Selasa, 19 Mei 2015

BERITA PENTING




KOMENTAR
ini satu kenyataan amat penting
ini datang dari shafie afdal
shafie naib presiden
shafie  dari sabah
sabah kubu gerombolan

kunci berita ini ialah:
"Apa yang dibangkitkan Mahathir perlu kita jelaskan," 

ini menggambarkan sikap shafie
jelas secara berlapik shafie
memberi tekanan agar najib menjawab

amat jarang malah hampir tidak ada
kenyataan dari shafie semenjak 
perang najib mahathir bermula

jelas shafie afdal ini BUKAN tim najib
jelas shafie afdal sedang beri tekanan

jika sabah bersama shafie
maka najib mati kering



Mahathir  dan Najib perlu selesaikan 

masalah antara mereka, kata Shafie Apdal 

Mahathir Mohamad dan  Najib Razak perlu menyelesaikan masalah antara mereka agar tidak menjejaskan perjuangan parti, kata Mohd Shafie Apdal hari ini.
Naib presiden Umno itu berkata, kedua-dua pemimpin itu harus mengelak daripada mengambil langkah sehingga menampakkan parti berpecah dan akhirnya tidak lagi utuh dan terjejas perjuangannya.
"Saya bimbang kerana perkara seumpama ini menjurus ke arah itu (perpecahan dalam parti). Sudah pasti gambaran dilihat dari luar tentang kekuatan dan kelemahan parti.
"Saya beranggapan, apa yang penting kepada kita ialah, bagaimana kita menyelesaikan masalah ini. Itu yang saya tekankan daripada awal. Satu penjelasan, kemudiannya, penyelesaian masalah.
"Apa yang dibangkitkan Mahathir perlu kita jelaskan," katanya. – 19 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-dan-najib-perlu-selesaikan-masalah-antara-mereka-kata-shafie-apdal#sthash.MoKCiaEi.dpuf



--------------

2 ulasan:

  1. Kalau najib kalah PRU14. menteri yang komfem jadik korban tentulah sapie apdal. Berapa banyak duit mara dia sakau. Tu tak cerita zahida rafik lagi.

    BalasPadam
  2. Ini bukan masaalah peribadi mereka lah!!!!BODOH...INI MASAALAH NEGARA. SEPATUTNYA PEMIMPIN DAN RAKYAT TAK KIRA FAHAMAN POLITIK MESTI DESAK NAJIB LETAK JAWATAN PM. Berlagak macam world class...tapi memerintah macam sakai!!!!

    BalasPadam