PARSEPOLIS
1970 – KLCC 2015
Pada
bulan Oktober 1970 satu pesta menyambut 2,500 tahun Empire Raja
Parsi telah berlangsung di Parsepolis Iran. Ini sambutan kelahiran
Empire Raja Parsi ini dimulai oleh Raja Cyrus Yang Agong – 576-530
BC. Raja Cyrus menobatkan diri sebagai Raja Empat Penjuru Alam.
Ibu
kota empire ini ialah Parsepolis. Kota ini mula dibina oleh Raja
Darius pada tahun 518 BC. Parsepolis memberi makna – kota orang
Parsi. Sayangnya - kota sejarah ini telah dibakar musnah oleh
Iskandar Zulkarnain apabila dia melanggar Iran pada tahun 330 BC.
Diatas
runtuhan kota Parsepolis yang telah dibakar dan ditapak, ditiang dan
di tembok runtuhan kota inilah berlangsung selama 6 hari 6 malam
Bapak Segala Kenduri. Pengarah filem terkenal Orson Welles berkata :
Ini bukan pesta tahunan. Ini Pesta 25 Kurun.
Ahmad
Reza Pahlevi dan Pemaisuri Farah Deba empat tahun sebelum ini, baru
sahaja ditabalkan. Ahmad Reza telah menobatkan dirinya sebagai
Shahan Shah Raja Kepada Segala Raja. Pertabalan ini juga berlangsung
di Parsepolis.
Jika
mengkaji sosio politik Iran maka kita akan bertemu dengan fakta dan
data tentang Kenduri Yang Membunuh Semua Kenduri ini. Dari fail resmi
kerajaan Iran kita ketahui bahawa bujet perbelanjaan kenduri ini
ialah 140 juta pound sterling bersamaan 766 juta Ringgit Malaysia.
Ini nilai wang pada tahun 1970. Hari ini nilainya mungkin telah
melintasi 1 bilion ringgit.
Dari
rekod resmi kerajaan United Kingdom, Ahmad Reza telah juga menjemput
Baginda Queen Elizebeth. Tetapi Baginda Queen enggan mencemar duli
kerana merasakan Pesta ini agak lucah dan tidak ada kelas.
Akhbar
Daily Telegraph yang memetik rekod resmi kerajaan UK telah melaporkan
bagaimana seramai 160 orang Tukang masak – Chef – dari Paris
yang telah diterbangkan ke Parsepolis. Laporan akhbar ini diterbitkan
pada 12 Ogos 2001. Laporan berita merujuk data arkib negara UK
yang menyebut tentang 1 tan 'golden imperial caviar' - telor ikan
termahal dalam dunia ini telah didatangkan ke Parsepolis.
Malah
dikatakan pada minggu itu hampir semua restoran 'top kelas' di Paris
dan Peranchis telah ditutup selama 15 hari kerana semua chef, tukang
masak, tukang buat roti, tukang buat kuih, pembantu dapor dan
pelayan telah di bawa ke Parsepolis. Juga diberitakan Peranchis
telah kehabisan air anggur Champagne yang terbaik kerana semuanya
telah diterbangkan ke Parsepolis.
Khemah
DiRaja telah direka khusus oleh arkitek terkenal dari Peranchis.
Khemah-kemah yang menjadi singahsana tetamu ini telah didirikan
dalam runtuhan kota kuno ini. Khemah yang direka saperti bilik hotel
ini telah disaluti dengan bunga-bunga yang diterbangkan khas dari
Paris.
Sebanyak
250 buah kereta Mercedez Merah telah tersedia di lapangan Terbang
Shiraz untuk menunggu para jemputan yang datang dengan pesawat khas
dari luar Iran.
Siapa
yang dijemput? Setiap Raja, setiap Presiden, setiap Perdana Menteri
yang wujud dalam dunia ini telah dijemput. Dikatakan lebih dari 60
Emperor, Al-Malik, Sultan, dan Raja telah dijemput datang. Dikatakan
lebih dari 40 Presiden termasuk George Pompidou dari France telah
datang. Presiden Nixon dari Amerika bercadang untuk datang tapi
membatalkan. NIxon telah digantikan oleh Naib Presiden Spiro Agnew.
Bintang
filem, penyanyi, pereka feshen, wartawan, Minah dan Mamat yang ada
nama dan glamour semuanya dijemput datang. Hakikatnya pada minggu
itu – Siapa Dan Siapa –
dalam dunia ini akan berada di Parsepolis. Kamu bukan sosok ternama
dalam dunia ini jika kamu tidak berada di Parsepolis pada 12 hingga
16 Oktober 1970.
Pasti
ada yang bertanya kenapa saya bersurah panjang lebar tentang kenduri
Parsepolis ini?
Saya
menggarap tulisan ini untuk memberitahu bahawa : Kamu juga bukan
sosok yang ada nama dalam dunia ini jika pada Sabtu 28 haribulan
Mac 2015 kamu TIDAK berada di KLCC Kuala Lumpur. Kamu – yang
membaca tulisan ini - bukan sosok ternama jika kamu TIDAK mendapat
jemputan kenduri kahwin anak Rosmah Mansor. JIka kamu TIDAK dijemput
untuk hadir dijamuan kenduri ini maka nama kamu ialah Encik Tak Da
Sapa.
Dari
Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa kenduri perkahwinan
anak Rosmah ini akan dilihat lebih hebat dari Kenduri Empire Raja
Parsi di Parsepolis. Farah Deba hanya sempat berkenduri selama 5
hari 5 malam. Manakala Rosmah dikatakan akan berkenduri selama 6 hari
6 malam.
Surat
jemputan... opps maaf. Bukan Surat Jemputan tetapi Watikah Jemputan
dari Rosmah Mansor yang bersadur air emas dikatakan telah diedar
untuk jemputan yang terpilih. MalaysiaKini telah menayangkan rupa
bentuk Watikah Jempuatn ini. Harga sakeping Watikah Jemputan ini
sahaja pasti melintasi sebulan gaji seorang Pak Gad. Jika Rosmah
berdandan rambut bayaran 1200 ringgit. Justeru masuk akal jika
Watikah Jemputan yang bersejarah ini berganda-ganda harganya dari
bil berdandan rambut.
Dikatakan
kenduri ini bermula pada minggu akhir bulan Mac ini. Dilaporkan juga
bahawa kenduri kahwin ini juga akan diadakan di Pekan Pahang – di
wilayah kawasan yang memilih Najib Razak sebagai wakil Parlimen.
Kenduri ini juga dikatakan akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur –
mungkin untuk penyokong Najib dan ahli parti United Malays National
Organisation.
Grande
Finale atau Kemuncak Kenduri ini akan diadakan di Pusat Konvenshen/
Covention Center - KLCC Kuala Lumpur pada malam Sabtu 28 Mac ini.
Inilah kenduri kahwin yang membunuh semua kenduri kahwin di
Malaysia. Kenduri kahwin anak Rosmah ini akan tercatit dalam sejarah
dunia sama saperti Pesta di Parsepolis 1970. KLCC 2015 akan mencipta
sejarah.
Awal
Januari dahulu – Rosmah dan Najib telah bercuti. Ini ketika banjir
besar melanggar Kelantan. Najib telah dikritik hebat kerana TIDAK
ambil pot terhadap rakyat yang menderita. Akhirnya Najib tergesa-gesa
pulang. Tetapi Rosmah Mansor terus bercanda-canda menggunakan pesawat
udara resmi negara. Malah Najib sendiri terpaksa pulang dengan kapal
terbang awam. Baginilah kuasa yang dimiliki oleh Rosmah Mansor.
Ketika
banjir melanda Kelantan - satu Malaysia tertanya-tanya kemana Rosmah
Mansor bercanda dan berpoya. Pesawat resmi kerajaan Malaysia yang
telah diekori oleh teknoloji terkini memperlihatkan ianya berpindah
dari Indianapolis Amerika menuju dari kota ke kota.
Pertanyaan
RAKYAT MALAYSIA ini akhirnya terjawab bulan ini apabila desas desus
anak Rosmah nak kahwin mula muncul dalam media sosial. Rupa-rupanya
ketika Kelantan banjir Rosmah Mansor sedang sibuk membeli belah
dari Los Angles, ke London, ke Dubai , ke Soeul dan ke Bangkok.
Rosmah bershopping untuk kenduri anak nak kahwin.
Pasti
ada orang yang akan bertanya kenapa 'sibuk-sibuk' pasal anak Rosmah
nak kahwin.
Biar
saya jawab disini. Saya menimbulkan agenda anak Rosmah nak kahwin
dalam tulisan ini kerana ada sebab musabab yang amat kukuh. Saya
TIDAK menentang anak Rosmah kahwin. Tak ada siapa yang ambil pot
tentang anak Rosmah ini. Rakyat Malaysia bukan menentang perkahwinan.
Perkahwinan adalah hak asasi Najwa dan Daniyar untuk meresmikan
hubungan mereka. Tetapi apabila anak Rosmah kahwin ianya lebih dari
KAHWIN.
Ketika
anak Rosmah bertunang 5 tahun dahulu, seorang pegawai dari Jabatan
Perdana Menteri yang TIDAK puas hati telah membocorkan bil jamuan
makan malam kenduri bertunang ini. Maklumat ini telah disampaikan
kepada YB Rafizi Ramly. Saudara Rafizi telah membocorkan kepada
media tentang bagaimana Pejabat Perdana Menteri telah dipaksa
membayar kos jamuan kenduri itu. Sebanyak 409,767 ribu ringgit telah
dibayar ke Hotel Shangrila yang menyediakan jamuan ini di Seri
Perdana. Ini duit rakyat.
Amat
jelas Rosmah Mansor dan Najib Razak ini adalah dua sosok yang
terbukti telah menggunakan harta dan duit negara untuk kegunaan
pribadi. Maklumat rompakan resmi yang dilakukan oleh Rosmah dan Najib
ini telah banyak tersebar luas.
Soalan
timbul – kalau kenduri bertunang Rosmah telah merembat hampir satu
juta duit orang ramai, berapa juta agaknya duit negara yang akan
dirembat oleh Rosmah untuk perkahwinan anaknya pada Sabtu 28 Mac
ini?
Desas
desus telah mula tersebar bagaimana bunga telor akan diganti dengan
Beg Birkin. Desas desus juga telah kedengaran bahawa kesemua ' bilik
suite' hotel 5 bintang di Kuala Lumpur telah penuh di tempah. Desas
desus juga mula kedengaran bagaimana lapangan terbang Subang akan
diampoh oleh jet pribadi tetamu Rosmah Mansor.
Rosmah
dan Najib merembat duit negara ini bukan lagi satu rahsia. Dunia
telah diberitahu bahawa akhbar New Yorks Times memiliki semua
resit-resit 'shopping' Datin Seri Paduka Rosmah. Rosmah dikatakan
telah membeli intan berlian dan beg Birkin yang bernilai jutaan
ringgit. Minggu ini Mahathir Muhamad, bekas PM Malaysia telah
bertanya dari mana datangnya harta kekayaan Rosmah binte Mansor dan
Najib bin Razak?
Minggu
hadapan saya akan merungkai kenapa Ahmad Reza buat kenduri besar.
Minggu depan juga saya akan menerangkan kenapa dan siapa sebenarnya
Rosmah Mansor ini. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukuyl talipon: 03-92-21-30-45
------------------
Dia tu HANTU kan.....
BalasPadamNajwa?
BalasPadam7 keturunan kayo rayo... ini bukan pilipin... klu pilipin suami isteri kena halau keluar... ini tanah melayu... parti melayu buat apa dorang suka... kahkahkah....
BalasPadamJet baru nak guna bulan madu kot?
BalasPadamPonek dah raso eaa kito menghayun bini Kak Ros ni..ateh-bawah, kiri-kanan..tapi tup-tup dengon "cool"nya dio sompek boli sebiji jet mewah lagi..tapi kita jgn tak tau jet ini adalah sebahagian daripada aturcara kenduri daripada segala kenduri yg bakal diadakan kelak. Jet ini (mungkin) akan digunakan utk pi bulan madu, dan sekali gus memecahkan rekod dunia "entot" tertinggi diangkasa, jadi kita sbg rakyat Malaysia patut berbangga.
BalasPadamOh tuan TT,
BalasPadamT/kasih atas artikel ini.
Tulis lagi pasal Shah Iran. Anak badak tak payah la tulis.
Menyakitkan hati. Tambah sakit hati bila kita seolah tak boleh buat apa dah.
Kita cuma mampu seluk kocek, kira tasbih 2 bijik.
Kah kah kah kah!
Beg Birkin !!!!!. Biar betul Bro. Menangis aku baca
BalasPadamkepala butuh najib dan suami.........
BalasPadamsial........
kah...kah....kah.....
Masalahnya, anak badak dari negeri, negeri aku membesar. Negeri, macam-macam ada. Penghasut ada, spender gajah ada...memang best.
BalasPadamcadangan aku....anak rosmah nak beramput...bila beramput, rembat duit rakyat. sapa2 yg ada link dgn pembesar negara luar maka...hasutlah pembesar negara laur agar jgn hadir ke majlis sebelum beramput anak rosmah. terangkan kepada negara yg dijemput situasi sebenar....errr aku rasa muat mulut anak rosmah tu nak lulum butuh budak krygys tu kan hahahaha
BalasPadambaiklah... saya akan tunggu makalah seterusnya dari TT...
BalasPadam