Ketika tulisan ini digarap - Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga Presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli-ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepong oleh perbuatan sendiri.
Serangan warga Pagoh minggu lalu keatas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri. Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin.
Pekara yang sama telah juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Keluang. Malah suasana lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan. Malah sebuah cawangan United Malaya National Organisation Keluang telah meluluskan ketetapan yang meledakan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi : Siapa beri arahan bunuh Altanytuya?
Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara resmi telah membawa resolusi ‘Altantuya’ ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat degan suami Rosmah. Altantuya mengikut Akuan Bersumpah PI Bala adalah ‘Penyedap Najib’.
Mengajukan resolusi ‘Altantuya’ bukan mencari pasal. Cawangan ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampoh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Muhyiddin Yassin.
Apakah ‘ resolusi Altantuya’ ini akan sampai ke persidangan agong parti Ketuanan Melayu - kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas pada ketika ini bontot suami Rosmah sedang dibakar.
Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah telah juga dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang Johor.
MB Johor Khalid Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga Presiden Parti, yang juga Perdana Menteri - TIDAK ada jemputan resmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang. Suami Rosmah mengikut kata Khalid Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo.
Ucapan sademikian bukan satu tamparan tetapi jelas sebagai satu tendangan dari Bangsa Johor terhadap suami Rosmah.
Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BRIM. Sayangnya ahli parti dalam dewan TIDAK ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya ‘ nak BRIM lagi atau tidak?’ - tetiba ramai yang menjawab ‘tidak’.
Suami Rosmah yang telah dimalukan dengan
Laungan ‘tidak ‘ ini telah cuba ‘berpolitik’ dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB. Kes syarikat kapalterbang MAS misalnya. Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti kunun. Tetiba terdengar laugan dari dalam dewan ‘ buka.. buka.bukalah pekong’.
Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa menegok air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah telah cabut lari.
Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Reports. Tidak ada agenda Yahudi disini. Ini adalah fakta dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti United Malaya National Organisation terhadap Najib Razak.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu. Pemain utama ialah Mahathir Muhamad bekas PM Malaysia. Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut lojik Mahathir jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14.
Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidornya.
Mahathir Muhamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka malapetaka akan sampai. Mahathir Muhamad sendiri, bersama suami Rosmah dan kuncu-kuncunya pasti akan ditangkap untuk didakwa. Jenayah Mahathir Muhamad ini tidak jauh bezanya dari jenayah yang sedang dilakukan oleh suami Rosmah.
Hakikatnya : Mahathir Muhamad mahu suami Rosmah berundur kerana Mahathir mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Dalam strateji perang apa yang dirancang dan dicadang oleh Mahathir ini adalah betul. General yang manai pasti akan kalah perang. Apatah lagi jika General ini takut pada bini.
Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB. Pertugas Khas Parlimen dan SPRM telah secara rapi membuat siasatan. Umum mengetahui bahawa tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher suami Rosmah.
Beberapa sosok penting yang bersangkutan dalam SRC International ( anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan.
Hakikatnya - Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah. Hakikatnya dakwaan pecah amanah keatas Muhamad Najib bin Abdul Razak. Pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan telah masuk ke dalam akaun pribadi Muhamad Najib bin Abdul Razak. Khalas. Period.
Jangan silap faham - memang betul ada 2.6 bilion ringgit masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya.
Apa yang disediakan sebagai asas bahan dakwaan oleh Peguam Negara ialah duit sebanyak 42 juta ringgit dari Syarikat SRC International - anak syarikat 1MDB. Duit dari SRC telah masuk ke akaun suami Rosmah selewat awal tahun ini - sebelum kenduri kahwin anak Rosmah.
Justeru, empat pegawai dari syarikat inilah yang telah lari menghilangkan diri. Dua diantara pegawai SRC International dikhendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah.
Sebelum surat dakwaan Peguam Negara sampai ke tangan suami Rosmah , dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan kabinet dilakukan, Jawatan Pertugas Khas Parlimen ‘disabotaj’ dan SPRM diganggu gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM ‘dicutikan’ ke Amerika.
Dengan sakelip mata suami Rosmah selamat. Apakah betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup?
Surat dakwaan keatas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tetiba bocor. Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu.
Yang menjadi lawaknya ialah ada pula ahli Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York.
Tidak cukup dengan menyerang Yahudi - lembaga SPRM mula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan keatas suami Rosmah dihentikan.
Sayang seribu kali sayang - semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah. Face Book, Twiteer, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber.
Akhirnya media baru telah berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Najib Razak suami Rosmah tidak boleh lagi di percayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Malaysia sedang menuju ke arah ‘negara gagal’ jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa. Persepsi ini telah membeku dan menular luas.
Laporan berita mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan memperkukuhka lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampong mula bersembang ‘ kosong’ tentang Rosmah dan suaminya.
Najib Razak sedar akan bahaya persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak - si Najib ini merayu agar ‘ pejuang siber’ parti Ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan Presiden Parti. Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya akan mengikut ‘perangai’ ahli dan penyokong pembangkang yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan.
Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi saperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari hari akhir semakin dekat.
Pada tahap ini - persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber ini telah merebak dan mempengaruhi gulungan perniagaan. Nilai ringgit berbanding dengan dolar semakin susut. Disempadan Siam dan di Kota Jakarta - Pengurup Wang - telah mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merundum.
Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak ada pilihan melainkan berundur.
Lalu timbul soalan untuk Najib Razak:
Najib Razak telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit yang masuk ke akaun pribadinya itu sebenarnya adalah wang derma.
Ya ampon ya Maulana - jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan?
Ya ampon ya Maulana - jika duit 2.6 bilion ringgit ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal ditendang keluar dari kabinet? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
-------------------------
Satu benda yg nko tertinggal;
BalasPadamHj hadi ketua lebai Pro kata: kemukakan 4 org saksi! Negara kita negara demokrasi, biarlah najib habis kan penggalnya!
Bahalulnya ulamak ini........biarkan dia habiskan penggalnya, khazanah negara pun akan habis lebai oooi!
NAJIB ADA PENYOKONG BAIK PUNYA......PARTAI PAIH!
Mari belajar berbahasa...perkataan...BABI MELINTAS...dalam bahasa dusun...tumalip ie wogok....bajau....nyebrang bakas tu tauk....jawa...BABI MELAYU....eiii..jangan marah aku...ini peo javanese......bereti ..ayat sesuai untuk najib...ieeee...najib babi melayu saja jadi pm ni...dapat duit..chow chin chow...kau ini bagaimana..aku harus bagaimana..dia bagaimana..dia kayalah..kau dan aku...garu kayaplaaaaaaaaa.......kakkakakaka
BalasPadamtt Najib dah sebut ada skandal besar di Malaysia Airlines berbanding 1MDB kat AGM Umno Pasir Gudang.
BalasPadamKalo cam tu tolong telanjamg sama skandal Mas tu.
Bravooo .
Bilo nak sumpah bahawa ekau tak kona Jhlow?
BalasPadamHadi anak awang ini ketinggalan keretapi dan berada di zaman batu. adalah mustahil untuk mencari saksi yang boleh dipercayai sekarang ini, oleh itu bukti fizikal dan kehadiran pelaau ditempat kejadian serta motif banyak digunakan untuk memudahkan keadilan ditegakkan
BalasPadamSapa yang percaya duit rm2.6 b adalah derma adalah manusia paling bangang lahir kedunia ini. dalam dunia ni mat salleh kata nothing is free, maknanya tiada apa yang percuma.Derma?pi mampossla....kah...kah...kah...
BalasPadamTolong bagitau najib.
BalasPadamWoooi najib.. hang nak kencing bufak tadika boleh laa..
ini bijak pandai ada banyak tauu.... jng lupa , kau belajar habis sampai mana ye..