ESOK 505
PAKAI HITAM
4 MEI 2015
“Ops Hitam 505” untuk menolak GST, pilihanraya kotor
dan negara polis
Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan “Ops Hitam 505” di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.
Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
“Ops Hitam 505”, selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:
(a) Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);
(b) Penghapusan penipuan dalam pilihanraya terutamanya “Pembahagian Tidak Sekata” (Malapportionment) dan “Persempadanan Tidak Adil” (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;
(c) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.
Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis.
---------------
Cuaca mendung mendung pakai HITAM tak panas....
BalasPadamCepat betul sudah 5 Mei
Cepat jugak kita ke arah KIOK
Haji belum buat lagi.... duit pun kering saja