Rabu, 13 Mei 2015

ROSMAH PERDANA MENTERI - MAHATHIR





ROSMAH MANSOR
 DAN 
 LADY MACBETH


Minggu lalu saya telah bersurah tentang beberapa perempuan yang sering disebut-sebut dalam buku sejarah. Perempuan-perempuan ini dikatakan memainkan peranan politik dibelakang tabir dan dalam kelambu.

Perempuan-perempuan ini bukan Raja, bukan Presiden atau Perdana Menteri. Tetapi mereka lebih berkuasa dari Presiden dan Perdana Menteri.

Dari sejarah Eropah pra-moden kita bertemu dengan Marie Antionette (1774-1792) Di Argentina Amerika Latin kita bertemu dengan Evita Peron (1919-1952) Kita juga bertemu dengan perempuan negara jiran – Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien dari Jakarta ( 1947-1996) dan Imelda Marcos (1929) dari Manila. Paling terbaru kita bertemu dengan Leila ben Ali (1956) dari Tunisia.

Di Malaysia - 28 juta rakyat sedang dipaksa berhadapan dengan seorang perempuan yang bernama Rosmah Mansor. Kesah, cerita, berita dan klip YouTube tentang Rosmah Mansor ini telah keluar bergantang-gantang. New media atau media sosial kini sedang merakam dan menjadi saksi rakyat yang paling setia.

Di Malaysia ini usik apa sahaja – pasti akan terusik Rosmah Mansor. Berkumpul dalam apa sahaja majlis – kesah Rosmah akan timbul. Jantan dan betina rakyat Malaysia jika berkumpul – dilobi hotel-hotel 5 bintang kendati pun di kedai Mamak – mereka pasti akan bersembang tentang Rosmah Mansor. Ini seolah-olah mata dan telinga 28 juta rakyat Malaysia sentiasa terbuka untuk melihat kerenah dan mendengar gosip tentang Rosmah Mansor.

Bayangkan – ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu – satu keping gambar Rosmah sedang bershoping di Bangkok muncul dalam Face Book. Satu negara heboh. Gambar ini menjadi viral. Minggu lepas satu lagi gambar Rosmah muncul ketika Rosmah sedang berjalan diwilayah membeli belah Singapura. Face Book meledak sekali lagi.

Marie Antionette, Evita dan Siti Hartinah terselamat dari serangan media baru. Ketika arwah-arwah ini berkuasa internet, twitter dan YouTube belum wujud. Kesah dan desas desus kehidupan boros lagi lumayan mereka hanya bersambung dari mulut ke mulut. TIdak saperti hari ini.

Melalui media sosial, kerana kehebatan media baru - perempuan yang bernama Rosmah Mansor ini telah berjaya dinobatkan sebagai ikon kebencian majoriti rakyat Malaysia. Saya berani menggunakan perkataan 'majoriti' kerana adalah fakta.

Seramai 52% rakyat Malaysia telah memilih dan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu. Ini bermakna 52% rakyat Malaysia membenci Rosmah Mansor. Dalam masa yang sama saya juga amat yakin dalam parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional pasti ramai yang menyampah melihat muka dan kerenah Rosmah Mansor.

Tetapi apa sebenarnya perempuan-perempuan ini?

Mari kita lihat pensejarahan Marie Antionette. Pemaisuri ini bukan anak jati Peranchis. Dia dilahirkan dari keluarga bangsawan Austria. Justeru ketika panen gagal, ketika tanaman tak menjadi – kaum tani Peranchis telah menjadikan 'perempuan pendatang' ini sebagai musuh mereka. Perempuan imigran ini menjadi sasaran kaum tani Peranchis.

Kemarahan rakyat Peranchis ini mempunyai sebab yang amat amat kukuh. Marie Antoinette ini amat terbukti boros. Pemaisuri ini suka mengumpul intan berlian. Kalau Rosmah Mansor diingati dengan cincin 30 juta ringgit – Marie Antionette hingga ke hari ini akan diingati dengan kes pembelian rantai leher berlian.

Revolusi Peranchis (1789-1799) akhirnya menghapuskan sistem Raja di Peranchis dan Marie Antionetter dipenggal lehernya. Hingga ke hari ini dunia mengingati bagaimana Permaisuri ini terdengar suara penunjukan perasaan yang melaungkan ' kami mahu roti – kami mahu roti '. Marie Antoinette menjawab ' jika tidak ada roti.. makanlah cake..' Kata-kata sademikian membantu menyemarakan Revolusi Peranchis hingga berjaya menghapuskan sistem Raja.

Kata-kata 'makan cake' dari Marie Antoinette ini mengingatkan kita dengan kata-kata Rosmah Mansor. Si Rosmah dengan bangga telah bercerita tentang bagaimana dia membayar 1,200 ringgit untuk mendandan rambut. Bayangkan untuk sekali mendandan rambut Rosmah membayar 1,200 ringgit – wal hal gaji minima yang cuba dituntut oleh kaum buruh di Malaysia hanya 950 ringgit sebulan. Satu bulan – 30 hari - bukan sekali dandan.

Justeru apakah jenis perempuan-perempuan ini? Apa sebenarnya dalam benak mereka? Kenapa mereka memiliki perangai sademikian?

Saya memahami Marie Antoinette. Puteri bangsawan yang dibesarkan dengan segala kemewahan. Justeru Marie Antioinette gagal memahami kehidupan kaum tani di Peranchis. Tetapi Rosmah, Evita, Leila dan Imelda bukan dari gulungaan bangsawan? Leila hanya pendandan rambut. Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan anak Datuk Undang. Justeru pasti ada sebab musab yang lain yang wajib kita teroki.

Untuk memahami perangai perempuan-perempuan ini saya menggunakan pendekatan saikoanalisis. Ini adalah satu teori fikrah yang telah dikembangkan oleh Sigmund Freud (1856-1939).

Mengikut teori saikoanalisis perangai dan tingkah laku kita dipangkin oleh bawah sedar. Bawah sedar ialah kesedaran yang wujud diluar kesedaran kita. Mengikut teori ini ada babak babak dalam awalan hidup kita yang terpendam yang memangkin kehidupan harian kita.

Untuk saya ada kebenaran dalam menggunakan teori ini untuk memahami siapa perempuan-perempuan ini.

Imelda Marcos satu ketika dahulu – ketika sentimen anti Presiden Marcos memuncak - telah disamakan oleh media Manila dengan Evita Peron. Imelda telah marah dan menafikan persamaan ini. Mengikut Imelda dia bukan pelacur saperti Evita. Dengan serta merta perkataan 'pelacur' muncul dari mulut Imelda. Ini bermakna perempuan-perempuan ini memiliki ' hidup gelap' yang ingin mereka lupakan. Kehidupan 'gelap ' ini wujud dibawah sedar mereka.

Apakah kehidupan gelap perempuan-pereampuan ini? Evita, Hartinah, Leila, Imelda dan Rosmah – semuanya menggunakan 'tubuh badan mereka' untuk sampai kepuncak kuasa. Mereka bukan ilmuan. Mereka bukan pemikir. Bukan ahli sukan. Bukan pakar sains. Yang ada pada mereka hanya tubuh badan mereka. Dengan menggunakan “First Body' perempuan-perempuan ini merancang untuk menjadi 'First Lady'.

Orang ramai di Malaysia jarang diberitahu bahawa Najib berkahwin dengan Mak Janda Berhias yang bernama Rosmah Mansor pada tahun 1987. Ketika itu Mak Janda Berhias ini telah berumur 36 tahun. Lebih kotai dari Najib. Umur 36 tahun ertinya dalam masa 4 tahun akan sampai monopos. Media milik United Malays National Organisation menggambarkan Najib bukan duda dan Rosmah masih anak dara dan bukan Mak Janda Berhias ketika mereka berkahwin.

Isteri pertama Najib sampai sekarang menjadi 'non person'. Siapa sebenarnya suami pertama Rosmah? Mamat ini juga tidak pernah menjadi Berita Buletin Utama. Malah orang ramai tidak tahu berapa' ekor' anak anak mereka dari perkahwinan pertama. Media Malaysia saperti menerima arahan untuk menutup berita ini.

Dengan menggunakan tubuh badan sebagai umpan berahi , perempuan-perempuan ini bijak memilih jantan-jantan. Mereka telah berputar-putar silih berganti mencari antan-antan untuk dipanjat. Evita, Imelda, Hartini dan Leila – semuanya memanjat antan soldadu. Mereka berjaya kerana dinegara yang TIDAK mengamalkan demokrasi hanya soldadu yang berpotensi merampas kuasa untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri.

Dari Amerika Latin kita beralih ke Scotland untuk memahami saikoloji perempuan-perempuan ini. Kepada peminat teater atau panggung bangsawan pasti mengenali William Shakespears (1564-1616) yang menulis sebuah drama trajedi bernama The Tragedy of Macbeth. Dalam trajedi ini kita temui watak Rosmah, Leila, Hartini, Evita dan Imelda.

Lebih dari 400 tahun dahulu Shakespears tanpa menggunkan saikoanalisis telah mengenali watak-watak perempuan ini. Shakespears telah menggarap watak Lady Macbeth – perempuan di belakang Lord Macbeth. Lady Macbeth telah memaksa suaminya membunuh Raja Duncan untuk merampas tahtha dan menjadi Raja Scotland.

Jika kita halusi siapa dia Leila, Evita, Imelda, Hartini dan Rosmah – maka tidak dapat tidak kesemua mereka memiliki ciri-ciri perwatakan Lady Macbeth. Mereka adalah perempuan-perempuan yang 'memaksa' Sang Suami 'merampas' kuasa untuk menjadi Presiden.

Adalah dikesahkan apabila Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan pada tahun 1998 dahulu – Lady Macbeth Rosmah Mansor telah berdoa siang malam agar penggantinya ialah Najib Razak. Mengikut klip YouTube Perempuan Puaka pastilah Rosmah telah menggunakan bantuan para bomoh untuk memastikan antan suaminya menengak terus ke puncak kuasa.

Lady Macbeth dari Scotland telah menggunakan khidmat Nenek Kebayan untuk merampas kuasa. Manakala Rosmah Mansor dari Rembau menurut klip YouTube Perempuan Puaka telah menggunakan khidmat bomoh. Apa yang saheh ialah William Shakespears 500 tahun dahulu telah mengenali watak perempuan bernama Rosmah Mansor.

Apa sebenarnya pekara yang menjemput orang ramai untuk mempersoalkan siapa Evita, Imelda, Leila, Hartinah dan Rosmah? Kalau Marie Antoniette kita dapat memahami dengan senang kerana pada ketika itu rakyat marah kerana lapar.


Apakah betul perempuan-perempuan ini saperti Lady Macbeth memiliki kuasa. Apakah betul, apakah saheh dibelakang kuasa Presiden Juan Peron (1995-1974) ialah isterinya Evita. Apakah betul dibelakang Najib Razak ialah Rosmah Mansor? Tunggu minggu hadapan. ( TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila puykul talipon:

03-92-21-30-45

--------

6 ulasan:

  1. Tak tahu ke seme.msia kita ni sarang bomoh,pati,penyamun blesen cam job gor,penyamun tak ada lesen,gro.nasib baik bukan sarang pengganas kata din umno.ada org bela bomoh2 ni sbb tu tak tangkap mereka.nak tunggu runtuh cam chighland baru mata tak mampu nak dtutup lg.harap org2 bkenaan ambil kisah hal ni.itu sebelum bomoh2 ni buat pdidangan antarabangsa dmsia.mereka nak buat ptandingan quidis ke apanamanya yg hpotter dok main tu.jaga2 msia kita jgn tkena mcm aceh krn hal kurafat

    BalasPadam
  2. sedang kita bercanda politik...melawan politik...beribu ribu pendatang asing masuk saban hari...ada sapa kesah ada sapa peduli...semua dok sibuk nak pegang kunci bank negara... semua nak.kaya raya...semua nak jawatan...sebab itu lah.pakcik jib gor dipertahankan...kalau pemimpin yang tiada masalah selalu lah nak paksa ikut kehendak daulah daulah tertentu...lagi banyak masalah lagi kuat boleh di pau kambingkan kah kah kah...ini lah real politik msia sekarang... kah kah kah

    BalasPadam
  3. Patut la panas semacam sekarang rupanya byk org buat kerja kurafat ni.pemimpin pula jd pengkianat.kejahatan akhirnya akan memakan diri sendiri.politik wang sedang me jerat org yg mengunakannya sekarang.Tuhan spt ingin menunjukkan kejahatan lembar demi lembar.eeeee yg hitampun tak mampu lg berselindung dsebalik thj yg mcm baik.masihkah kita tak ingin sedar n asyik ingin senang sendiri.wahabi yg berani menyatakan kebenaran lebih baik dr ularmak umno yg membisu krn kuatirkan tak cukup utk isi perut dll

    BalasPadam
  4. jangan sama kan BADAK AIR TANDOK PADANG sama omputeh lah.

    MacBeth kalau Entot cun jugak

    Badak tu macam Khinzir saja.

    Ada BON BON ????

    BalasPadam
  5. tt lu sudah byk kali cakap apa itu ' mengurus konflik ' - ada mamat bangang masih tak faham faham lagi duk komen isu pendatang asing yg dihebohkan kini.

    Oooooi ! semua ni Ooooooi bingai - utk cover - up isu TH , PNB dipaksa beli tanah 1MDB ...... Wooooi pekak badak !

    BalasPadam
  6. Bulan ramadan setan kena tambat, masa itulah segala bomoh dan sami tak ada power sebab setan tak boleh nak bekap. Ramadan nanti boleh pergi terajang pencinta setan tu, jangan takut! Jangan pulak terajang Isetan.

    BalasPadam