SURAT PUTERI
YANG BERANI
Salam perjuangan, saudara Izwan.
Saya terpanggil untuk menulis kepada saudara selepas terbaca artikel tentang "Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan".
Untuk pengetahuan saudara, saya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Exco Puteri Umno Malaysia dan naib ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi menerusi surat yang dihantar kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertarikh 19 Januari 2015.
Pengunduran tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dalam tempoh yang panjang, atas kesedaran prinsip dan falsafah perjuangan saya sudah tidak selari dengan aspirasi saf kepimpinan Puteri dan juga parti yang secara langsung menyekat saya dalam memenuhi tuntutan jawatan seperti yang diharapkan.
Saya pada ketika itu hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti, namun mengundur diri secara baik atas dasar hormat kepada sahabat-sahabat Puteri yang masih yakin dan setia dengan kepimpinan presiden. Kata-kata Soe Hok Gie "...dan seorang pahlawan adalah seorang yang mengundur diri untuk dilupakan seperti kita melupakan yang mati untuk revolusi." adalah azimat yang saya pegang ketika itu.
Namun demikian, pengguguran Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri menyebabkan saya tidak boleh lagi berdiam diri dari menyatakan pendirian saya terhadap pimpinan presiden yang ternyata memecahbelahkan perpaduan parti dan gagal mendengar suara rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan selepas gagal mengurus negara dengan baik ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB dan isu-isu ketirisan yang amat serius.
Saya menyeru agar ahli-ahli Umno, bukan sahaja dari Johor untuk bangkit berdiri dan menyatakan pendirian dengan berani demi parti dan demi Malaysia. Berundurlah, Datuk Seri Najib Razak!
Terima kasih. – 31 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/perletakan-jawatan-exco-puteri-umno-malaysia-haziqah-nasirah-zol-bahari#sthash.uJBW8DGe.dpuf-----------
Tak dapat projek nak letak jawatan ye. Ciannya gitulah orang UMNO
BalasPadamBaguslah kalau dah sedar
BalasPadamPuteri apa kebenda muka macam mak nenek tapi tahniah kerana meletak jawatan.
BalasPadamDiorang marah sebab najib cakap
BalasPadam"duit dah masuk tapi ketua bahagian senyap je bila saya diserang"
Kenapa najib tak cakap awal23 duit dah masuk boleh kami paw