Isnin, 13 April 2015

SEBELUM 1 JUTA 1 MEI







KEJAYAAN HIMPUNAN
 #KITALAWAN DI JOHOR BAHRU 
 SETERUSNYA FORUM BLACK 14  
Pihak Sekretariat #KitaLawan ingin mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada rakyat Johor yang berani berhimpun secara aman pada Sabtu lepas bagi menyatakan bantahan terbuka terhadap pelaksanaan GST. Tuntutan mereka agar kesengsaraan kos sara hidup rakyat diambil peduli, yang akan terus diperjuangkan anak muda #KitaLawan. Ternyata Himpunan #KitaLawanGST versi Johor telah menyuntik semangat dan keazaman kepada rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015.   
Terima kasih juga kepada pihak polis dan polis trafik Johor Bahru yang telah bertugas pada hari tersebut. Kami tegas berpendirian bahawa hak berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. Namun, kami juga akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa yang hanya menjalankan tugas mereka agar anak muda dapat terus fokus dan menumpukan kepada usaha membela isu-isu rakyat.
Selain penahanan 4 orang peserta Himpunan #KitaLawanGST pada Sabtu lepas (mereka semua telah dibebaskan), pihak polis Johor Bahru telah meminta saudara Akmal Nasir, Pengarah Strategi AMK untuk hadir ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru untuk memberi keterangan. Saudara Akmal akan bekerjasama dan hadir ke IPD Johor Bahru esok, Selasa 14 April 2015 jam 11.00 pagi dengan ditemani oleh peguam Hassan Karim.  
FORUM BLACK 14: DARI REFORMASI KE #KITALAWAN
Rencana anak muda #KitaLawan akan diteruskan lagi dengan diskusi forum anjuran bersama Malaysiakini sempena mengimbas kembali peristiwa Black 14 dimana saudara Anwar Ibrahim dijatuh hukuman penjara pada 14 April 1999 dan juga mengenang kembali penahanan tanpa bicara 10 orang aktivis Reformasi pada tahun 2001 di bawah ISA.
Seterusnya, forum akan membincangkan kebangkitan anak muda #KitaLawan dan bagaimana ia akan mengubah senario politik dan masyarakat Malaysia.
Butirannya adalah seperti berikut:
Tarikh: 14 April 2015 (Selasa)
Masa: 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat: @Kini No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Panelis:
1) Akmal Nasir, Seketariat #KitaLawan
2) Michelle Yesudas, Peguam Hak Asasi Manusia LFL
3) Malek Husin, Bekas Tahanan ISA
4) Amin Iskandar, Pengarang TMI

#BebasAnwar #UndurNajib #PecatIGP #KitaLawanGST
13 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN


-------------

2 ulasan:

  1. Mana gambaq... Tak main la gambaq dekat...bg la gambaq arial view... Jgn jadi utusan cakap 10000haadir. Gambaq boh yg close up... Hampeh...

    BalasPadam
  2. nmpk sngt tt pn x konsisten dlm soal demo...tt masih menebal dgn sikap keoartian...ini dpt dilihat apabila tt lgsg tak mmberi sbrg liputan sebelom semasa dsn slps hindar (himpunan derita rakyat) yg d anjur oleh PAS krn dendam tt pd presiden PAS.....klu begini sikap tt...demo yg brjln skrg x akan kemana kerana tidak ada kesepakatan yg teguh...tt hnya meroyan yerutama bila mnyebut bajib akan d trnrajang oleh ahli umno sndri...selamat meroyan tt...

    BalasPadam