Jumaat, 28 Ogos 2015

SEMUA TELAH TAHU




AKU RASA
aku rasa 
apa yang wajib aku lakukan
telah aku lakukan
untuk kau tanah melayu

aku rasa
kau pun tahu
aku rasa 
kau telah terdengar
segala hasutan dari aku

aku tahu kau tahu
hasutan ini telah membingar
hasutan ini telah dilaungkan

aku menghasut
untuk membawa kebaikkan

kali ini aku menghasut
agar terbukalah hati kau
terbuka hati sejuta sosok
terbuka hati si anak muda
terbuka hati anak segala bangsa
terbuka hati bangsa segala agama
terbukalah terbukalah hati
untuk berkampong bersaudara
34 jam di kuala lumpur

aku tahu
kau telah tahu hal ini


aku rasa
semua warga sudah tahu
tentang 1mdb
tentang altantuya
tentang sirul
tentang kenduri anak kahwin
tentang buang pegawai sprm
tentang derma tok arab
tentang saksi yang hilang

aku tak akan berkesah lagi

kali ini
aku hanya ingin bertanya
hujung minggu ini
kau dimana?

kau tanyalah diri kau
kau buatlah pilihan
aku hanya tukang hasut

28/ogos/2015



---------

4 ulasan:

  1. CEPAT SUDAH MASA BER LALU

    SABTU INI NAK KE DENGKIL REST AREA CARI SATAY SAMURI , AHAD PULAK NAK KE PAVILION SHOPPING

    Jangan ada bebudak Bahalol Baju Merah kat jalan raya buat kotor sudah

    Yang lain kira OK....

    BalasPadam
  2. usah kau bimbang
    usah kau ragu
    aku telahpun termakan dek hasutanmu..

    itu bukan bermakna aku bodoh
    kerna akupun boleh berpikir sendiri
    tanpa hasutanmupun aku akan tetap berangkat
    berkampung di sana.

    dan percayalah..
    aku juga sedang hangat menghasut yg lain..

    hehe

    BalasPadam
  3. memang ramai benci kelibat ros najis nie
    yang kerja kerajaan pun dah meluat
    melihat munke cium kaki najis macam tuhan
    semua tau munke ini lebih hina dari najis
    pasal tu boleh berkawan dengan najis
    harapan cuma satu
    mengumpul harta setakat tinggi boleh
    yang soal lain boleh diselesaikan di mekah
    Kah kah kah
    betapa hina sokong yang bunuh manusia
    Betapa hina sokong yang rasuah
    Betapa hina sokong tangan yang mencuri duit rakyat tidak terkata kata hina
    Kita jumpa di bersih 4.0
    Pasti ada agen agen sengaja.memgaturengatur
    Berjaga jaga musuh yang dikenali tidak apa lagi
    Ada musuh yang bersama kita
    Kah kah kaj
    Jaga juga manusia dua alam yang mengaku alim.ulat mak
    Kah laj kaj

    BalasPadam
  4. Good luck guys...go get them....

    BalasPadam