Rabu, 15 Julai 2015

HARAPAN BARU




JELAS & JUJUR
bukan nak jadi yb
tapi 
nak tumbangkan 
united malay national organisation

BARU BETUL


  
MUAFAKAT BARU MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL

Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional. Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain.

Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional. Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri.

Saya yakin pelancaran Gerakan Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang PRU14.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





----------------

7 ulasan:

  1. Hadi-Amanat yg sentiasa berubah
    Dulu UMNO kafir sekarang dah disunatkan
    undi PAS masuk syurga
    belum berjaya & takkan berjaya laksana hudud sebab dah tahu bakal dikencing UMNO tapi tetap masuk syurga atas alasan dah usaha

    BalasPadam
  2. adakah azmin (mb pilihan sultan) akan menjadi pengkhianat dlm pkr?
    adakah azmin juga akan membentuk gerakan baru dr pkr - gerakan keadilan baru?
    adakah azmin akan bersama pas atau dap selepas raya nanti?

    KALAU KO AZMIN PILIH UTK BERSAMA PAS, maka aku doakan celakalah ko azming!

    nas aku : sabda Rasulullah saw berkaitan dgn asabiyah.

    woi hadi! aku celakan si azming sbb aku ada nas.

    apa nas ko bila fitnah org sbg penjual pil kuda?
    apa nas ko bila ko hina kak wan?
    apa nas ko bila ko barua broker tolol kan org lain?
    apa nas ko bila ko ponteng tanpa uzur syarie?
    apa nas ko bila ko letak calon bertindih?
    apa nas ko bila ko langgar amanat ko sendiri?
    apa nas ko bila ko cap UAA sbg calon dap?
    apa nas ko bila ko sokong si munafiq?
    apa nas ko bila ko bohong umat pasal hudud?
    apa nas ko bila ko biarkan geng ko labelkan golongan pro dgn gelaran jijik dan tak islamik?
    apa nas ko bila ko biarkan fitnah oleh penyokong ko berleluasa?

    Pada azming, sebelum jadi barua hadi, cuba renungkan:

    1. hadi hina presiden ko. adakah ko tak anggap kak wan presiden ko?
    2. hadi biadap pada DSAI. adakah ko tak hormat ketua umum ko?
    3. hadi fitnah rakan ko. adakah ko tak percaya rakan ko?
    4. hadi cuba rasuah ko. adakah ko terhutang budi dgn dia?
    5. hadi sokong pemimpin munafiq. adakah ko pun sama?

    hanya munafiq saja yg akan sokong si munafiq. dan kita tau dimana simunafiq akan berada diakhirat nanti.

    BalasPadam
  3. saya offer diri saya sebagai pak supir...
    satu syarat onLy,...
    isi minyak saya jaLannn...aminnnn

    BalasPadam
  4. Hadoi nazrio dreba. Hang dah telajak masuk sini pasai apa ha? Brek tak makan ka. Ok, tak pa. No hal punya. Tuan tt meraikan semua kawan2 datang sini.

    En. Nazrio, di sini kami tengah gebang besar hal cukup2 serios punya. Lepas raya ni ghb dapat surat beranak. Sebab baby tua, beberapa hari lepas tu dapat pula hadiah di kelantan dan selangor.

    BalasPadam
  5. Klu Azmin sokong hadi dan geng lebai..mmg aku doakan Selangor jatuh kpd pembangkang..dan Azmin akan jd ketua pembangkang plak...!!

    BalasPadam