Sabtu, 18 April 2015

SAMAN JANGAN TAK SAMAN







SAMAN  NAJIB & ROSMAH:
TERUJA MEMPERTAHANKAN KENYATAAN DI MAHKAMAH

Saya baru mendapat tahu bahawa satu satu telah difailkan terhadap saya oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor berkenaan dengan satu kenyataan saya. Saya belum mendapat apa-apa dokumen atau pengesahan mengenai saman tersebut, namun saya yakin ia lanjutan dari satu surat tuntutan (demand letter) yang dihantar kepada saya pada 4 Disember 2014 yang lepas.

(Saya sertakan surat tuntutan dan jawapan dari peguam saya).

Saya teruja untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah. Semasa saya mendapat surat tuntutan dalam bulan Disember lepas, saya ada membincangkan kemungkinan saman ini dibawa ke mahkamah. Peguam-peguam saya turut teruja untuk menyoalbalas (cross examine) Najib dan Rosmah di mahkamah nanti, seperti mana seluruh rakyat Malaysia ternanti-nantikan saat itu.

Saya percaya ini sebahagian dari usaha untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dari terus bersuara mengenai isu-isu rakyat. Saya akan terus bersuara dan tidak akan takut dengan tindakan-tindakan mahkamah seperti ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN








--------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan