AKHIR YANG BERAKHIR
Suasana politik Malaysia kini berkecamok. Nilai ringgit jatuh mendadak. Semakin ramai warga hilang pekerjaan. Graduan menganggur semakin ramai. Jenayah ganas - bunuh dan tembak - semakin menjadi-jadi. Pendatang haram semakin ramai menerbus masuk. Harga bahan makanan makin naik. Nilai gaji semakin turun. Harga bahan bakar petrol naik lagi. GST sedang mencekik setiap warga Malaysia - tua dan muda.
Tetiba akhbar mingguan The Edge digantung permit selama tiga bulan. Tetiba The Edge Financial Daily digantung sama. Tetiba portal Sarawak Report dipadamkan dari alam maya.
Tetiba YB Rafizi dan YB Tony Pua dilarang keluar negara. Tetiba YB Tian Chua juga dilarang keluar negara. Tetiba Ambiga, Maria Chin, Adam Adli dan Hishamuddin Rais dilarang keluar negara. Apa sudah jadi?
Dalam suasana kelam kabut ini Lebai Desas bin Haji Desus terus kencang berlabon. Mengikut surah Lebai Desas Desus : Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ke 6 akan didakwa. Najib akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Dilaporkan berbilion ringgit duit rakyat telah masuk ke dalam akaun pribadi Najib sendiri. Kes 1MDB jadi buah mulut setiap yang ada mulut.
Akhirnya - saya memikul tanggung jawab untuk memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku. Saya akan cuba menerangkan semudah yang mungkin agar Mak Cik dan Pak Cik Felda akan dapat memahami apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita semua.
Pertama ada sosok-sosok politik dan juru fikir yang berpendapat menuntut Najib berundur adalah satu kesilapan politik. Menurut hujah ini - Najib dan Rosmah adalah umpan terbaik untuk memancing kebencian pengundi dalam PRU14. Rosmah yang kini dilihat sebagai ‘ puaka hidup’ akan dijadikan modal kempen oleh Pakatan Rakyat Perjuangan (PRP) dalam PRU14.
Sekali imbas pekara ini dilihat masuk akal. Sekali baca dilihat hujah ini rasional. Tetapi politik dan kerja politik memiliki hukum dan syarat tersendiri. Hakikatnya jika sosok-sosok penyokong Pakatan Rakyat Perjuangan sedar akan peranan ‘jahat’ Najib dan Rosmah, pasti ramai lagi ahli dan kepimpinan United Malays National Organisation yang sedang melihat pekara yang sama.
Justeru - adalah ‘bebal politik’ jika ahli Parti Ketuanan Melayu tidak menyedari hal ini. Malah Mahathir Muhamad bekas Presiden parti mereka, malah Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden parti mereka - telah menyuarakan pendapat yang sama.
Fakta yang disuarakan : jika Najib terus memimpin Parti Ketuanan Melayu; jika Rosmah terus terkedik-kedik dalam dikaca TV maka jawabnya gerombolan Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya akan dihumbankan oleh gerakan rakyat yang semakin ampuh.
Justeru sebelum rakyat bangun megampoh, sebelum rakyat marah turun ke jalan raya adalah lebih afdal untuk United Malays National Organistaion ‘merehatkan’ Najib dahn Rosmah dari sejarah Tanah Melayu ini.
Merehatkan adalah kata sopan. Dalam bahasa politik Najib dan Rosmah wajib ditangkap dan didakwa untuk kebaikkan masa depan United Malays National Organisation.
Dalam surah orang Negeri Sembilan Najib dan Rosmah ini sedang mengabiskan boreh. Najib dan Rosmah bukan sahaja menghabiskan beras malah sedang membawa malapetaka. Kekalahan Parti Ketuanan Melayu dalam PRU14 nanti akan menyediakan lokap dan penjara kepada ramai pemimpin Parti Ketuanan Melayu.
Sebelum semua ini berlaku lebih baik Najib dan Rosmah diterajang keluar. Ini akan dilihat oleh orang ramai dan bakal pengundi bahawa Parti Ketuanan Melayu sedang mengambil langkah tepat yang positif. Ini sedang dan akan berlaku. Ini realpolitik. Tidak ada kuasa yang dapat menahan ombak realpolitik ini.
Dari sini timbul persoalan yang orang ramai sedang tertanya-tanya: Apa ke jadahnya pekara yang ditulis oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) ? Apa yang menjadikan tulisan WSJ bagitu hebat hinggakan mengoncangkan politik Malaysia?
Biar saya terangkan disini bahawa adalah cakap-cakap bodoh yang mengatakan pembocoran laporan WSJ tentang 2 bilion ringgit masuk ke akaun Najib WSJ adalah rancangan Yahudi. Adalah cakap-cakap bangang yang mengatakan bahawa WSJ ini ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Adalah amat bangang sesiapa sahaja yang percaya atau memiliki pandangan bahawa dokumen 1MDB yang dirujuk oleh WSJ itu telah diubah suai.
Siapa dan apa dia Wall Street Journal ini?
The Wall Street Journal - dengan namanya telah menjelaskan bahawa harian ini mewakili kepentingan kaum pemodal antarabangsa. Wall Street ialah pusat perniagan saham, komoditi dan insuran terbesar dalam dunia. Terletak di New York perniagaan bursa saham ini adalah perniagaan bursa saham syarikat gergasi didunia.
Ini bukan tempat perniagaan Ikan Bakar Sekinchan atau Nasi Lemak Mek Jah Ulu Berang atau jual beli saham Plus Highway.
Hakikatnya Wall Street ialah Kaabah Kapitalis. Akhbar Wall Street Journal ialah jurucakap resmi dari Kaabah ini. Melalui WSJ para Imam dan Ayatolah wakil kaum pemodal akan mengeluarkan fatwa fatwi tentang salah benar dan halal haram segala bentuk perniagaan yang sedang berjalan dalam dunia kapitalis. Hakikatnya WSJ ini mewakili kepentingan perniagaan kaum pemodal antarabangsa.
Lalu timbul persoalan - kenapa membocorkan maklumat tentang bank akaun Najib?
Untuk ini saya menjawab bagini: Wall Street Journal (WSJ ) tidak menulis tentang Kenya, tidak menulis tentang Uruguay, tidak menulis tentang Zimbabwe. Apakah negara-negara ini aman permai? Apakah tidak ada rasuah dinegara ini? Jawabnya tidak. WSJ tidak menulis tentang Zimbabwe, atau Kenya atau Uruguay atau negara lain kerana mereka tidak memiliki kepentingan berniaga dalam negara itu. Malaysia ialah rakan niaga Amerika yang ke sepuluh. Malaysia memiliki ekonomi yang kukuh di Asean dan Wilayah Pasifik. Malaysia negara kapitalis penting dalam ekonomi kapitalis dunia.
WSJ menulis tentang Najib bukan kerana mahukan demokrasi berjalan di Malaysia. Bukan kerana hak asasi manusia. Atau kerana Anwar dalam penjara. WSJ menulis tentang akaun Najib bukan kerana mereka cintakan Orang Melayu Bumiputera atau sayangkan Islam. Bukan bukan bukan.
WSJ membocorkan berita itu untuk memberi tanda dan isyarat kepada kaum pemodal dunia bahawa Najib Razak bukan lagi sosok yang boleh dipercayai di Malaysia untuk mewakilii dan menjaga kepentingan ekonomi mereka.
Justeru sebaik sahaja berita bank akaun Najib keluar dalam WSJ maka The Age Melbourne, Sydney Morning Herald, The New York Times, The Guardian, BBC, CNN, CNBC dan berpuluh akhbar dan tv dunia membuat laporan yang sama.
Maknanya - selesai sahaja Ayatolah memberi fatwa maka Imam, Bilal, Kadi dan Khatib di seluruh dunia menyuarakan pekara yang sama.
Amat jelas bahawa kaum pemodal antarabangsa telah menolak Najib Razak. Kaum pemodal antarabangsa merasakan jika Najib Razak terus berkuasa pelaburan modal dan perniagaan mereka akan merosot. Nilai ringgit yang sedang merosot ini bukan saja mengurang keuntungan mereka malah berpotensi menjadi ‘wabak’ di Asean.
Jangan lupa akan ‘wabak Tom Yam’ pada tahun 1998 yang memporak perandakan ekonomi Asean dan menjadikan ekonomi global lebih parah.
Justeru, lebih awal Najib Razak disingkir lebih molek untuk kaum pemodal di Malaysia dan di Asia Tenggara dan di kawasan Pasifik.
Najib Razak sekarang dalam keadaan yang sama saperti yang pernah dihadapi oleh Suharto dan Marcos. Di Pilipina Marcos berhadapan dengan gerakan rakyat kaum kiri. Di Jakarta Suharto berhadapan dengan gerakan anak muda mahasiswa.
Berkemungkinan keadaan akan menjadi kacau bilau dan merugikan kaum pemodal. Maka dengan licik Amerika membawa pulang Senator Benigno Aquino dari Amerika. Maka dengan licik Paul Wolfowitz Duta Amerika di Indonesia menyusun peralihan kuasa - jika tidak warga kiri Inodonesia akan mara berkuasa.
Najib Razak kini berhadapan dengan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Anak anak muda makin gelisah dan resah. Untuk pertama kalinya Sarawak telah merayakan Hari Sarawak Merdeka. Semangat nasionalisma Dayak semakin memuncak. Di Sabah suara menuntut Sabah Merdeka makin lantang.
Diseluruh Malaysia sentimen mahu menghumban Parti Ketuanan Melayu semakin membara. Dalam PRU13 jelas kelihatan 52% warga telah memilih Pakatan Rakyat Perjuangan dan menolak United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.
Mustahil ajen Amerika dari Jalan Ampang tidak tahu bagaimana kuasa mutlak terletak di tangan Rosmah Mansor. Keadaan ini amat-amat merbahaya. Kaum pemodal antarabangsa telah melihat peranan Ibu Tien dan Imelda Marcos. Semua ‘first lady ‘ ini menjadi ikon kebencian - yang mengumpul kemarahan rakyat untuk turun ke jalan raya. Ini membawa porak peranda.
Hakikatnya - semua pergolakan politik Malaysia diperhatikan oleh kaum pemodal antarabangsa dengan teliti. Selain dari menerima laporan resmi dari Pak Duta di Jalan Ampang , kaum pemodal juga memasang pelbagai bentuk lembaga perisek dan ajen. Ada ajen terbuka, ajen upahan, ajen tertanam, ajen menyamar sebagai akademia, ajen menyamar sebagai wartawan atau pun ajen sedang membuat kajian di universiti. Semua ‘alat-alat’ ini memberi laporan untuk memastikan pelaburan mereka selamat dan terus mendapat keuntungan maksima.
Justeru adalah silap besar apabila menuduh bahawa WSJ tidak tahu politik Malaysia. Adalah silap besar jika tidak sedar bahawa WSJ mengetahui terperinci hal dalaman politik United Malays National Organisation berbanding dengan pengetahuan ramai Ketua-ketua Bahagian gerombolan sendiri.
Akhiranya - adalah silap besar jika menganggap maklumat dari Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Bangkok sebagai palsu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-------------
MANTAP !!!!!!
BalasPadamBAGUS MAT MONGOL JADI KETUA BESAR.... SEMUA SUDAH JADI CHEAP CHEAP CHEAP.....
Lagi banyak orang tak de kerja lagi senang dapat pekerja murah yang bagus
Orang Orang Melayu rata rata MALAS dan BODOH
Orang Bangla lagi rajin boleh kerja kuat tak ber kira banyak....
HIDUP MAT MONGOL @ MAT BAHALOL !!!!!!!!
David Cameron ketika bertandang kerumah jiran sebelah rumah memberitahu Britain tidak akan membenarkan industri hartanah nya digunakan sebagai padang money laundering yg telah menyebabkan nilai hartanah di Britain melambung. Singapura terkenal bersih dari unsur2 korupsi, kpd siapa agaknya Cameron tujukan amaran tu..
BalasPadam
BalasPadam30 Julai 2015 12:23 PTG,
Tidaklah rata2 Melayu bodoh. Ada yg kuatir Agama Islam skrg terkubur kpd hedonisme . Org2 Islam Msia cam kartun ngan pakaian2 Arab kelihatan hebat2, dgn kononnya itu mereka suci & berrahmat ! Aliran utama puak sebegini ialah org2 Sunni; yg sejak WWII terguna untuk menegakkan lagi dunia kuasa & materislme Negara2 menang WWII.
Adalah bodoh bila kita pikir hanye Saudi Arab ade minyak, tempat2 lain Xde! Manakan si Merikan ngan science tech Xtau ape bawah kakinya??? Gitu juge si Brit?
Org2 Sunni kapitalis nak, degan Bos mereka org2 Barat, takluk sumo - jasad & jiwa!
Di Msia pendidikan kedua2nya tleah kena rogol, samada org2 sekular atau agama. Baca tentang JASA misalnya - seolah tiada iman, caya kpd manusia, samada jiwa atau intelek. Dlm lain perkataan, rakyat sampah bukan manusia yg dipelajari segi sekular atau agama yg suci!
Ape lagi nak buat? Guna akal, intelek & siramkan bunga jiwa! ;-)
Malangnya dalam kita menghadapi bencana besar yang mengancam kefaulatan negara angkara Najib & Rosmah ini...masih ada sekumpulan lebai yang sibuk bercakap tentang baiah bodoh dan talak tiga...setakat itu sajalah pemikiran lebai2 dungu ini...almaklumlah..nak baca WST mampus tak faham...agaknya kalau ditanya ada berapa angka kosong dalam 2.6 billion tu pun setengah mampus nak jawab..matematik tak pernah lulus...sampai kiamat la masih cerita baiah talak tiga...haid dan nifas....
BalasPadamMalangnya dalam kita menghadapi bencana besar yang mengancam kefaulatan negara angkara Najib & Rosmah ini...masih ada sekumpulan lebai yang sibuk bercakap tentang baiah bodoh dan talak tiga...setakat itu sajalah pemikiran lebai2 dungu ini...almaklumlah..nak baca WST mampus tak faham...agaknya kalau ditanya ada berapa angka kosong dalam 2.6 billion tu pun setengah mampus nak jawab..matematik tak pernah lulus...sampai kiamat la masih cerita baiah talak tiga...haid dan nifas....
BalasPadamLebai serban biasola dongan strateji cikai wal mandom. Org lain berusaha keras, derang mcm mat tabliq, sibuk dgn kiamullailnya.. sunnahnya..doanya..empat bininya.. haidnya..nifasnya...
Padam"Lawan PRU untuk kalah". Inilah motto sepanjang zaman paling sentimental sokali oleh parti Mat Sorbat. Jika menang, jihad dah tamat. Lebih baik kalahhhhh
Patut la Abg Mat Bronson pun lari lintang pukang. Parti mat serban dah jadi Pertubuhan Tabliq..