ALTANTUYA
, NAJIB DAN MAHATHIR
Minggu
ini Mahathir Muhamad telah menggunakan prestigenya sebagai bekas
Perdana Menteri untuk menyerang Najib Razak. Secara terbuka Mahathir
Muhamad telah menuduh Najib Razak terlibat dalam kes bunuh Altantuya
Shaaribu. Menurut bekas Perdana Menteri Najib Razak sedang
dibebani oleh pelbagai bentuk skandal.
Jika
Najib Razak - Presiden United Malaya National Organisation
meneruskan tugas sebagai PM maka ini adalah beban yang amat
berat. Beban berat ini wajib dipikul oleh parti Ketuanan Melayu yang
semakin kucar kacir semenjak 2008. Sokongan untuk parti ini semakin
susut. Memikul Najib dan Rosmah bukan memikul biawak hidup. Ahli
parti Ketuanan Melayu merasakan mereka sedang memikul dua ekor badak
berendam.
Satu
Malaysia mengetahui bahawa Najib Razak terlibat dalam kes rasuah
kapal selam Scorpene. Umum mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah
mengunakan duit kerajaan membayar bil kos jamuan makan malam kenduri
pertunangan anak mereka. Satu Malaysia tahu bagaimana Rosmah Mansor
bercanda-canda mengunakan pesawat resmi negara. Pesawat resmi negara
dijadikan 'kereta' pribadi oleh Rosmah Mansor untuk bershopping.
Paling
meledak ialah surah 'keterlibatan' Najib Razak dengan model bergetah
gadis Mongolia yang bernama Altantuya Shaaribu a.k.a Siti Aminah.
Minah cun langsing berambut panjang ala Ziana Zain ini telah mati
dibunuh. Mayat Minah cun ini telah diledakan dengan bom C4 dalam
hutan Bukit Cerakah pada malam 18 Oktober 2006 dahulu.
Mengikut
Akuan Bersumpah mata-mata gelap persendirian (PI) Balasubramaniam –
Si Altantuya ini ialah kekasih Najib Razak. Mengikut Akuan Bersumpah
ini - pada awalnya Altantuya telah menjadi 'penyedap' Najib.
Mengikut Bala - Altantuya pernah bercanda-canda dengan Najib di
pamiran Intan Berlian di Pulau Sentosa Singapura.
Gadis Mongolia ini
kemudian menjadi 'kereta terpakai' beralih tuan untuk menjadi
penyedap Razak Baginda pula. Mengikut Akuan Bersumpah Bala – Najib
menyerahkan Altantuya kepada Razak Baginda kerana Najib tidak mahu
dilihat terlibat sekali lagi dalam skandal sex.
Justeru,
mengikut Mahathir Muhamad semua skandal ini diketahui umum. Skandal
ini menjadikan Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan anak
semua bangsa rakyat Malaysia. Justeru, Najib Razak wajib berundur.
Justeru Najib dan Rosmah wajib mengosongkan Putarajaya. Justeru Najib
Razak wajib meletakan jawatan sebagai Presiden parti United Malays
National Organisation.
Mahathir
Muhamad telah menulis pekara-pekara dan skandal Najib ini dalam
blognya. Sebenarnya kes Altantuya ini bukan baru. Mendiang Karpal
Singh pernah bertanya di Parlimen – kenapa mayat Altantuya perlu
diledakkan? Adakah ini cara terbaik untuk melupuskan janin kandongan
Altantuya.
Laporan
berita dari mahkamah telah merakamkan ketika Altantuya dibunuh dia
minta nyawa kerana dia sedang mengandung.
Justeru
- anak siapakah agaknya yang dikandung oleh Altantuya Shaaribu.
Adakah yang dikandong anak Razak atau cucu Razak? Persoalan ini
masih belum terjawab.
Selain
dari anak siapa dalam kandongan perut Altantuya – Mahathir
Muhamad juga menimbulkan persoalan yang paling hakiki. Satu Malaysia
malah, satu dunia mengetahui bahawa Altantuya telah dibunuh dan
diledakaan oleh Kopral Sirul dan Inspektor Azilah.
Mengikut
laporan mahkamah dua anggota Unit Tindakan Khas ini telah diupah
100,000 ringgit untuk 'menjimat' kan Altantuya. Jimat mengikut Sirul
adalah kata buat yang memberi makna dilupuskan atau dibunuh.
Untuk
pertama kalinya rakyat Malaysia telah diberitahu bahawa Sirul juga
pernah bertugas menjadi pengawal pribadi Mahathir Muhamad ketika
Mahathir menjadi Perdana Menteri. Maklumat ini TIDAK menjadi hampar
kerana Mahathir mengakui ketika Sirul bertugas, dia sebagai
Perdana Menteri Malaysia TIDAK pernah menyuruh atau memberi arahanan
kepada Sirul untuk membunuh sesiapa pun. Kenyataan Mahathir Muhamad
ini satu ledakan yang sedang menyesakkan nafas Muhamad Najib bin
Abdul Razak.
Memang
ajaib dan pelik kerana soalan-soalan yang menjadi kunci kes bunuh
ini TIDAK ditimbulkan di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.
Amat jelas soalan siapa upah Sirul dan siapa upah Azilah adalah
soalan kunci dalam mana-mana kes bunuh. Mereka berdua alah pegawai
polis dan dalam sistem kepolisian ada hairaki. Ada pegawai tinggi
ada pegawai rendah. Maka timbul soalan - siapa pula yang memberi
arahan untuk membunuh Altantuya? Pegawai mana? Pegawai tinggi mana?
Dari mana arahan sampai?
Semua
soalan-soalan ini telah TIDAK ditimbulkan di mahkamah. Rakyat
seluruh Malaysia – malah rakyat satu dunia yang mengikuti kes ini
telah bertahun-tahun menimbulkan persoalan ini. Kita tidak perlu ke
Oxford atau ke Universiti Yale untuk belajar undang-undang. Dengan
hanya membaca laporan mahkamah diakhbar orang ramai tahu bahawa
soalan-soalan ini adalah kunci kepada kes pembunuhan Altantuya
Shaaribu.
Justeru
apabila Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan 'cepu emas' ini maka
ramai kaki ampoo dan kaki bodek Najib mula bersuara dengan hujah
basi bahawa kes ini telah selesai. Bukti kes ini telah selesai –
Sirul dan Azilah didapati bersalah. Mereka akan dihukum gantung.
Justeru TIDAK perlu lagi kes bunuh ini dibincangkan. Atau
soalan-soalan ini ditimbulkan. Ini adakah hujah balaci dan ghurka
Najib.
Tentang
hukuman Sirul dan Azilah ini, Mahathir Muhamad telah membuat satu
kenyataan yang amat penting. Mahathir telah berkata : Jika Sirul
digantung ini amat zalim.
Dari kenyatan ini jelas bahawa Mahathir
Muhamad tahu bahawa Sirul dan Azilah hanya mengikut arahan. Justeru
kalau kita berpusing-pusing sambil bertanya maka kita akan kembali
kepada soalan hakiki: Siapa beri arahan?
Dalam
kes bunuh ada 3 pekara wajib wujud. Pertama: mayat – mangsa yang
dibunuh. Kedua: senjata yang digunakan untuk membunuh. Ketiga:
motif/tujuan untuk membunuh. Ketiga-tiga pekara ini wajib wujud dalam
sisatan kes bunuh. Tiga pekara ini amat fundumental untuk
membuktikan salah benar kes ini.
Mayat
Altantuya ditemui. Senjata membunuh ditemui. Maka pekara ketiga ialah
MOTIF atau tujuan membunuh. Jika motif atau tujuan membunuh TIDAK
ditimbulkan maka dilihat Sirul dan Azilah ini memiliki hobi suka
membunuh. Sekali sekala apabila mereka merasa bosan maka mereka akan
mencari mangsa untuk dibunuh. Secara tak sengaja pada 18 Oktober 2006
lalu mereka terserempak dengan seorang Minah cun bernana Altantuya.
Ketika itu Si Minah cun ini berada di Bukit Damansara dihadapan
rumah Razak Baginda. Lalu mereka bedil Altantuya. Kerana membunuh
hobi mereka.
Tapi
hakikatnya bukan ini yang telah berlaku. Sirul dan Azilah bertugas
dalam pasokan polis. Kerana mereka pegawai polis – malah Azilah
berpangkat inspektor - maka kita kembali kepada soalan Mahathir
Muhamad – siapa beri arahan?
Ketika
tulisan ini digarap satu Malaysia masih heboh lagi tentang soalan
Mahathir Muhamad terhadap keterlibatan Najib dalam kes Altantuya.
Untuk menyusahkan lagi tidur Najib, Si Sirul telah lari dari
Malaysia dan kini duduk dalam kem tahanan pendatang haram di
Australia. Siapa merancang? Siapa beri nasehat? Mana Sirul dapat
dana? Bagaimana semua ini boleh berlaku hanya pelik bin ajaib
sahaja yang boleh menjawab.
Pelbagai
spekulasi muncul. Berbagai-bagai teori timbul. Semua itu hanya
tinggal teori. Apa yang soheh ialah Si Sirul ini sedang merancang
untuk menghebohkan kes Altantuya kepada dunia. Media Australia,
media Eropah sedang menunggu-nunggu untuk membeli 'kesh benar' dari
Sirul.
Muhamad
Najib bin Abdul Razak ini betul-betul jantan suwey. Sebelum
Mahathir meminta jawapan dari Najib telah dilaporkan tetang berita
pertemuan Sirul dengan Ibunya di Sydney Australia. Berita menjadi
lagi heboh apabila Ibu Sirul telah diatur untuk membuat pertemuan
dengan Mahathir Muhamad. Ibu Sirul yang dibawa oleh YB Mahfiz Omar
berjumpa Sirul di Australia dilaporkan oleh media ada membawa
beberapa maklumat dari Sirul.
Apa
maklumat itu? Tidak ada sesiapa yang tahu. Apa yang jelas kenyataan
Najib yang memperlekehkan Sirul sebagai ' merepek' telah menaikkan
lagi suhu marah Si Sirul terhadap 'orang yang memberi arahan bunuh'.
Lalu
timbul satu lagi soalan hakiki. Kali ini bukan tentang Altantuya
tetapi tentang Najib. Apakah Najib Razak dapat menyelamatkan diri
dari serangan Mahathir Muhamad. Apakah Najib dan Rosmah selamat
untuk terus tinggal di Putarajaya? Apakah Rosmah Mansor akan terus
mundar mandir bershopping dengan menggunakan pesawat kerajaan?
Soalan
ini juga berkait rapat juga dengan apa yang wajib dilakukan oleh
Pakatan Rakyat. Apakah taktik dan strateji yang wajib diambil dalam
suasana sekarang.
Ada
yang berpendapat biarkan Najib Razak terus berkuasa. Ini akan
membantu Pakatan Rakyat. Skandal Najib ini akan digunakan sebagai
senjata ampoh dalam kempen PRU14 nanti. Kerena Rosmah Mansor juga
akan dijadikan isu untuk menghakiskan keyakinan orang ramai terhadap
United Malays National Organisation. Ada yang berpendapat Najib wajib
berundur secepat mungkin.
Kita
wajib menunggu satu minggu lagi. Satu minngu amat panjang dalam
politik. Minggu hadapan tulisan ini akan cuba memberi jawapan. END
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------------
Mana bole biar sibetina badak tu terus duduk Putrajaya,lingkup dan bangkrap malaysia.Si jantan suwey mat monggol tu sudah kena mandrem.Dia ingat rakyat kampong bodo macam dia.Siap sumpah dalam masjid lagi.Kenapa tak sambung ulang tahun bersumpah di PRK Pmtg Pauh sekarang ni.Itulah mat monggol, manusia kau bole kelentong tapi Tuhan kau tak bole temberang.Kau bole belahlah dengan balaci-balaci kau yang tak berguna atas nama ketuanan melayu haramjadah.kah...kah...kah...
BalasPadamkepala butuh kalau najib jawab.........
BalasPadammusibat mat monggol mana ada teloq.....
hanya balaci buat bising.......
pukimak betul......
bunuh org lagi boleh bebas.....
kalau najib ada keberanian, jawablah persoalan mahader..
BalasPadamSikap pekak badak yang dipakai dek Najib terhadap kritikan pedas dek Madey setakat ini dapat meneruskan tali hayat Najib Kerana Najib dah ikat semua hidung orang kuat seperti IGP,Ketua MACC, Ketua Pengarang dmua akhbar PB dan mungkin jua orang kehakiman dan Ketua Bahagian UMNO kecuali Madey.
BalasPadamHairan Mahyuddin pun sengap jika tidak dulu dia yang lantang mendesak Pak Lah belah. Namun siapa dan tenaga apa yang boleh memaksa Najib berundur selagi strategi pekak badak dan kawalan total terhadap semua yang bodeknya dapat dikekalkan. Mungkin TT BOLEH CERAHKAN.Najib tak ambil pusing setakat ini terhadap pengkritiknya.
Soalan Abad Ini :
BalasPadamC4kan Siti Aminah arahan siapa ?.
Jawapan :
(A). Anwar Ibrahim.
(B). Kak Ros.
(C). Isteri Kak Ros.
(D). Razak Baginda.
(E). Baginda Genghiz Khan.
(D).
Soalan Abad Ini :
BalasPadamC4kan Siti Aminah arahan siapa ?.
Jawapan :
(A). Anwar Ibrahim.
(B). Kak Ros.
(C). Isteri Kak Ros.
(D). Razak Baginda.
(E). Baginda Genghiz Khan.
Macam tunggu Godot...tak sampai-sampai, tak terjawab-jawab.
BalasPadamAda orang suka motif ada orang tak suka motif. Tapi apa benda tu motif . TT tolong terang.
BalasPadamSalah tu TT,
BalasPadam"Menjimatkan"Altantyuya bukan bermakna melenyapkan atau setakat membunuh beliau. Menjimatkan bererti cuma perlu bayar RM 100k seorang kepada Azilah dan Sirul, berbanding dengan komisen pembelian (brokerage fee) berjuta-juta yang diminta oleh Tuya. Bunuh minah tu tak payah bayar bayar berjuta...bahaya berniaga dengan puak-puak ni....