Khamis, 20 Ogos 2015

PEKERJA ASING






KEADILAN: Permohonan Pekerja Asing Lulus 48 Jam Dalam Talian, Syarikat Mana Pula Yang Mendapat Manfaat?

KEADILAN merasa terkejut dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan semalam bahawa semua permohonan untuk mengambil pekerja asing perlu dibuat secara dalam talian dan semua permohonan yang memenuhi syarat-syarat akan diluluskan dalam 48 jam.

Namun, saya mendapati bahawa Ahmad Zahid dalam pengumumannya semalam tidak memaklumkan kepada orang ramai bahawa syarikat mana yang “dihadiahkan” konsesi kerajaan ini dan berapakah kos yang akan dikenakan terhadap majikan yang ingin membuat permohonan.

Persoalan yang ditimbulkan, adakah konsesi kerajaan bagi menguruskan permohonan pekerja asing dalam talian ini dibuat melalui tender terbuka dan syarikat manakah yang mendapat konsesi kerajaan ini?

Awal tahun ini, syarikat Bestinet Sdn. Bhd. milikan Bekas Menderi Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Azmi telah memonopoli semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) melalui sistem FWCMS. Adakah pekara yang sama akan berlaku kali ini?

Sebelum ini, syarikat Real Time Networking milikan adik Zahid Hamidi telah dilaporkan sedang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian. Timbul kemusykilan mengapa kerajaan UMNO Barisan Nasional membuat keputusan secara terburu-buru mewajibkan semua permohonan pekerja asing dibuat secara atas talian dan adakah wujudnya percanggahan kepentingan (conflick of interest) seandainya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN meluluskan konsesi kerajaan kepada syarikat adiknya?

Saya turut merasa terkilan dengan pengumuman Zahid bahawa permohonan pekerja asing akan diluluskan dalam masa 48 jam sahaja. Kelulusan permohonan pekerja asing dalam masa 2 hari sahaja kelihatan terlalu tergesa-gesa dan dijangka akan menimbulkan pelbagai isu berkenaan dengan keselamatan negara.

Dengan ini, saya mendesak Kementerian Dalam Negeri menjawab soalan-soalan saya yang berikut:
1.    Syarikat manakah yang akan menguruskan semua permohonan warga asing melalui talian ini?
2.    Adakah konsesi kerajaan ini diberi berdasarkan sistem tender terbuka?
3.    Berapakah nilai kontrak tersebut dan berapakah kos yang akan dikenakan kepada majikan yang ingin membuat permohonan?

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat







--------------

4 ulasan:

  1. Bakal pengundi UMNO dalam pilihanraya akan datang.

    BalasPadam
  2. Adik Beradik Zahid nak buat duit pulak?????

    Kepala Otak !!!!!!

    Pikir kan lah si Rakyat banyak yang bijak dhaif.

    Nak makan sorang saja macam Mat Mongol.

    Ber syukur dan Taubat lah.

    Aniaya Rakyat tak Untong.

    BalasPadam
  3. Inilah cara Melayu meniaga ... Mula-mula pegang kuasa, lepas tu pasang proksi dan sapu semua kontrak dan AP kerajaan.

    Zahid yg baru dapat TPM dah macam macam benda dia nak buat ... bayangkan 1.5 juta bangla yang nak masuk berapa yang akan masyuk. Itu projek pertama byk lagi akan menyusur.

    Bangla ini masuk atas kos orang Melayu. Kos dari segi uwang, ruang dan maruah. Awal awal lagi maruah melayu dah disapu dengan taik babi dengan mengatakan "melayu pemalas", "melayu pilih kerja" dan "malayu nak gaji tinggi" ... maka itu kerajaan kena ambil Bangla bangsa yang rajin, tidak pilih kerja dan suka tipu perempuan Melayu utk dientot.

    Nanti bila mereka ndakkan undi Melayu, masa tulah mereka kata "melayu mundur disebabkan angkara Cina" ... masa itu BR1M RM300 akan dihulurkan sebagai lambang keparat-hatinan terhadap Melayu.

    BalasPadam
  4. Sedih la tgk Malaysia la ni.. Apek bawak teksi kat singapore pun gelak besar tgk kita.. Kannna

    BalasPadam