AKSI ANAK MUDA #KITALAWAN SABTU INI DI PAHANG DAN PULAU PINANG
Anak muda #KitaLawan akan meneruskan jelajah ke Pahang dan Pulau Pinang pada Sabtu ini 25 April 2015 bagi membangkitkan semangat rakyat di kawasan utara dan pantai timur tanahair untuk melawan pelaksanaan GST dan seterusnya untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.
HIMPUNAN #KITALAWANGST VERSI PAHANG
Selepas kejayaan Himpunan #KitaLawanGST di Johor Bahru pada 11 April 2015, Himpunan #KitaLawan di Pahang akan memberi tekanan dan peringatan secara langsung kepada Najib Razak bahawa kesabaran anak muda ada batasnya. Anak muda tidak gentar untuk berhadapan dengan beliau dan beraksi di negeri kelahiran beliau bagi menghentikan kerosakan dan kehilangan harta negara.
Ketika kewangan negara dalam keadaan tenat, dasar-dasar yang menindas dan menzalimi rakyat yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak seperti pelaksanaan GST adalah amat menjengkelkan sedangkan beliau dan kroni terus hidup bermewahan.
Anak muda menyeru khususnya rakyat Pahang dan pantai timur yang ditekan dan diperdayakan oleh kepimpinan Najib Razak untuk bersama-sama menyuarakan kemarahan mereka pada Himpunan #KitaLawanGST #UndurNajib versi Pahang di hadapan Pasarayaku, Temerloh pada 25 April 2015.
KAYUH BANTAH #KITALAWANGST VERSI PULAU PINANG
Manakala anak muda #KitaLawan di Pulau Pinang akan meneruskan aksi Kayuh Bantah #KitaLawanGST #BebasAnwar pada Sabtu ini dengan mengelilingi Parlimen Permatang Pauh. Kami mengajak semua untuk bersama-sama kayuh atau bermotosikal sebagai tanda bantahan terbuka terhadap pelaksanaan GST.
Aktiviti berbasikal ini akan bermula dari Jalan Sama Gagah, DUN Permatang Pasir pada jam 4.00 petang dan seterusnya akan melewati DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti bagi perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer.
Aksi kayuhan anak muda ini juga akan memperingatkan rakyat Permatang Pauh bahawa selepas 17 tahun sejak tercetusnya kebangkitan Reformasi, mereka kini sekali lagi dihukum kerana memilih jalan untuk menentang kerakusan UMNO.
Rakyat Permatang Pauh menjadi harapan rakyat Malaysia bagi mengangkat suara rakyat dan anak muda bersedia untuk bersama-sama dengan mereka bagi meneruskan perjuangan melawan penindasan dan kezaliman pemerintah terhadap rakyat Malaysia.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!!
#1Mei1Juta #KitaLawanGST
22 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN
-------------
hadi dah mabuk kencing umno
BalasPadammasa bila mp umno kata sokong hudud?
runding bukan bermakna sokong.