Ahad, 19 April 2015

SILA BACA BERITA INI













DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.  

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

“Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik,” katanya
.






--------------

3 ulasan:

  1. Saya tanya ni...
    Berapa kali mat sabu ni kalah pilihanraya?
    Saja tanya...jangan marah...

    BalasPadam
  2. PAS tak perlu bertanding di P.Pinang.

    BalasPadam
  3. Lani minta antara Hadi Awang dan Ahmad Awang bincang sapa yang nak jadi calon Presiden bagi lawan Husam. Tu lagi baik dari antara Ahmad Awang bincang dengan Husam sapa nak cabar Hadi Awang.

    Lagi baik Hadi Awang beralah biar Ahmad Awang dengan Husam test power... bagus untuk PAS bagus untuk semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam