Selasa, 5 Mei 2015

BALIK KAMPONG MENGUNDI





AMK MENYERU 
PENGUNDI LUAR PERMATANG PAUH PULANG MENGUNDI

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan di dalam minggu ini, AMK ingin menyeru pengundi-pengundi di luar kawasan khususnya golongan muda untuk pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.

Berlatarkan kepincangan dalam perlaksanaan GST, ketidakadilan terhadap Anwar Ibrahim dan kegagalan kepimpinan Najib, pliihanraya kecil ini merupakan antara yang paling penting dan ianya juga merupakan peluang yang terbaik untuk menzahirkan bantahan kepada kerajaan yang zalim serta memberi sokongan kepada pimpinan yang mampu mencorakkan peubahan.

Kerajaan BN masih enggan mendengar aduan serta keluhan rakyat terutamanya terhadap bebanan tambahan akibat perlaksanaan GST, oleh itu setiap undi teramatlah bernilai bagi menyampaikan mesej bahawa rakyat Permatang Pauh menolak GST dan cintakan keadilan.

Oleh itu sekali lagi kami menyarankan agar setiap pengundi pulang ke kampung untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat  Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan jadilah ejen perubahan kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk semua.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA




--------------

2 ulasan:

  1. Ari ni aku cukup gembira. Sbb apa? sbb tf=d aku lunch dgn kawan aku yg. Agak lama x jumpa dia bersembang. Dia nie org JOHOR. Penyokong kuat Umno. blh gaduh beb kalo ktuk Umno. Tp tadi dia ckp marah dgn Umno. Kata nye Umno nie kaki penipu. Penipu rakyat Malaysia. Biar Umno kalay pilihanraya nnt.Ini dah ckp bagus.Walaupun dia sorang, tp dia ada bini dan anak2.Dia ada adekp beradek. Dia ada mak bapak. Dan dia ada keluarga. dan dia ada kawan2..so paham2 aje lah..kalao org dah mula membenci Umno...

    BalasPadam
  2. Balik lah undi

    Jangan salah bangsa sendiri jika BAHALOL kerana pemimpin sekarang rata rata lahanat nak kaya bergaya menipu rakyat.

    Balik undi Dr Wan Azizah

    Cukup cukup lah negara dengan penimpin BAHALOL dengan Otak Gred 3 gaya Hadi dan Hasan Malek.

    BalasPadam