KOMENTAR
apabila utusan buat berita ini
ada tiga pekara berlaku
pertama #KITALAWAN berjaya
berita ini cuba melekeh
ini terbaik kerana
bila musuh lekehkan kita
ertinya kita berjaya
kalau utusan sokong kita
ini maknanya kita orang jahat
lagi banyak kita diserang lagi baik
kedua berita ini
membangangkan nordin ahmad
yang tidak tahu apa tujuan demo
ketiga berita ini
membangangkan akhbar utusan
kerana melapor berita
dari orang bangang
NOTA
sayangnya berita ini
sayang kerana
diakui oleh nordin ahmad
bahawa ramai belia
ramai anak muda
datang berdemo
sayang kerana
diakui oleh nordin ahmad
bahawa ramai belia
ramai anak muda
datang berdemo
tak ramai orang baca
kerana pembaca utusan
semakin sosot
ini kekecewaan besar #KITALAWAN
#KitaLawan alat mainan Anwar lepaskan diri
KUALA LUMPUR 8 Mac – Perhimpunan #KitaLawan anjuran pakatan pembangkang didakwa kabur, tiada hala tuju dan merupakan mainan politik licik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dirancang sebelum dia menjalani hukuman penjara.
Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad ( gambar) berkata, masyarakat juga tertanya-tanya apakah sebenarnya motif perhimpunan berkenaan.
“Siapa sebenarnya yang ditentang mereka? Najib Razak, Rosmah Mansor ,institusi kehakiman atau kerajaan? Tiada penjelasan khusus mengenainya.
“Yang jelas, perhimpunan tersebut bersifat peribadi dengan tujuan membebaskan Anwar serta menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan kononnya mahkamah tidak adil dalam membuat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perhimpunan #KitaLawan yang bermula pukul 3 petang semalam menyaksikan pesertanya berarak menuju ke pusat beli-belah Sogo dari tiga kawasan seperti Masjid Jamek, Jalan Raja Laut dan Pejabat Agung Pas.
Mengulas lanjut, Nordin berkata, kebanyakan golongan belia yang menyertai perhimpunan itu tidak tahu motif atau tujuan mereka hadir ke sana.
Katanya, kehadiran ramai anak muda bukanlah menunjukkan sokongan mereka kepada pakatan pembangkang kerana ada yang memberitahu tujuan mereka hadir adalah bagi memenuhi aktiviti hujung minggu.
KAH
KAH KAH
woit
siapa malaon ni
kah kah kah
lawyer doktor
profesor.. kah kah kah
mustahil tak tahu
apa tujuan demo
kah kah kah
berapa kali nak cakap
tujuan demo
nak ajak rakyat
makan kenduri
kah kah kah
mamat ini
betul betul
kajang pak malaon
kah kah kah
PAK MALAON
-----------
Yang ni kelakar pecah perut aku ketawa
BalasPadamapa punya pak malaon..kahkahkah
BalasPadam