FACE BOOK
Hari ke 55.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini tiap kali terkenang dan terbayang wajahnya air mata tak perlu dipaksa untuk mengalir.
"Alaaaa, bukannya suami tu mati."
"Alaaaaa, bukannya lama, Anwar Ibrahim lagi lama."
"Pejam celik pejam celik keluar lah depa."
"Kata berjuang dah kena penjara sekejap dah heboh minta nak keluar cepat."
"Alaaaaa, bukannya lama, Anwar Ibrahim lagi lama."
"Pejam celik pejam celik keluar lah depa."
"Kata berjuang dah kena penjara sekejap dah heboh minta nak keluar cepat."
Biasa saja telinga ni dengar dan mata ini melihat dan membaca.
Kali terakhir berjumpa suami ialah pada 6hb Mei. Ya baru lagi kerana lawatan "special case."
Ceria. Sungguh ceria. Seperti bukan berada di penjara.
Dia bangun berdiri. Pusing kanan pusing kiri. Minta kami nilai saiz tubuh badannya.
"Kurus tak abah?."
"Kurusnya!" Menjerit Asiah.
Tanya tentang tidur jawapan sama masih atas simen beralas selimut kecil mungkin. Tapi masih dengan senyuman.
Soalannya sentiasa "bagaimana orang di luar? Macamana rumah? Macamana bayaran kereta sekolah anak-anak dan lain-lain.?"
Ya, sayalah supermom itu yang menguruskan semuanya dengan tiada pekerjaan. Allah jua yang memudahkan segalanya.
Saya beri keyakinan pada dia.
Lawatan kali ini oleh kerana semuanya berjalan serentak saya dapat peluang jenguk OKZ lainnya. Semuanya ceria!
Ade Hilmi, Meor Shafrizal, Ustaz Hasri. Isterinya kelihatan meletak gagang interkom di telinga bayi yang baru berusia sebulan lebih.
Haji Isha asyik bersembang dengan isterinya hanya sempat melambai. Khairul tersengih melambai dan mengangkat tangan.
Saya dapat bercakap dengan Faiz Arshad yang masuk dalam bilik lawatan Abah Anas Ar Rembawi. Saya ceritakan tentang surat pengampunan yang kami usahakan.
Oleh kerana Zulhaizam Zulkifli hanya dilawati oleh kakaknya saya turut sama masuk dan ambil peluang bercakap dengannya. Sangat bersemangat dan nampak tabah sekali. MasyaAllah.
Di akhir waktu lawatan mereka semua berdiri berkumpulan dan melambaikan tangan ke arah kami semua.
Pertemuan yang amat manis!
Alhamdulillah. Thank you Allah.
-----------------
ketabahan jelas.
BalasPadam.......................
BalasPadam.................
...........
malu aku....
mereka bkn geng tempik sembang ceramah wala' kuat.
bkn geng dipentas utama tinggi dr org lain...
tp puak ni lah yg terima segala derita.
kita boley enjoy bernafas ni psl keberanian mereka
Masanya akan tiba penjahat sebenar akan dtelajangkan oleh Tuhan sebelumpun ke pdg masyar.bagaimana org yg menyatakan kebenaran supaya org sedar dkatakan pengkianat.pengkinat sebenar adalah org yg mencuri duit rakyat n tak amanah mcm eeee dll
BalasPadamAllahu Akbar ...tabahnya
BalasPadam