TUDUHAN MELANYI TERBUKTI SATU PENIPUAN
Saya merujuk kepada laporan The Malaymail Online mengenai tuduhan yang dibuat Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar bernama James Steward Stephen yang kononnya bertanggungjawab membuat dokumen palsu mengenai 1MDB yang digunakan oleh Sarawak Report.
Walau bagaimana pun, pada hari ini The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang dituduh itu (James Steward) yang mana gambarnya turut disiarkan di dalam video pengakuan Lester Melanyi rupa-rupanya seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Onlinehttp://www.themalaymailonline. com/malaysia/article/sarawak- report-accusers-video-used- photo-of-uk-rail-service- manager
Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengakui menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.
Ia juga menjadi satu tamparan dan pengajaran kepada Abdul Rahman Dahlan, menteri yang tampil ke hadapan kononnya mendedahkan perkara ini. Setelah dibuktikan bahawa kredibiliti Lester Melanyi diragui terutamanya berikutan rekodnya menyiarkan kartun Rasulullah sehingga menyebabkan akhbar Sarawak Tribune ditutup, Abdul Rahman Dahlan masih bertegas mempertahankan kononnya berita yang dibawa Lester Melanyi itu betul walaupun sebagai seorang individu Lester Melanyi tidak mempunyai kredibiliti.
Dengan pendedahan pada hari ini bahawa dakwaan Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu itu rekaan Lester Melanyi semata-mata, wajarlah Abdul Rahman Dahlan tampil meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana beliau sendiri membawa berita palsu yang tidak disemak kesahihannya untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.
Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar Lester Melanyi untuk menyebarkan tuduhan palsu kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
-------------
Menteri2 UMNO percaya kpd orang yang hina Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya rakyat malaysia beragama islam boikot UMNO kerena mereka percaya kpd orang yg menghina Nabi. Bodohlah orang2 kampong yg sokong Puok2 UMNO yg menyokong orang yang hina Nabi Muhammad SAW kan..
BalasPadamSudah membayar lester lalu tak menjadi sbb terbayar org yg menghina nabi.kemudian berharap kpd kekahatan justo pula.justo yg blum dbuktikan kejahatannya sudah dcanang canang sbgai org yg jahat.jika justo jahat sekalipun apa kena mengena dgn duit yg menjadi unit d singapore.apa justo ambik duit tu mcm jho lo ke?sekarang jholo adalah org yg menjadi kata kunci kpd permasalahan 1mdb.jhplo itu pula adalah kwn kpd najib.kwn dlm membuat kerja jahat yg profesional.kata nak dpangil utk dsiasat.entah dpangil utk mkn mkn sjpun sudah tak berani.entah bila nak dpt tu.berlakun sj boleh agaknya.apa punya najib n 1msia nya.
BalasPadamMemang teramat bodoh dah
BalasPadamIslam umnok hanya copt n paste aja .
BalasPadamHaram bagi umnok bertukar halal , Halal bertukar haram bagi umnok.
Yg penting bagi umnok - Kuasa .
Kuasa boleg tipu rakyat , rembat duit rakyat , boleh sapu harta rakyat sbb umnok kebal disisi undang undang Dunia.
Hanya sibebal yg brfikir bab makan , pakai akan terus dibebalkan hingga kekubur.
La ni kubur pun puak Lebaiyooon kuasai sbb
dapat sampul .Baca talqin dpt sampul . baca doa dpt sampul mengatas nama agama.
Seperti tt pernah tulis - Agama perniagaan tertua kpd manusia , Agama perniagaan paling laris diatas muka bumi - ia menjadi candu kpd pengikutnya.
Gwa berpegang kpd Agama di bawa Muhammad saw - Agama membawa kesejahteraan pd alam - Agama keAdilan Sosial , Agama Kesederhanaan , Kemanusiaan . Agama mengajar maaruf menolak mungkar , berjalan atas Halal menafikan yg Haram .
Agama Haq - adalah agama seluruh umat manusi di alam ini .