Rabu, 6 Mei 2015

RAKYAT MENOLAK GST





PRK ROMPIN: PETANDA ARUS PENOLAKAN DS NAJIB

Keputusan PRK Parlimen Rompin memberikan isyarat yang jelas kepimpinan Najib tidak lagi berkesan.

Pahang adalah Negeri  Najib.

Pengurangan majoriti calon BN sebanyak 6,244 undi adalah menunjukkan jumlah besar yang tidak lagi bersedia memberikan kepercayaan mereka kepada parti yang dipimpin oleh  Najib. Sungguhpun pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu, namun paling tidak mereka yang pernah mengundi BN genap 2 tahun lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.

Jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, Insya-Allah perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara.

Tidak dapat tidak isu GST, 1MDB dan gaya pengurusan negara ala  Najib adalah munasabah sebagai faktor penolakan itu.

Faktor-faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang.

Pada waktu yang sama, Rompin menyaksikan peningkatan undi yang ketara kepada PAS di beberapa peti undi sekalipun jumlah undi PAS berkurangan sebanyak 25 undi berbanding PRU lalu. Peningkatan itu dikaitkan dengan isu semasa seperti GST dan penyenaraian FELDA.

Pada masa yang sama, pengundi  bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara. PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut.

Pada pandangan saya, pengundi yang diwakili oleh 6,244 orang itu sudah sedia berubah. Sekalipun PAS mungkin bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk bagi PRU yang akan datang, arus penolakan terhadap kepimpinan DS Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya.

Husam Musa
6/5/2015

-------------

3 ulasan:

  1. sekiranya pas berkerjasama dgn umno pd pru akan dtg, adakah YB akan bersama pas?

    BalasPadam
  2. Mungkin ada pengundi hantu kot...

    BalasPadam
  3. Rakyat tak suka GST

    GST itu UMNO

    GST tu GAJI PENCEN bebudak GOMEN

    Budak Gomen tu ialah MAT MONGOL

    UMNO menang sebab ada BON BON lah....

    BalasPadam