen Kane yang
ditulis dan diarahkan oleh Orson Welles (1915-1985). Filem Citizen
Kane yang digarap pada tahun 1941 telah dinobatkan dalam senarai 10
buah filem terunggul dalam dunia oleh American Film Institute. Dari
pendekatan psikoanalysis watak Citizen Kane ini tidak jauh bezanya
dari watak Ahamd Reza dan Rosmah Mansor.
Watak
utama filem ini ialah Charles Foster Kane yang ketika kecilnya hidup
dalam kesusahan. Tidak memiliki banyak barang permainan. Tetapi
apabila Foster Kane mendewasa Kane bertungkus lumus untuk menjadi
seorang yang berjaya. Apabila menjadi kaya raya Kane telah membeli
apa sahaja yang boleh dibeli. Mendirikan rumah sabesar istana. Kane
menjadikan isterinya seorang penyanyi opera yang berbudaya dengan
penuh glamour. Tetapi disebalik kekayaan ini Kane tahu asal usul
dirinya yang satu ketika dahulu. Kane dari keluarga comot dan
sengkek.
Harta
kekayaan yang dikumpul, mahligai yang tersergam dan cita-cita besar
sebagai politikus sebenarnya hanyalah percubaan Charles Foster Kane
untuk menutup rahsia bahawa dirinya TIDAK memiliki 'kelas aristocrat'
yang dimimpi-mimpikan. Jauh dalam hati kecil, Kane tahu dari mana
asal usul dirinya.
Watak
Kane ini juga sama dengan watak Ahmad Reza Pahlavi yang menobatkan
dirinya sendiri sebagai Shahan Shah - Raja Segala Raja pada 26
Oktober 1967. Sejarah membuktikan bahawa ayah kepada Ahmad Reza ini
TIDAK ada sangkut paut dengan Raja Cyrus Yang Agong (530 BC), atau
Nader Shah (1688-1747) atau Muhamad Shah Qanjar (1804-1848).
Ayah
kepada Ahmad Reza bernama Reza Khan. Reza ini hanya seorang soldadu
pencuci kasut kepada Konsul Belanda General Frots Knobel. Reza Khan
kemudian menjadi soldadu dalam tentera Iran dan menjawat pangkat Tok
Sarjan penjaga meriam dibawah Putera Abdola Hossein salah seorang
putera Raha Dinasti Qanjar.
Dari
tukang cuci kasut Reza Khan menjadi Tok Sarjan. Kemudian menjadi
soldadu upahan Rusia. Reza Khan akhirnya berjaya menjawat pangkat
Brigadier Jeneral dalam Tentera Cossack - tentera Rusia. Ertinya
Ahmad Reza seorang warga Iran menjadi barua kepada Rusia. Apabila
berlaku krisis politik dan krisis Istana diakhir hayat Dinasti Qajar
maka Rusia telah menobatkan Reza Khan sebagai Raja. Reza Khan telah
menambah dibelakang namannya Pahlavi – untuk menjadi satu Dinasti
Raja.
Anakanda
Ahmad Reza pasti tahu asal usul ayahnya yang tidak memiliki darah
keturunan Raja. Ahmad Reza tahu bahawa ayahandanya - Reza Khan
hanyalah seorang 'chowkidar' yang menjadi barua kepada Rusia.
Perasaan ini tidak dapat dikikis dari hati kecil Ahmad Reza.
Shah
Iran ini juga sedar bahawa dia menjadi Raja Iran kerana CIA telah
berjaya menjatuhkan Perdana Menteri Mossaddegh pada tahun 1953. CIA
menetang pemerentahan Mossadegh kerana PM Iran ini seorang nasionalis
yang telah memilik negarakan semua telaga minyak di Iran.
Kalau
jiwa kecil Charles Foster Kane diharukan kerana TIDAK memilik barang
permainan ketika kanak-kanak. Tetapi jiwa kecil Ahmad Reza Pahlavi
tahu dia dijadikan Raja oleh CIA. Fakta ini dikethaui umum bukan
sahaja di Iran malah seluruh dunia tahu asal usul Ahmad Reza anak
seoarng chowkidar yang menobatkan dirinya sendiri sebagai Raja Segala
Raja.
Justeru
Ahmad Reza mahu membebaskan dirinya dari dikenali sebagai anak
pencuci kasut. Maka dia mengadakan sambutan 2,500 tahun Empire Parsi.
Pesta di Parsepolis adalah percubaan Ahmad Reza untuk menunjukkan
kepada dunia bahawa dia adalah Raja Segala Raja. Dengan mahkota
intan berlian terpacak diatas kepala - Ahmad Reza sedaya upaya ingin
menamatkan 'desas desus' yang tidak berhenti-henti di Iran tentang
sejarah keluarganya.
Bagaimana
watak Citizen Kane dan Ahmad Reza berkait rapat dengan saikoloji
watak Rosmah Mansor?
Rosmah
Mansor tahu bahawa ketika lahir dia telah membawa tompokan tahi lalat
berbulu disebelah dagu kirinya. Kalau tahi lalat Latifah Omar ianya
menjadi pemanis muka. Tetapi tahi lalat Rosmah Mansor berbulu ini
ikut membesar sama dengan muka tuannya.
Justeru
dari zaman sekolah lagi – kerana tahi lalat ini - Rosmah telah
dipanggil dengan nama Dotty. Nama yang ingin dipadamkan oleh Rosmah.
Dia telah berjaya memadamkan tahi lalat berbulunya dengan bantuan
teknoloji Jepun pada tahun 80'an dahulu tetapi dapatkah Rosmah
melupakan bunyi ejekan disekolah dahulu?
Rosmah
Mansor hanya anak guru sekolah. Susur galurnya tidak ada sangkut
paut dengan Orang Asal Negeri Sembilan. Ibu Rosmah bukan dari Perut
dan Suku Datuk Undang. Ini bererti datuk neneknya Rosmah ini
pendatang dari tanah seberang – pelarian ekonomi yang datang ke
Tanah Melayu untuk mencari rezeki ditanah yang subur. Kerana itu baru
baru ini Rosmah telah 'bertanduk' dalam usaha untuk menobatkan
dirinya sebagai 'ada kelas'.
Apabila
klip Perempuan Puaka muncul lima tahun dahulu, umum telah diberitahu
bagaimana Rosmah ketika ingin berkahwin dengan Najib telah terpaksa
meminjam rumah Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan. Menurut
balu Tuan Speaker ini rumah Rosmah terlau kecil untuk menerima
Najib. Cakap-cakap sejarah sapertti ini pasti membingarkan telinga
yang mendengar.
Malah
diketahui umum bagaimana Rosmah Mansor cuba memadamkan sejarah
kejandaan dirinya apabila dia berkahwin dengan Najib Razak. Satu
Malaysia hingga ke hari ini masih tertanya-tanya berapa kali agaknya
Rosmah menjanda?
Membeli
intan berlian, bershopping dan bercanda-canda dengan pesawat resmi
negara sebenarnya adalah percubaan Rosmah Mansor untuk merentas masuk
ke dalam lingkungan 'old money' gulungan bangsawan dan elit lama
Melayu. Keluarga Najib juga adalah pendatang dari Sulawesi tapi ayah
Najib telah menghambakan dirinya ke Istana Sultan Pahang. Ertinya
Najib dari keluarga bangsawan anak Perdana Menteri walhal Rosmah
hanya anak CikGu Mansor.
Berapa
kali Rosmah menjanda ini menjadi bualan harian rakyat Malaysia. Tapi
ada lagi babak hidup yang ingin dipadamkan oleh Rosmah. Rosmah cuba
memadamkan siapakah bekas isteri Najib. Dari segi fakta umum
mengatahui bahawa Najib berkahwin dengan kerabat Kelantan. Malah
desas desus timbul bagaimana dikatakan Rosmah telah ' mencelah'
masuk untuk memerangkap Najib. Ini bukan cerita dongeng. Sila layari
Perempuan Puaka dalam YouTube.
Dari
pendekatan psikoanalysis kita tahu bahawa babak-babak hidup awal kita
menjadikan siapa kita ini. Zaman kanak-kanak adalah ketika dimana
'komputer' kita masih kosong dan belum banyak program dan apps yang
masuk. Ketika kanak-kanak - jika muka kita cacat , bopeng atau ada
tahi lalat berbulu – bayangkan efeknya kepada saikoloji kita
ketika mendewasa. Inilah salah satu beban yang cuba dipadamkan oleh
Rosmah Mansor melalui pembelian cincin yang berharga berjuta juta
ringgit.
Pada
Sabtu 28 Mac ini Rosmah Mansor akan mengkahwinkan anaknya. Tetapi
umum telah diberitahu bagaimana bakal menantu Rosmah masih
dikehenadki oleh Interpol kerana terlibat dalam kes penipuan di New
York. Umum juga diberitahu bahawa bakal menantu Rosmah ini telah
masuk ke Universiti Colombia di Amerika dengan menggunakan kelulusan
palsu. Tidak cukup dengan ini umum juga diberitahu oleh akhbar luar
negara bahawa bakal besan Rosmah ini telah terlibat dalam kes bunuh.
Mungkin dalam kes bunuh ini Rosmah dan Najib boleh bertukar dan
berkongsi pengalaman. Semua kesah-kesah ini – walau pun Rosmah
gemok pendek dan telinganya ditutup oleh rambut - pasti kesah-kesah
ini membingarkan juga.
Justeru
sama saperti Ahmad Reza Pahlavi – Rosmah juga akan mengadakan
kenduri kahwin selama 6 hari 6 malam. Ini adalah kenduri yang
membunuh semua kenduri. Ini adalah Emak dan Datuk segala kenduri.
Minggu
lalu telah diadakan kenduri ijab kabul. Selesai sahaja kenduri ini
diumumkan - Surat Nikah Najwa dan Daniyar telah dibocorkan. Apa
yang menarik ialah hantaran 500,000 dolar Amerika. Berita hantaran
ini telah meletup dialam maya. Jakim terpaksa membuat kenyatan
menafikan. Sama ada berita ini betul atau tidak bukan persoalan. Apa
yang penting ialah kebencian orang ramai terhadap Rosmah yang boros.
Malah bukan sahaja boros tapi bercanda-canda menggunakan kapal
terbang resmi negara.
Rafizi
Ramli pengarah Stratejik PKR membocorkan tentang jet baru negara
yang dibeli oleh Rosmah. Kes kapal terbang Ini semakin menaikkan
kebencian rakyat terhadap Rosmah Mansor. Hari ini semakin jelas
bahawa kapal terbang negara yang baru ini pasti digunakan oleh Rosmah
untuk membawa anak dan menantunya ke Kazakhtan untuk meneruskan
kenduri kahwin disebelah lelaki pula.
Dua
hari lalu telah bocor gambar-gambar dalam satu pesta bercanda-canda
- a la Moroko. Semua jemputan diwajibkan memakai pakaian Moroko.
Feshen Moroko dipilih mungkin senang untuk menyorokkan badan Rosmah
yang gemok membadak atau kerana Moroko ini negara Arab maka ada bau
bau Islam. Wal lah hu alam.
Kita
lihat dan tunggu bagaimana akhirnya kenduri ini. Tapi apa yang saheh
ialah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja dihalau oleh rakyat Iran
pada tahun 1979. Ahmad Reza lari lintang pukang dengan Farah Deba
isterinya.Apakah Rosmah Mansor dan isterinya..opps suaaminya Najib
Razak sesudah kenduri ini akan dihalau oleh rakyat. Sejarah masih
berjalan. (TT)
SABTU 28 MAC 2015
JAM 4:00 PETANG
SOGO
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-30-45
----------------------
Tuan TT,
BalasPadamkelas artikel tuan kali ini kah kah kah kah!!!!
saya akan print artikel ini, rendam dalam air 6 hari 6 malam, kemudian air rendaman itu saya akan bagi kucing saya minum.
Mudah2an kucing saya akan bertukar jadi seekor Telomian. Kah kah ka hka hkah!!!!
Habislah duit kita rakyat bila lahanat ber tanduk kebas macsm malaon
BalasPadamputeri raja 2 mulut besar............
BalasPadamkah...kah....kah......
Bebek i you libas...kuntau...starlet..bibis...celet pada malam pertama.....tak aca ape ape pun....kata bibir besar pada si 5000.....hahahhaahhaa...mcm mana nak aca....dah barai....kakkakakakaka...jangan kan keta api...kepala paus masuk pun relak je dia makan kuaci.....kakakakka...apa punya turrr.....semua nak freeeeee.....
BalasPadamHahahahahahhha... terbaik la tt..tapi...
BalasPadamApa sejarah tt yang cuba ditenggelamkannya hingga dia dilihat menjadi penghasut nombor satu..