Rabu, 10 Jun 2015

KENAPA MEREKA LARI




PELARIAN - KENAPA & MENGAPA

Mustahil ada sesiapa yang meninggalkan tanah air sendiri tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa yang meninggalkan orang disayang tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa melintas  lautan maut tanpa sebab. Mustahil ada sesiapa melakukan satu perbuatan tanpa sebab dan tujuan. Hanya yang gila  dan  yang hilang akal akan melakukan sesuatu tanpa sebab.

Hakikatnya - apa sahaja yang berlaku dalam alam ini pasti ada sebab musabab. Dunia ini bergerak kerana ada penyebab. Kerana tarikan graviti matahari maka dunia bergerak. Bulan bergerak kerana tarikan graviti dunia. Hakikatnya  semua yang bergerak dibelakangnya pasti ada   yang menjadi penggerak. Tanpa penggerak satu-satu pekara tidak akan terjadi dan tidak akan bergerak.
Saya menjadi orang pelarian  selama 20 tahun. Saya  telah meninggalkan Jelebu tempat saya dibesarkan. Saya  telah meninggal sungai dan air terjun tempat saya mandi manda. Saya telah meninggalkan sawah padi dan padang permainan tempat saya belajar mengenal kawan.  Saya telah meninggalkan kaum keluarga selama 20 tahun. Saya telah meredah dunia dari satu penjara ke satu penjara. Mustahil saya lakukan semua ini tanpa sebab.

Justeru jika kita  terbaca warga Iraq, warga Syria, warga Sri Langka, warga Palestin, warga Yemen  atau warga Somalia - sedang menaiki sampan dan perahu menuju Eropah pasti ada sebab yang menyebabkan mereka berbuat sademikian.

Sebelum kita menemui sebab musabab kenapa orang orang ini lari meninggalkan negara mereka mari kita cuba memahami apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di Eropah sekarang.
Dari awal tahun 2015  kita mula terbaca berita tentang kapal-kapal nelayan datang membawa  orang pelarian dari benua Afrika. Awalnya yang datang hanya satu dua kapal. 

Ada berita melaporkan kapal mereka dipukul ombak ganas - lalu tengelam. Ramai diselamatkan dan ramai juga yang terkorban dalam Laut Tengah. Yang selamat  dihantar  ke Itali untuk diberi pertolongan. Sambutan dari warga Itali kepada yang datang awal ini agak memberahikan. Menyelamatkan sesiapa sahaja dari tenggelam lemas  adalah tanda kemanusiaan.

Tetapi kini semuanya semakin berubah. Samenjak bulan March - ketika Luat Tengah tenang - cuaca musim bunga dan musim panas telah  sampai. Kedatangan kapal nelayan penuh dengan orang pelarian semakin kerap sampai ke Itali. Kali ini bukan datang dengan kapal nelayan kecil. Beribu-ribu datang dengan kapal nelayan yang lebih besar. Kekerapan ini juga menambahkan jumlah warga yang tewas hilang mati dilanda ombak bertambah.

Hingga ke hari ini jumlah tepat yang hilang di Laut Tengah diketahui. Tidak diketahui berapa yang telah selamat memasuki Eropah. Orang pelarian ini juga mendarat di persisiran Malta dan Greece. Angka yang muncul dimedia hanya anggaran. Dilaporkan kini di Itali sahaja telah ada 50,000 orang pelarian dari pelbagai bangsa. 

Tetiba satu Itali jadi heboh. Jumlah yang ramai ini menjadi warga Itali tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.  Oleh kerana Itali heboh maka Eropah juga heboh. Media Eropah yang bebas telah melaporkan kesampian ‘orang orang hitam’ ini ke pantai-pantai Itali.

Media liberal dan media  kiri menyatakan simpati terhadap pendatang. Tetapi media arus kanan membuat gempaq dengan tajuk berita yang menakutkan warga asal Itali dan Eropah. Kini diperlihatkan bagaimana Selatan Eropah sedang ‘diserang’ oleh orang-orang kulit hitam yang tidak diketahui hujung pangkal mereka.

Tetiba satu Eropah jadi heboh.  Itali kini diserang oleh pelbagai bentuk jenis manusia yang berkulit hitam. Bukan sahaja hitam tapi Hitam bin Legam.
Maka Parlimen Eropah bersidang. Pemimpin negara Eropah - Cameron dan Merkel - dari London dan Bonn mula bersuara. Pelbagai pandangan dan cadangan mula diterima. Politikus Eropah dari semua jalur berlabon.

Apa yang jelas negara Eropah tolak menolak. Ada cadangan untuk mengawal dengan tentera laut. Cadangan untuk mengawal sempadan dengan  tentera udara didengar. Akhirnya timbul soalan dari  mana duit nak di cekau. Cadangan tinggal cadangan. Mat Hitam bin Mat Legam terus masuk.

Berita akhir minggu ini yang saya baca dari akhbar liberal The Guardian London menyatakan kini hampir 500,000 sedang menunggu kapal di Libaya untuk belayar menuju pantai-pantai Eropah.
Ingat atau tidak apa yang berlaku dalam tahun 1974/75/76/77? Kesampaian ‘boat people’  dari Vietnam. Mereka berkapal  datang mendarat ke Pantai Timur Semenanjung.

Bayangkan kali ini bukan dari Vietnam tapi  warga China lari  dari Tanah Besar. Mereka menaiki  kapal turun ke Asia Tenggara. Orang pelarian ini pasti  mendarat di pesisiran Vietnam, Siam, Pilipina, Indonesia dan Malaysia. 

Saperti inilah yang sedang berlaku di Eropah. Satu benua Afrika sedang menunggu peluang untuk menerbus masuk ke Eropah. Untuk saya berita yang kita baca tentang orang pelarian ini TIDAK tuntas dan tidak cukup. Analisa berita yang tidak tuntas.

Betul, dari satu segi apabila kita membaca berita  warga Rohingya berkapal sampai maka sikap dan naluri  kemanusiaan kita diduga. Hampir semua media menjadikan  isu orang pelarian ini agenda KEMANUSIAN. Saya  tidak menolak agenda kemanusian ini. Tetapi pada fikrah saya ianya lebih dari itu.

Biar saya terang sajelas mungkin. Pada hemat saya Orang Pelarian itu hanya manifestasi dari masalah yang lebih besar. Ada masaalah induk yang wajib dituntaskan.

Contohnya anak-anak muda #KitaLawan berdemo, atau Reformis berdemo - demonstrasi itu hanya  manifestasi. Tunjuk perasaan itu adalah manifestasi untuk menentang kazaliman yang wujud. Ertinya ada pekara induk yang lebih besar dibelakang manifestasi ini. Kezaliman adalah punca berlakunya demonstrasi. Tanpa kezaliman mustahil ada demonstrasi.

Bagitu juga dengan Orang Pelarian. Ini adalah manifestasi dan simtom penyakit yang lebih besar. Penyakit  inilah yang TIDAK pernah diusik atau dilakar atau  dianalisa secara tuntas dan menyeluruh. Banyak yangh gagal untuk melihat orang pelarian ini dengan kaca mata yang syumul. 

Bila warga Rohingya mula mendarat kita menjadi kelam kabut. Lalu kita berikan mereka makanan dan pakaian. Kita tonjolkan sikap kemanusiaan kita. Kita doakan mereka selamat. Minta mereka jauh dari mata kita.  Ini samalah saperti kita sakit kepala  - lalu menelan pil Panadol. Hilang sakit kepala itu. Sabenarnya kita melalikan saraf  agar kita TIDAK merasa  kesakitan. Sakit kepala itu masih wujud - hanya kita tidak terasa. Pelarian Rohingya masuk ke dalam kapal meneruskan pelayaran. Kita tidak nampak mereka. Penadol telah berjaya.

Dalam masa yang sama untuk  yang percaya kepada agama kedatangan Rohingya ini satu pelung untuk beramal jariah dengan harapan akan mendapat pulangan di syurga nanti. Kesampain Orang pelarian ini membolehkan antara kita melabur membuat pahala.

Pakaian, duit, makanan dan ubatan - semuanya membantu. Semua tanda-tanda kemanusian. Semua ini amal jariah yang baik. Tetapi untuk saya ini tidak akan menyelesaikaka masaalah.  Semua ini hanya akan menjadi punca berita. 

Maka kita a akan lihat para politikus dan para Mamat dan Minah NGO membuat heboh dalam media. Mereka ke hulu ke hilir mengutip dana bantuan. Ini juga tidak salah. Ini kerja baik. Tetapi tidak akan menyelesaikan masalah.

Mari kite kembali melihat apa yang sedang berlaku di Eropah. Chanselor Merkel bertelagah dengan Cemeron yang baru sahaja dilantik sekali lagi untuk menjadi PM Britain. Merkel mahu mewujudkan kouta untuk  setiap negara Eropah menerima orang pelarian. Ini dibatah oleh PM Cameron yang berkata ‘ jika kouta wujud ini akan menjemput lebih ramai pelarian datang...’ Dua negara berpengaruh di Eropah tidak sepakat apabila melihat Orang Pelarian.

Ketika tulisan ini digarap  musim panas telah sampai - ertinya cuaca molek. Cuaca molek ini membolehkan saban hari 3000 orang pelarian cuba menerbus masuk ke Eropah dari Libya. Antara pantai Libya dengan pantai Itali jaraknya hanya 250 kilometer. Ini sejauh Kuala Lumpur ke Ipoh.  Satengah juta orang pelarian sedang menunggu di Libya.

Kenapa Libya? Apa dia Libya? Bila sebut sahaja nama Libya atau Benghazi  saya menjadi marah. Bila saya membaca analisa tentang orang pelarian ini yang mengkaitkan nama  Libya sebagai pusat menyeludup marah saya bertambah marah.

Saya marah kerana  tidak ada pun satu tulisan  yang memberi analisa tuntas  tentang kenapa Libya dan apa itu Libya.

Bulan lalu The Guardian London telah menghantar wartawan siasatan untuk mencari berita tentang cara dan bagaimana penyuludupan ini diatur di Libya. Siapa tokan besar. Pak Haji mana Tokan Tengah. Dan Ustaz mana Tokan Kecil. Dibandar mana bakal pelarian wajib berhimpun dan hotel mana wajib dilanggan.  Saya meneliti laporan ini dan menjadi marah.

Saya menjadi marah kerana setiap laporan berita tentang Orang Pelarian tidak dilakar sebab utama. Saipa sebenarnya TOKAN BESAR dan penyebab malapetakan ini. 

Kenapa sekarang Libya menjadi pusat seludupan? Kenapa sebelum ini tidak ada penyeludupan dari Libya. Apa yang sedang berlaku di Libya sekarang? Jika jawabnya Libya sedang dalam peperangan. Maka soalan berikutnya ialah siapa yang memporak perandakan Libya dan siapa yang mendanai perang ini sekarang? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minngun ini


sila pukul talipoan:
 03-92-21-30-45



------------

3 ulasan:

  1. Pelarian ini nak hidup kaya ber gaya macam si BUGIS juga

    Semua nak buat 4 2 Bilion tuk makan sendiri saja

    BalasPadam
  2. Encik tt ini rencana ada sambungan kesuda habis.sana negeri arab sama afrika byk perang n miskin sama la mcm itu rohinya n bangladesi.betul juga la ini masalah mcm sakit kepala.punca penyelasaian masalah sebenar perlu dcari.pencari untung menanguk diair keruh.lagi 1mdb tu menanguk untung di air jernihpun org susah nak nampak.

    BalasPadam
  3. Pelarian ni orang penakut. Xdak telo. Lu, najib sama la tt. Baik mati melawan d tanah air sndiri.

    BalasPadam