Khamis, 13 Ogos 2015

TURUN TURUN SATU JUTA






Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu
SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.

Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0





TURUN TURUN 

TURUN




--------------

2 ulasan:

  1. saya pun yakin tuan hj mat sabu...!!! 153% persen
    yakin dengan gerakan baharu ini
    sebab tuang presideng paH nak idoQ dengan musuH yg 47% onLy
    mana boLeh itu macam, saya akan gerak_kan
    pemuda pahang tempat Lahir saya
    dan seLangor tempat cari rezeki saya
    insya aLLaH anak muda hari ini cukup berbeza
    cara dan methodoLogy pas bukan
    menyedia_kan waqi' reaLity itu
    paH pas X paham reaLity
    isLam mesra reaLity...
    isLam mesra reaLity...
    isLam sangat mesra reaLity...
    sayedatina aisyah pakar reaLity
    ratusan ribu hadis disambung dari Lisan_nya
    semua_nya mengorak kearah takruf (berkenaLan)
    dengan reaLity dan cinta reaLity,...aminnnn

    BalasPadam
  2. tt - meminjam kata kata Syadina Ali kw. dinukilkan dlm kitab paling mashor * Nahjul Balagah * - Umat Islam senantiasa maju dlm apa jua dimensi sekiranya mereka mengenal Zamannya .

    Sdr.Naziro mengungkap perkataan realLity ada kebenaran nya sebagai ajen perubahan.

    Pas sya ibaratkan sebagai Parti Refah di Turkey yg akhirnya berkubur setelah pemimpin2 progresif meninggalkan parti tersebut dgn menubuhkan Parti Keadilan yg liberal sifatnya yg diketuai Tyyib Ardogan dgn ajenda Islam moderate utk semua rakyat Turkey .

    Kini Ardogan bersama parti yg dipimpinnya telah brjaya memenangi 3 penggal pilihanraya diTurkey.

    Parti brsifat Lebai tak mungkin boleh brjaya dlm sepak terajang brpolitik dlm masyarakat majmuk diMalaysia.

    BalasPadam