Ahad, 8 Mac 2015

MALAM INI DI JINJANG







PENAHANAN PESERTA HIMPUNAN: HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP ANAK MUDA #KITALAWAN
Sekretariat #KitaLawan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan anak muda turun ke jalan raya semalam dengan berarak dari Sogo ke KLCC membawa mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO untuk membebaskan saudara Anwar Ibrahim dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera. Ternyata rakyat berani menyuarakan kebenaran dan tidak takut dengan amaran supaya tidak menyertai Himpunan #KitaLawan kerana perlembagaan menjamin hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Kami juga hargai jasa anggota polis, trafik dan keselamatan yang bertugas semalam dan bekerjsama melancarkan pergerakan himpunan. Malangnya, kami amat kesal dan kecewa dengan pihak polis yang terus membuat intimidasi untuk menahan peserta himpunan iaitu bermula dengan saudara Saifullah Zulkifli telah ditahan malam semalam dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Manakala saudara Nik Nazmi dipanggil polis pagi ini dan beliau telah ditahan dibawah Akta yang sama dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibawa di Balai Polis Jinjang untuk ditahan dalam lokap sehingga esok sebelum polis memohon perintah reman untuk terus menahan beliau.
Pihak polis harus ingat bahawa Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelasa bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berpelembagaan. Tindakan menahan Nik Nazmi adalah untuk tindakan terdesak untuk menyekat suara anak muda yang merupakan bukti salah guna kuasa dan merupakan ‘contempt of court’.
Kami juga difahamkan lebih ramai anak muda #KitaLawan bakal dipanggil pihak polis. Tindakan menahan dan menangkap peserta Himpunan walaupun perhimpunan berjalan dengan aman adalah tindakan mereka yang takut dan terdesak. Adakah anak muda bersalah kerana berani menyatakan kebenaran dan menuntut keadilan? Adakah anak muda bersalah kerana menentang kezaliman? Adakah anak muda bersalah kerana berhimpun secara aman?  #KitaLawan akan terus mengamalkan hak berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan dan akan terus mengadakan himpunan mingguan setiap Sabtu jam 4.00 petang di hadapan Sogo.
Kami mengajak semua untuk bersama-sama berkumpul malam ini di hadapan Balai Polis Daerah Jinjang bermula jam 9.00 malam untuk aktiviti “Vigil #KitaLawan: Malam Akustik” sebagai solidariti bersama Nik Nazmi dan menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda akan tampil membawa mesej kebebasan, keadilan dan keamaman melalui persembahan santai disamping mengingatkan mereka bahawa anak muda tidak akan sesekali tunduk dengan tindakan zalim.
Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!
8 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
#BebasAnwar #UndurNajib
TW @KitaLawan_my


------------

1 ulasan:

  1. tt, april nti gst akan dikuatkuasa. antara perkhidmatan yang kena adalah kuar duit dari mesin atm. dikenakan charge 6 percent dari seringgit jika kuarkan dari bank lain (meps). so mohon viralkan supaya org ramai keluarkan duit dari bank sebelum april.. biarkan bank terima tekanan dari rakyat. bayangkan kalau semuĂ  org keluarkan duit dari bank, maka bank akan lingkup. sebelum mereka lingkup pasti mereka akan complain kepada kerajaan. mohon viralkan.. kalau boleh buat kempen keluarkan duit.. nak simpan kat mana tu inisiatif sendiri..

    BalasPadam