Rabu, 26 Ogos 2015

BERITA BAIK





BERITA BAIK

UNTUK ANAK

SEMUA BANGSA

Archbishop Kuala Lumpur Julian Leow mengesahkan bahawa tiga buah gereja Katolik di Kuala Lumpur akan membuka pintu mereka kepada peserta BERSIH 4 yang ingin mendapatkan perlindungan.
Katanya, atas semangat perikemanusiaan, Gereja Katolik telah memutuskan untuk membenarkan St John Cathedral di Bukit Nanas, Gereja St Anthony di Pudu dan Gereja Fatima di Brickfields menjadi tempat perlindungan ketika perhimpunan BERSIH 4.
Dalam satu kenyataan, Leow juga menjelaskan bahawa Gereja Katolik tidak memihak kepada mana-mana organisasi politik dan gereja itu telah berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini.
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, tiga gereja akan membuka pintu kepada peserta perhimpunan itu yang memerlukan perlindungan.
Ini telah membawa kepada kebimbangan bahawa tindakan akan diambil terhadap tiga gereja berkenaan.
Perhimpunan BERSIH 4 akan bermula pada jam 2 petang Sabtu dan berterusan selama 34 jam.
Selain menggesa  Najib Abdul Razak berundur ekoran kontroversi 1MDB, penganjur perhimpunan itu berkata, mereka juga menuntut pembaharuan institusi untuk membasmi rasuah.





------------

1 ulasan:

  1. nanti ada orang meLayu murtad...
    sapa yang nak tanggong dosa2 ni semua
    timbangan pahaLa ngko berat ker TT...?
    naK tanggong dosa-dosa ni semua...
    TT ni bukan Lagi tergeLincir, maLah
    makin menyimpang dari Landasan
    serta mencaLat-caLat_kan agama
    bersama pakatan DAP kominiH,
    NGO-NGO cina kapir...
    senang Lar you daH caLat2
    tatak payaH sunat-sunat Lagi
    kaH..kaH ..kaH
    haH haH haH hahahah

    BalasPadam