Ahad, 12 April 2015

BUKTI KEKUATAN SOSIALISMA






KOMENTAR
menghapuskan orang tengah
adalah salah satu 
ciri ekonomi SOSIALIS
ini adalah salah satu 
tiang pasak sosialisma

segala urus niaga
diambil alih oleh negara
segala urus niaga 
dijalankan oleh daulah

negara dan daulah pukul harga
keuntungan TIDAK masuk 
ke dalam dana pemilik syarikat
laba dan untung
tidak masuk ke dalam saham pemodal

KEUNTUNGAN akan masuk 
ke dalam dana negara 

kaum pemodal dinafikan
untung tanpa kerja
pemegang  saham dinafikan
untung tanpa membuat apa apa

tanpa orang tengah
kaum petani
kaum nelayan
para pekebun 
mendapat harga terbaik
tanpa orang tengah hisap darah mereka

SEDARLAH:
harga barangan kepada konsumer hari ini
sengaja dimahalkan oleh orang tengah
ini untuk keuntungan orang tengah

dalam masa yang sama
harga beli pada nelayan 
harga dibeli pada petani
harga dibeli pada pekebun
sengaja dimurahkan
oleh orang tengah

orang tengah beli untung
jual pun untung
ini hakikat sistem kapitalis

justeru kerana itu 
sistem ekonomi sosialisma
lebih adil 
lebih berkebajikan
mendahulukan manusia
dari keuntungan maksima


Jihad perangi orang tengah berhasil, 

kata Ismail Sabri 

Usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkempen jihad memerangi orang tengah sudah membuahkan hasil amat positif apabila ia mencapai tahap kesedaran 15% di kalangan petani, penternak dan nelayan.
Ismail Sabri Yaakob berkata kesedaran di kalangan golongan berkenaan kian meningkat apabila kebanyakan mereka sudah mula menjual kepada Pertubuhan Peladang sekaligus menunjukkan impak positif apabila pendapatan mereka turut meningkat.
“Kita jihad sampai orang tengah ini dapat dihapuskan. Perkara ini bukan mudah sebab kebanyakan mereka yang menjual kepada orang tengah ini sudah terbiasa, jadi budaya.
"Sebab itu program kita ini sentiasa berterusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Jalan Apas di Tawau, semalam.
Katanya, kementeriannya tidak boleh memaksa golongan petani, nelayan dan penternak untuk menjual hasil mereka secara terus dan tidak menggunakan khidmat orang tengah namun kempen secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran mereka akan diteruskan melalui beberapa fasa yang  disusun.
Terdahulu dalam ucapannya Ismail berkata sebanyak 200 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PHP) yang diwujudkan di seluruh negara tahun ini akan dapat membantu usaha jihad memerangi orang tengah.
Katanya melalui PHP, seramai 40,000 petani, penternak dan nelayan akan terlibat dalam urusan pembekalan hasil pertanian di setiap pusat pengumpulan yang diwujudkan dan dapat menghasilkan 62,400 tan metrik hasil pertanian dengan nilai jualan sehingga RM250 juta.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jihad-perangi-orang-tengah-berhasil-kata-ismail-sabri#sthash.8jJLYYCN.dpuf



------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan