Rabu, 24 Jun 2015

OMBAK BARU & JANJI BAKRI







OMBAK BARU 

&

JANJI BAKRI



Kepada peminat dan pelajar filem pasti akan tahu tentang makna Ombak Baru - New Wave - yang meledak dikota Paris pada tahun 1960 dahulu. Dalam tahun itu Jean-Luc-Goddard telah membuat filem : À bout de souffle atau  Breathless atau  dalam Bahasa Melayu Putus Nafas. Filem ini memulakan gerakan cinema Ombak Baru  yang melanggar hukum-hukum lama dan membuka nahu baru dalam pembuatan filem.

Dikota Paris anak-anak muda dan warga  Peranchis amat obses dengan filem  - maka  Ombak  Baru  yang lahir ialah ombak untuk filem dan cinema. Manakala di Malaysia anak-anak muda dan warga Malaysia amat obses dengan politik maka yang muncul ialah Ombak Baru dalam politik. Saperti New Wave di Paris, New Wave di Kuala Lumpur juga akan melanggar hukum-hukum lama dalam politik Malaysia.

Untuk memahami Ombak Baru ini, wajib kita memahami sadikit latarnya. Sama saperti New Wave di Paris, ianya muncul apabila anak-anak muda telah menjadi bosan dengan yang lama. Kebosanan dengan yang lama inilah yang menjadi pemangkin utama  Ombak Baru. Titik sejarah  Ombak Baru politik Malaysia ialah Muktamar PAS yang baru berlangsung.

Muktamar PAS yang baru selesai dilihat sebagai  perhimpunan genre komidi. Selesai sahaja Muktamar ini ianya terus menjadi bahan lawak anak-anak muda di Face Book dan di media sosial. Muktamar ini menjadi komidi bukan kerana siapa yang kalah atau siapa yang menang. Pekara ini bukan komidi.

Yang menjadi  bahan komidi ialah sikap Dewan Ulamak PAS. Dewan ini telah  membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.  Ketetapan Dewan Ulamak telah diterima Muktamar tanpa apa-apa perbincangan. Keputusan ini wajib dihormati kerana ianya datang dari Dewan Ulama dan diluluskan oleh Muktamar -tempat pembuat dasar tertinggi.

Perkembangan  seterusnya - sesudah tamat Muktamar menjadikan keputuasan Dewan Ulamak ini  lawak.

Jika mengikut lojik keputusan Dewan Ulamak maka putuslah hubungan PAS dengan DAP. Tapi ini tidak berlaku.  Tup tup ... Ada kenyatan kata tak putus lagi. Tup tup ada saranan  meminta ahli menunggu apa kata Majlis Syura pulak. Tup Tup ada kenyataan yang menuduh kalau sudah cerai sudah talak tiga kenapa masih tak nak celah. Inilah yang menjadi  bahan lawak kepada anak-anak muda. Maka dari sinilah munculnya gelombang Ombak Baru - New Wave  politik Malaysia.

Ombak Baru ini sedang  memukul pantai politik Malaysia. Sikap kluk klik flip flop dulak dalik  dari pimpinan PAS sekarang telah berjaya menjemput ombak besar yang akan melanda politik Malaysia. Maknanya Ombak Baru ini bukan hanya melanda PAS , PKR , DAP tetapi melanda politik negara ini. Apa sebenarnya Ombak Baru ini?

Pemilihan puncuk pimpinan PAS dalam muktamar baru-baru  ini telah memperlihatkan pertembungan  dua garis politik. Pertembungan ini sabenarnya telah lama berjalan. Rintik-rintiknya boleh dilihat seawal  malam kemenangan parti pembangkang pada 8 March 2008 dahulu.

Kebelakangan ini , umum  telah membaca dan  mengetahui bagaimana telah berlaku pertemuan sulit antara Pak Lah dengan Haji Hadi. Ini diatur oleh Hasan Ali. Malah Khalid Samad sendiri telah mengakui fakta ini. Pertemuan ini  dalam usaha kerjasama untuk menubuhkan kerajaan Selangor. Maka dari sini munculah kosep You Ji - Unity Goverment.

Dua garis atau dua jalur pandangan dalam satu parti politik bukan satu yang pelik atau menghairankan. Dalam semua parti politik - kiri dan kanan - pasti akan ada jalur dan garis pandangan politik yang berbeza-beza.

Dalam PAS ada jalur yang mengajukan keterbukaan dengan garis Islam yang tidak jumud. Garis ini mahu membuktikan  kekuatan Islam yang inklusif. Islam yang memiliki kekuatan untuk terbuka. Islam untuk anak semua bangsa. Islam yang terbuka untuk bangsa semua agama.

Satu lagi garis  ialah politik Islam yang tua lagi  kolot dan membosankan. Kejumudan ini dibaluti pula oleh naluri keMelayuan yang tebal hingga sanggup dan sedia bekerjasam dengan United Malays National Organisation atas nama perpaduan ummah. Garis politik Islam jenis ini amat  cepat dan obses untuk menghukum malah  mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengan mereka.

Pertembungan dua garis politik inilah yang menetaskan Ombak Baru.  Garis politik yang terbuka sedang melawan garis Islam yang jumud. Politik jumud sedang cuba  memadamkan nafas ombak rakyat yang telah bersedia untuk menggulingkan kerajaan Bani Ketuanan Melayu. Manakala jalur  politik Ombak Baru ini sedang membuat persediaan untuk membawa Malaysia berhadapan dengan politik Asean,  Asia Tenggara dan politik dunia.

Para pemain utama  Ombak Baru telah tidak mendapat tempat dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini. Mereka telah diikat, dicap dan dibungkus untuk dikafirkan. Mereka telah dituduh  bersubahat dan didanai oleh  parti kapir DAP.

Kerana tidak lagi memiliki tempat dalam PAS   maka pemain utama Ombak Baru ini memiliki empat pilihan dalam usaha untuk meneruskan garis perjuangan mereka:
1- terus berada dalam PAS
2- mencebur diri dalam NGO
3- menjadi ahli PKR atau DAP
4- menubuhkan parti baru

Empat pilihan ini telah dihadapkan kepada bekas pimpinan PAS pada malam  16 Jun 2015  di Bakri Muar Johor. Sejarah akan menulis tentang apa yang berlaku di Bakri pada malam itu. Siapa dan Siapa  yang hadir pada malam itu akan menjadi titik sejarah. Program Himpunan Jasamu DiKenang telah mengumpulkan hampir kesemua pemain utama Ombak Baru.

Secara tuntas pada malam itu pemain utama   Ombak Baru yang hadir di Bakri  telah sebulat suara bersetuju dengan pilihan ke empat: menubuhkan parti baru. Maka keputusan ini telah dinamakan Janji Bakri.

Laungan Parti Baru! Kedengaran  kuat dan jelas pada malam 16 Jun di Bakri. Laungan ini telah berpindah ke Kota Bahru. Berpindah ke Kuala Lumpur. Kini laugan...parti baru !.. sedang mengombak ke seluruh negara. 

Dalam bulan Ramadan 2015 ini secara terbuka, melalui laporan portal internet dan melaui media sosial warga Malaysia dapat mengesan  pergerakkan  pemain utama Ombak Baru ini. Mereka berpindah-pindah dari satu bandar ke satu bandar memberi penerangan. Mereka sedang mencari buah pandangan orang ramai tentang perincian garis  politik Ombak Baru. Mereka sedang mengumpulkan semua fikrah untuk berfikrah.

Saperti biasa para Kang Kong dari pelbagai cerok mula bersuara. Ada yang berpendapat bahawa sebuah parti baru jika ditubuhkan pasti akan gagal. Hujah Kang Kong ini dibuktikan dengan Hamim, Kita dan Berjasa.  Pengalaman Semangat 46 juga menjadi hujah dan bukti yang memperkuatkan lagi hujah para Kang Kong ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Hamim, Kita, Berjasa dan Semangat 46 akhirnya  tutup kedai. Harus disedari bahawa parti-parti ini bukan Ombak Baru. Parti-parti ini tidak dilihat ‘cool’ oleh anak-anak muda. Amat penting sekali - pemain utama  parti-parti ini tidak dilihat ada kaitan dengan politik jalan raya. Pemimpin parti ini TIDAK pernah dilokap jauh sekali direhatkan di Kamunting.

Bukan ini sahaja. Ada satu pekara yang wajib difahami. Suasana dan ambiance politik Malaysia  dan dunia telah dan  sedang berubah. Ketika Hamim atau Semangat 46 bergerak TIDAK wujud MalaysiKini atau Malaysian Insider. Tidak ada blog. Tidak ada media sosial. Tidak ada YouTube. Ketua Twitter Negara belum wujud.

Semua ini adalah  ciri-ciri garis pemisah antara  yang jumud dan kotai dengan dunia  sekarang. Suasana  ini akan menjadi bidan untuk menyambut kelahiran parti baru hasil dari Janji Bakri.  

Hakikatnya, pada hari ini penyebaran maklumat bukan lagi dimonopoli oleh United Malays National Organisation. Berita dan propaganda bukan hak mutlak Bani Ketuanan  Melayu. Dengan wujudnya internet semua kemungkinan untuk menyebar dan menyampai berita dan maklumat berada di hadapan mata. 

Ini bukan bermakna apabila wujud sahaja Parti Baru ini maka dengan serta merta ianya mengelembung  merebak dan meluas. Ini anggapan salah. Sebuah parti politik memerlukan wajah untuk melahirkan persepsi. Politik ialah persepsi yang direka dan dibangunkan. Semua ini memerlukan fikrah, strateji  dan perancangan yang detail. Semua ini memerlukan kerja keras.

Suasana dan iklim politik Malaysia pada ketika ini cukup ranum untuk menyambut kelahiran sebuah parti politik Ombak Baru. Pemenjaraan Anwar Ibrahim, pembunuhan Altantuya, kewujudan penyamun Jho Low dalam 1MDB dan kerenah Rosmah Mansor adalah latar politik kita pada ketika ini. Semua ini adalah  peluru berpandu Scud yang wajib disasarkan untuk  meledakkan United Malays National Organisation.

Suasana politik Malaysia   bertambah rancak dengan sikap Mahathir Muhamad yang terus menyerang Najib. Dalam masa yang sama Najib Razak kelihatan tidak lagi memiliki khudrat untuk memimpin dan mengendalikan negara melalui dasar. Negara Malaysia hari ini bergerak dengan sendiri justeru ekonomi dan nilai ringgit kita semakin merundum.

Najib ketika ini hanya berupaya menabur duit untuk mencari sokongan. Berapa lama agaknya Si Najib ini akan selamat menjadi Santa Claus?  Akan  sampai ketika apabila kantong  negara akan kosong kerana semua fulus  telah beralih masuk ke dalam Beg Birkin. Dan saperti filem Jean-Luc-Goddard - Putus Nafas - Najib akhirnya akan putus pafas.

Justeru untuk menghindar dari malapetaka ini maka   kita wajib bersedia dilanda Ombak Baru. Bersedia untuk menerima kelahiran  sebuah parti politik baru dengan garis politik baru. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhabr minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

-------------

8 ulasan:

  1. kih kih kih...

    aku dah tak percaya janji pak tt...

    mana janjimu "yang pasti bukan azmin"?

    BalasPadam
  2. Apa ke bende nih?????

    Selagi BEBUDAK BER HARAP wujud , tak mungkin maju politik negara ini

    BAHALOL SAJA

    BalasPadam
  3. aku rase parti baru ni lebih jumud dari yg dikatakan jumud, ape taknya, name parti pun kelakar -janji bakri- name ape benda ni, name kueh bukak puase ke hape.. kah kah kah

    BalasPadam
  4. Yang sebenarnya PAS PKR ngn DAP sedang berkomidi utk hiburkan kapitalis.

    BalasPadam
  5. Pkr bole hidup sampai sekarang, macm mana kata parti baru tak ada tonik. Yang penting ABU!kah..kah..kah...

    BalasPadam
  6. Sekali air bah , Sekali pasir berubah .

    Renung dalam2 Fikir lama2 * akan kita temui jawapannya .

    Alam setiap detik berubah dari posisinya yg sedia ada * malahan manusia dan haiwan bergerak dan berubah mengikut rentak dan perubahan alam .

    Keujudan Islam melampaui 1500 Tahun * pada prinsipnya turur berubah berdasarkan iklim dan suasana persekitaran alami . Islam agama progresif * hukum hakam nya sahaja tidak berubah * sedangkan pendekatan nya telah banyak berubah sepanjang 1500 tahun.

    Islam agama progresif sebab Tuhan sifat Maha Progresif .Hanya agamawan dan pengikutnya yg jumud masih meletakan kitab diatas keldai .

    Trend Islam sekarang dan akan datang bukan persipsi mengumpul kotoran dikaki jubah atau menjunjung najis dililitan serban .

    Dulu rumah berdinding buloh berubah menjadi papan dan kini berdinding bata .

    Fikir Fikir kan !.Renong Renong kan !
    Jangaaaan Jummmmud kan Islam

    BalasPadam
  7. Jangan salah baca minda anak muda.
    Janji bakri?
    mat sabu?pilihan raya pun jarang2 menang, nk tubuh parti baru
    kami sokong pr bukan sbb pr,tp sbb umno
    jangan ingat pr bagus sgt
    jgn kuat drama,nanti 52% tu tak lame.

    ~ anak muda / atas pagar / pru13 undi pas

    BalasPadam