Rabu, 1 Julai 2015

JUAL BELI BANGLA








1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia - Ahmad Zahid


ALOR GAJAH, 25 Jun (Bernama) -- Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.



BESTINET UNTUNG RM150 JUTA DARIPADA KEMASUKAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 1.5 juta pekerja asing Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.[1]

Sekarang rakyat baru sedar mengapakah sistem Foreign Workers Centralized Management System (FMCMS) dikuatkuasakan secara tergesa-gesa sebelum pengumuman tersebut dibuat. Nyata semua kaunter imigresen telah ditutup sepenuhnya untuk urusan Visa Dengan Rujukan (VDR) mulai hari ini (1 Julai 2015).

Pelaksanaan sistem FWCMS kini mewajibkan setiap pekerja asing membayar sebanyak RM100 kepada kontraktor bagi menjalani saringan kesihatan bioperubatan di negara asal pekerja asing.

Seandainya RM100 tersebut diperoleh oleh pengusaha FWCMS iaitu Bestinet Sdn. Bhd. (BESTINET), kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melihatkan keuntungan durian runtuh sebanyak RM150 juta kepada syarikat tersebut. Ini tidak termasuk keuntungan yang diraih melalui pengambilan pekerja asing yang sedia ada serta pengambilan dari negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Nepal.

Pelaksanaan sistem ini bakal mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian negara Nepal apabila mereka diwajibkan untuk menggunakan sistem bioperubatan.[2] Agensi-agensi tempatan di negara sumber telah mengesahkan bahawa untuk kes Filipina, pekerja ataupun ejen pengambilan pekerja perlu membayar USD15 (RM54) bagi tujuan memuatnaik maklumat kesihatan pekerja asing.[3]

Tapi apa yang membimbangkan adalah apabila pengambilan pekerja asing didorong oleh syarikat kroni seperti BESTINET dan MyEG yang dikuasai oleh pimpinan UMNO. Lebih ramai pekerja asing diambil, maka lebih keuntungan yang diraih oleh mereka. Maka apakah jaminan ruang pekerjaan untuk orang tempatan selepas 1.5 juta pekerjaan diambil alih oleh pekerja Bangladesh? Bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara sekiranya tenaga kerja murah asing diimport dan digunakan untuk memenuhi kekosongan kerja tempatan?

Persoalan ini menjadi lebih ternyata apabila kontrak FWCMS boleh dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada Bestinet sebagai syarikat yang bernilai RM2 sehingga 2013. Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan bahawa BESTINET tidak menghantar Laporan Akaun sejak tahun 2010 selama 4 tahun (yang pastinya telah melanggar Akta Syarikat 1965), dan diklasifikasikan sebagai syarikat ‘Dormant’.

Kesemua kelakuan berleluasa ini telah menimbulkan keraguan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, berpakat sulit serta salahgunakuasa antara pihak kelulusan dan pihak yang mendapat manfaat. Kesemua persoalan ini wajib diperjelaskan oleh Ahmad Zahid sebagai menteri yang bertanggungjawab.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat




-----------------

3 ulasan:

  1. Woooi baca betul2 n faham betul2 jangan jadi tolol sepanjang hidup wahai bani tolol bin tuli .

    Wooooi disamiping kroni buat untung jual hamba abdi - sprm dan jpn pula secara diam diam atur pengundi baru 1.5 million untuk pru akan datang.

    1.5 million bangla adalah fixed deposit untuk bn menang PRU 14 .

    Wooi jangan syok sendiri wahai anak semua bangsa .

    BalasPadam
  2. calon pengundi hantu pru15.

    BalasPadam
  3. Nak kutip duit tutup hutang 1MDB jugak ini

    Mamat ini nanti ganti Mohideen jadi TPM

    Jilat bontot Bugis lah kalau nak kaya sebelom KIOK

    Standard lah

    BalasPadam