UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN
Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.
Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Najib Razak.
Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:
1. Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.
2. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib Razak.
Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Najib Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.
Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Najib Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.
Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:
1. Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.
2. Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.
3. Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.
4. Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.
Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.
Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib Razak.
Kami juga memberi amaran kepada Najib Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.
Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Najib Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Najib Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.
28 Julai 2015
Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen
----------------
Semua bende yang najib buat dulu...yelek..takder apa apa..bodoh tak sampai...half kedobar...ahhhhh....ini lah perkara yang paling BODOH najib telah buat....pecat shafie apdal...kenapa...siapa bugis nak back up ko najib kalau gi sempolna...hahHhhhha
BalasPadamHang ingat almalikul sembab ada telo ke? Mentri almari semua kayu la. Makan dedak banyak sgt. Kalu tak caya hang try rabe tengok ada telo ke tak.
BalasPadamSemoga coroption kepala koroption dpt dibuang.kepala taik sembelit najib ni.eh ahli parlimen pas @hj hadi tak leh kautim lg.mintak muhyidin pegi kautim.tunggu 4saksi lg ke.budak hantar surat dah dtangkap tu tuk jd saksi tak cukup lg ke.masalah kesihatan no no no kata gani patael.blum terbeliak lg ke mata org org melihat sendiwara najib ni.
BalasPadamJika 'puak-puak' ini bersikap adil..maka masukkan PAS sekali dan semua NGO diberikan tawaran terbuka..Mohd.Sabu dan gengnya janganlah syok sebelah pihak sahaja.
BalasPadamTerbaek!!!
BalasPadamTapi takde seekor pun yg berani!!!
Al Malikul Sheikh Sembab akhirnyo kono ... dibalun oleh Mat Zombi ... Persoalannyo siapo yang pasang kamera dan ngangkap gambar Malikul semaso sodang kutuk Mat Zombi daripado belakang aritu.
BalasPadamSiapo pulo yang nyuruh ngangkap gambar Malikul yang muko macam tortis itu. Zahid perasan se ado maso tu ... jeng jeng jeng ... Malikul tak mau buek tunjuk perasaan ko ... kah kah kah.
Jangan ingat MAT BAHALOL TU BAHALOL okay......
BalasPadamShahidan Kassim kan ada kata nya nanti Parlimen OFF DAY pulak
Bukan semua tak Bahalol dalam Parlimen pon
Kena jaga budak tandas saja OK
hadi ikang cakap Pas harap kabinet baru laksana tanggungjawab dgn adil,telus.
BalasPadamapa punya harapan dah???kahkahkah kesian taraf tuan presideng jadi pembodek ah jib gor saja