KUMPULAN
SATU EMPAT
ENAM
RAKYAT PERLUKAN KERAJAAN ALTERNATIF
Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu merupakan indikasi jelas harapan rakyat yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang lebih baik sekaligus menamatkan era pemerintahan fasis Barisan Nasional. Hal ini juga terbukti secara faktual apabila graf pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum semakin merudum dari tahun ke tahun biarpun pelbagai langkah popular dilakukan untuk meraih semula kepercayaan pengundi.
Namun polemik demi polemik yang melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat yang ingin melihat sebuah Kerajaan yang lebih baik. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional.
Melihat kepada isu ekonomi yang terus mencekik kehidupan rakyat, krisis kepimpinan Negara yang dihimpit skandal dan korupsi, serta kesenjangan sosial yang masih tidak bebas daripada politik perkauman, maka anak muda hari ini melihat perlunya sebuah gabungan inklusif yang akan memimpin perjuangan menegakkan cita-cita rakyat. Oleh itu anak muda ingin mengusulkan perkara berikut untuk segera dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang.
1. Gabungan Baru : Demi Rakyat.
Mempercayai bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan itu masih menyala, maka Anak Muda mendesak agar parti pembangkang segera membentuk gabungan yang baru demi meneruskan cita-cita rakyat. Parti-parti pembangkang perlu konsisten dalam menjadikan harapan rakyat sebagai fundamental kerjasama, seterusnya memangkas perbezaan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan perubahan. Gabungan yang baru ini perlulah lebih kemas dengan dipandu terma-terma rujukan yang lebih jelas.
Melihat kepada kepincangan jalinan kerjasama yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, anak muda ingin mencadangkan supaya prinsip berikut mesti dimasukkan sebagai teras penting kepada pembentukkan gabungan yang baru:
i. Gabungan mestilah berkerja berteraskan polisi bersama yang disepakati. Polisi tersebut mestilah menjulang cita-cita rakyat sebagai asas kerjasama. Setiap Parti yang menyertai gabungan perlu bersedia untuk meletakkan polisi bersama ini sebagai prioriti yang perlu diutamakan.
ii. Setiap parti perlu bersedia untuk meletakkan kepentingan parti sebagai perkara kedua sekiranya bertembung diantara kepentingan parti dan kepentingan gabungan. Hal ini bagi memastikan tidak wujud lagi tindakan-tindakan esoterik parti tertentu yang boleh menggugat kestabilan gabungan.
iii. Menjadi obligasi setiap parti untuk memastikan gabungan terus kuat dan utuh. Setiap keputusan yang dibuat diperingkat gabungan perlulah melalui proses konsolidasi bagi mencapai persepakatan bersama.
3. Gabungan Inklusif.
Anak muda juga melihat gabungan baru yang bakal dibentuk ini perlu melibatkan sebanyak mungkin pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. Tatanan pemikiran lama yang mengatakan pemimpin tahu segalanya sudah terlalu tua untuk diamalkan dalam politik kontemporari. Hal ini juga bagi menyahut saranan banyak pihak yang menyifatkan gabungan pembangkang akan lebih kuat dengan sokongan dan kerjasama NGO. Oleh itu, anak muda mencadangkan supaya diadakan sesi pertemuan diantara parti-parti pembangkang dan juga anak muda dalam masa 14 hari dari sekarang. Anak muda percaya adalah menjadi keperluan mendesak untuk gabungan baru ini ditubuhkan segera.
Sekian.
Demi Malaysia
Kenyataan media ini dibuat secara bersama oleh 146 anak muda.
--------------
Yat Sei Lok
BalasPadamIni nombor nombor Feng Shui tak bagus
Susah nak maju
Orang orang Cina tak akan nak masok champor
Tak ada Cina tidak ada nilai ekonomi
Jadi Bahalol lah kalau semua nya Melayu yang malas hidup ber harap saja
Itu sebab nak pilih nama biar lah bijak dengar nya
Kalau BAHALOL , orang dengar sekali dah tahu Bahalol
Nama macam NAJIB , RAZAK , TOYO , MASLAN tu semua nama nama zaman batu
Nama nama GAGAL
Kenapa nak jadi BAHALOL pon