Rabu, 6 Mei 2015

SIAPA PEREMPUAN INI?







EVITA, IMELDA, LEILA & ROSMAH


Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamour. Pesta dan kenduri kendara di Istana menjadi buah mulut warga Peranchis. Marie Antoinette dengan boros telah membelanjakan dana negara untuk kenduri kendara , berpoya-poya dan pesta-pestaan saperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Peranchis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette telah menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh Tuan Tanah dan Kaum Feudal.

Apabila dana negara kosong Raja Louis telah mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette telah terus berbelanja tanpa henti-henti. Menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai Pak Tani mati kelaparan. Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini telah membantu memangkin kemarahan kaum tani. Akhirnya Revolusi Peranchis meledak terbuka.

Revolusi Peranchis telah menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Ahhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka telah sebulat suara bersetuju leher Pemaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.

Itu kesah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Ke Dua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi - pandai menyanyi dan berlakon. Si Mak Janda Berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi Presiden dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Berkubukan populariti ini Evita telah berjaya merembat harta negara. Pada tahun 1947 Evita telah bercanda-canda ke Eropah dengan alasan 'lawatan resmi negara'. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akoun bank di Switzerland.

Manakala di Asia Tenggara kita bertedmu dengan Raden Ayu Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien ialah isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang telah meramps kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini telah melihat pembantaian hampir 3 juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah juga telah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Malah dilaporkan oleh media Indonesia dan luar negara tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Jeneral Haji Muhamad Suharto telah memerentah Indonesia dengan kejam dan ganas. Suharto telah membunuh lebih dari 3 juta penyokong Sukarno ketika mengkonsolidasi rampasan kuasa. Satelah berkuasa ribuan warga Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto telah menyerang dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga telah memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka.

Ketika semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak 'ten perrcent' atau 10% kepada Radin Ayu Siti Hartinah. Dikatakan suami Wanita Pertama Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral Suharto berRaja dimata dan berSultan dihati.

Tidak jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi First Lady. Namanya Imelda. Mak Janda ini sama saperti Evita Peron adalah bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada jantan-jantan yang berkuasa. Akhirnya menjadi isteri kepada Presiden Marcos – seorang ditaktor yang berkuasa di Pilipina dari tahun 1965 – 1986.

Imelda juga amat-amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak Janda Berhias ini telah merompak dan menjarah harta negara Pilipina. Marcos sama saperti Suhato telah dipilihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.

Dizaman Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis anti-ditaktor telah hilang lesap bagitu saja. Warga Pilipina selama 20 tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul dikaca TV dan diakhbar-akhbar. Kenduri kendara dan pesta-pestaan Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Malah pada satu ketika Imelda telah membuat festival filem yang dikatakan lebih hebat dan lebih glamour dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Pilipina telah turun ke jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi Pilipina.

Paling terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik telah berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Minah pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT – First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang prihatin Si Minah ini telah menubuh SAIDA badan amal melawan barah. Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket Leila.

Kesah gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah dilaporkan oleh media Peranchis bagaimana Si Leila telah menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Peranchis hanya untuk membeli air krim yang diminatinya.
Pada 4 Januari 2011 seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi telah melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulan gerakan jalan raya di Tunisia yang mengakhir 22 tahun kuasa Leila dan Zainal Abidin.

Ketika diburu oleh rakyat – Leila dan Zainal – telah memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas. Dua ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia. Kerajaan baru Tunisia telah menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepad dua ekor suami isteri ini. Malah hari ini Interpol sedang mencari Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.

Marie Antionette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Negara-negara ini yang telah diporak perandakan oleh perempuan-perempuan ini kini sedang berusaha untuk membersehkan jenayah perempuan-perempuan ini.

Kesah-kesah perempuan-perempuan ini sedang berulang dihadapan mata kita. Kesah-kesah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh 26 juta rakyat Malaysia sekarang.

Kesah di Malaysia juga bermula dengan seorang Mak Janda Berhias yang telah merayau rayau mencuba nasib. Akhiri berjaya menghawini seorang duda Lanun Bugis bernama Najib Razak. Sebaik sahaja Lanun Bugis ini dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia – si Mak Janda Berhias telah menggelarkan dirinya FLOM. Walau pun dari segi protokol First Lady of Malaysia ialah Baginda Pemaisuri Agong.

Si Mat Janda Berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu malapetaka sabagini. Kita ada membaca kesah Raja Bersiong di Kedah. Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah anak dara. Tapi ini kesah hikayat bukan fakta – bukan saperti yang kita rasakan hari ini.

Akhbar New York Times telah melaporkan tentang anak Rosmah melabor 100 juta dolar untuk membuat filem di Holywood – bukan 100 juta ringgit tapi 100 juta dolar. Ertinya kali tiga duit ringgit. Anak Rosmah yang sama telah juga membeli sebuah ' pondok' yang bernilai lebih dari 110 juta ringgit di New York.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana Mamat ini dapat duit? Malah, bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad telah bertanya dari mana puncanya harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari ini masih belum terjawab.

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia. Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.

Kini, hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat 1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepali oleh Najib Razak yang juga Menteri Keewangan. Media telah melaporkan bagaimana berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis tentang 42 bilion ringgit hutang 1MDB yang akan menjadi hutang negara dan akan menjadi hutang rakyat.

Semua ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan - siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasehat 1MDB. Cina ini juga dikatakan telah berjaya 'merembat' duit negara melalui 1MDB. Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.

Keadaan ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.

Kesah Mak Janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet resmi negara bukan lagi satu rahsia. Kesah boros Mak Janda Berhias ini mungkin juga telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. Marie Antionette dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang berharga berjuta ringgit.

Paling akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad, bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan anak Janda Berhiasa ini, harga bunga sahaja telah mencecah 3 juta ringgit – diulangi – bukan 3 ringgit, bukan 3 ribu ringgit tapi 3 juta ringgit. Ini baru harga bunga belum diketahui harga yang lain.

Apa sebenarnya watak perempuan-perempuan ini? Siapa mereka ini? Kenapa mereka berperangai sademikian. Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila puykul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

7 ulasan:

  1. TT...Aku percaya bila kau sambung cerita ini di minggu depan, kau mesti akan sebut perempuan jenis ini sah guna 'Nasi Kangkang'

    Aku rasa Najib mungkin dah kena nasi tu..

    Tapi jangan risau setiap lelaki yang terkena nasi kangkang, akhirnya akan tergolek lingkup.

    BalasPadam
  2. memang sah rosmah mansor ini perempuan celaka.
    kamu ingat dengan duit yang kamu ada boleh kambus bangkai kamu bila mati nanti?

    BalasPadam
  3. mak janda jalang sial...........
    ingat jj dgn helikopter........
    maut bila2 masa........
    curi lagi banyak wang sebelum nyawa anda dicabut malaikat.......

    BalasPadam
  4. 3 perkara rosak negara
    1 rasuah
    2 tak menepati masa
    3 cinggey

    jangan sampai cinggey ni menjadi batu sempadan menghalang bakat kita.

    BalasPadam
  5. 3 perkara yg rosakkn negara
    1 rasuah
    2 tak menepati masa
    3 cinggey
    jangan sampai cinggey menjadi batu sempadan untuk menhalang bakat kita.

    BalasPadam
  6. Kepala hotak TT memang kreatif dalam teknik penyampaian. Tahniah !

    BalasPadam
  7. Barua@sang algojo.hey nanti dulu

    BalasPadam