Khamis, 17 September 2015

NAJIB RAZAK DIKEPONG



 


NAJIB RAZAK DIKEPONG

Muhammad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor terus berkelentong. Suami Rosmah ini ke hulu ke hilir berlabon membawa  kesah dongeng lagi karut. Semua ini dilakukan kerana pada ketika ini suami Rosmah sedang dikepong.
Kumpulan yang mengepong ini dikepali oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini  pernah menjadi Presiden kepada parti United Malays National Organisation dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Justeru  gerakan kumpulan mengepong  suami Rosmah ini  cukup licik lagi berpengalaman.

Stratiji dan tujuan  Mahathir   amat jelas. Mahathir mahu suami Rosmah  diundurkan secepat mungkin. Suami  Rosmah wajib berundur sebelum PRU14. 

Dalam tulisan ini saya akan cuba membawa pencerahan kenapa dan mengapa suami Rosmah diserang dan dikepong. Dan apa disebalik perancangan Mahathir ini.

Sebenarnya Mahathir tidak suka kepada suami Rosmah ini bukan bermula baru-baru ini.  Tiga atau empat tahun dahulu Mahathir  dalam kumpulan-kumpulan  kecil dan perbincangan tertutup telah menyuarakan kesangsian terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin. Desas desus sering didengar bagaimana dalam kumpulan tertutup ini Mahathir sering  memperlekeh suami Rosmah.
Mahathir bagitu sangsi terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin Malaysia. Mahathir tidak yakin akan kepimpinan  suami Rosmah untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju dalam tahun 2020.

Tanda pertama yang amat jelas datang pada bulan June 2009.  Najib Razak dilantik menjadi PM pada 3 April 2009. Dua bulan sesudah  suami Rosmah menjadi  PM , Lee Kuan Yew telah datang melawat Malaysia.

Lawatan resmi Lee ini bukan satu yang ganjil. Ini  perkara biasa dalam  hubungan diplomasi dua negara. Apa  yang memeranjatkan ialah mendiang Lee Kuan Yew telah juga membuat panggilan resmi melawat Rosmah Mansor.

Umum  mungkin terlepas pandang tentang  babak ini. Ini babak politik yang amat penting. Lee Kuan Yew seorang pemain politik yang licik lagi berpengalaman. Sama saperti Mahathir,  Lee Kuan Yew juga telah memenjarakan ramai seteru politiknya  dengan menggunakan ISA untuk  terus berkuasa. Lawatan pribadi Lee Kuan Yew ini membawa makna politik yang amat penting.

Mungkin ada yang  tidak menyedari bahawa Lee bukan seorang diri datang  melawat Rosmah. Lee telah membawa tiga orang Menteri  Kabinet Singapura. Ini membuktikan betapa pentingnya perjumpaan dengan Rosmah Mansor.
Pekara sademikian jarang berlaku dalam dunia  diplomasi antara Malaysia- Singapura. Babak Lee melawat Rosmah ini menjadi buah mulut. Apabila ditanya maka mendiang Lee Kuan Yew  menjawab: they run the country as a team - mereka memerentah Malaysia sebagai satu kumpulan.

Kumpulan atau tim yang memerentah Malaysia yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew ialah Rosmah Mansor dan suaminya.

Jawapan Lee Kuan Yew ini mensahihkan pandangan umum bahawa dibelakang kuasa Perdana Menteri ialah Rosmah Mansor.  Malah peranan Rosmah dalam pengurusan kerajaan inilah  yang menjadi isi kandungan labon Mahathir dalam pertemuan kumpulan-kumpulan tertutup. Bekas PM ini  yakin  Malaysia kini dikendalikan  oleh Rosmah Mansor. 

Lebai Desas bin Haji Desus terus berlabon tentang bagaimana Najib  sabenarnya sedang  dikawal dan dibomohi oleh  Rosmah Mansor. 
Desas dan desus ini akhirnya dibuktikan baru-baru ini dengan kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Hamid Bador. Menurut pegawai tinggi ini , Rosmah Mansor telah hadir sama  dalam satu ‘mesyuarat tergempar’ kerajaan. Apa ke jadahnya Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan? 

Hari demi hari orang ramai melihat kepongan kumpulan Mahathir terhadap suami Rosmah ini semakin sehari semakin rapat. Jawapan dan tindak tanduk dari suami Rosmah juga menyakin umum bahawa hari hari akhir untuk suami Rosmah semakin dekat.

Hujung minggu ini dalam mesyuarat tahunan  United Malaya National Organisation  bahagian Pekan - suami Rosmah telah mengambil kesempatan untuk mempertahankan diri.

Suami Rosmah telah bersilat lidah berkelentong dalam usaha untuk membersihkan dirinya.  Suami Rosmah telah menerangkan bahawa duit yang diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian bukan duit ‘rasuah’ tetapi bantuan untuk mengendalikan program parti.

Hujah saperti ini  pernah kita dengar. Suami Rosmah berhujah bahawa duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah bukan ‘duit rasuah’ tapi ‘duit derma’ dari saekor Tok Arab.

Mungkin ada Mat Ngok bin Mat Bebal  yang percaya kepada penerangan suami Rosmah ini.

Ucapan suami Rosmah di Pekan bertujuan menangkis pandangan umum yang percaya bahawa suami Rosmah ini hanya dapat meneruskan  kuasa kerana semua Ketua Bahagian Parti Ketuanan Melayu telah diberi duit. Mengikut pandangan Mahathir  ini kesetiaan yang dibayar. Bukan kesetiaan terhadap parti tetapi kesetiaan  kepada kepala Agong.

Justeru, serangan terhadap suami Rosmah berterusan.  Dalam persidangan tahunan parti Ketuanan Melayu beberapa bahagian dengan jelas dan terang telah meminta suami Rosmah berundur.  Tindakan suami Rosmah membuang Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal masih belum reda. Api sekam marah masih membakar. 

Ketetapan parti dan saranan meminta berundur tidak dijawab oleh suami Rosmah. Ini bertambah menyakinkan orang ramai bahawa  Mohammad Najib bin Abdul Razak telah menjadi zombi bangkai bernyawa akibat pukulan bomoh.

Akhirnya Anina Saadudin ahli parti Ketuanan Melayu dari cawangan Padang Matsirat Langkawi telah menyaman suami Rosmah. Saman ini bersangkutan dengan duit 2.6 bilion ringgit yang dikatakan ‘derma ‘ dari Tok Arab.

Tidak cukup dengan ini seorang lagi  bekas pemimpin parti Ketuanan Melayu - Khairuddin Hassan telah pergi membuat laporan ‘money laundring’  atau ‘mengalih duit haram’ terhadap 1MDB dan PertroSaudi di Zurich Switzerland dan di London. 

Cuba teka dengan siapa si Khairuddin membuat laporan polis. Si  Khairuddin telah ditemani oleh Matthias Chang , seorang peguam dan juga bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir ketika Mahathir menjadi PM.

Jelas kelihatan kepongan ini makin sehari semakin mengasak. Hanya menunggu masa untuk menjerut leher suami Rosmah.

Gerakan terajang suami Rosmah ini semakin lantang. Ianya bukan lagi berselindung melalui tulisan Zainuddin Mydin atau Kadir Jasin. Atau komen berlapik dari Sanusi Joned.

Banyangkan Mahathir telah bermati-matian  ketika dipuncak kuasa menentang dan mengutuk demonstrasi  jalan raya. Tetapi pada jam 7.37 petang 29 Ogos 2015  Mahathir  sanggup menjilat air ludah dilantai untuk  turun berdemo dalam Bersih4. Keinginan  menggunung ingin melihat suami Rosmah berambus dari Putrajaya tidak dapat diselindungi lagi

Lalu pertanyaan timbul: Kenapa Mahathir  benci sangat pada suami Rosmah?

Apakah kerana ingin menobatkan anaknya yang kini menjadi MB Kedah? Apakah kerana projek Jambatan Bengkok gagal diteruskan? Apakah kerana permintaan dana 1 bilion ringgit kepada Proton ditolak? Apakah kerana Mahathir  telah menjadi seorang dermokrat yang anti rasuah dan anti penyalah gunaan kuasa? 

Mungkin pada awalnya pekara-pekara ini menjadi sebab kenapa Mahathir mahu menendang Najib. Tetapi kini semuanya TIDAK menjadi sebab musabab lagi. 

Contohnya -  serangan Mahathir ini telah mengoyahkan kedudukan anaknya sendiri di Kedah. Jambatan bengkok dan dana Proton mungkin pada awalnya menjadi penyebab. Ini sebelum meledaknya kes 1MDB. Ini sebelum Tok Arab memberi derma. Ini sebelum Al-Jazeera membuat dokumentri tentang Altantuya.

Hakikatnya babak dan  suasana politik telah mengubah semua ini. Sebab musabab ini juga telah berubah. 

Dari laporan media  orang ramai telah diberitahu bahawa Mahathir secara licik telah bertemu dengan Tengku Razalegh. Telah berbincang dengan Muhyiddin. Telah berjumpa Zahid Hamidi.  Yang gagal ditemui oleh Mahathir hanyalah Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada dirumah.

Apa yang dibincangkan oleh Mahathir dengan sosok ini walah hu alam bisawwab. 

Tetapi mengenali Mahathir pasti dia   telah memasukkan jarum untuk membawa Ku Li, Muhyiddin dan Zahid Hamidi  bersama ke dalam barisan menentang suami Rosmah. Apa yang dijanjikan sesama mereka kita tidak akan tahu sahingga berlakunya peralihan pentabiran di Putarajaya.

Tun Dr Mahathir Muhamad  secara jujur takut akan keruntuhan United Malays National Organisation. Mahathir berpendapat bahawa parti Ketuanan Melayu ini akan lungkup jika suami Rosmah terus menjadi PM. Mahathir memahami dunia Melayu yang jelas melihat Rosmah sebagai  pengamal nasi kangkang.  Mahathir Muhamad gerun kerana keruntukan United Malays National Organisation ini akan berlaku ketika dirinya masih lagi cergas bernafas dan befikir.

Mengikut pandangan Mahathir - suami Rosmah memiliki bagitu banyak masalah tidak akan dapat dipertahankan lagi. Jika suami Rosmah runtuh terbarai maka Najib Razak akan ditangkap dan didakwa. Pendakwaan keatas  Muhammad Najib bin Abdul Razak ini bukan satu yang susah untuk dilakukan.

Adalah fakta sejarah bahawa sehari sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal dibuang dari menjadi Menteri - satu surat pertuduhan pecah amanah telah disiapkan oleh Peguam Negara.  Pertuduhan  pecah amanah ditujukan kepada  suami Rosmah. Pertuduhan ini bukan bersangkutan dengan duit 2.6 bilion ringgit. Tetapi yang bersangkutan dengan 42 juta ringgit  dari SRC International Sdn Bhd.

Justeru hingga ke hari ini empat pegawai SRC International Sdn Bhd telah dihilangkan dari menjadi saksi. Ini juga bukan fitnah. 

Mahathir pasti mengetahui semua ini. Mahathir  pasti masih memiliki jaringan sumber maklumat  yang menyakinkan dirinya bahawa suami Rosmah ini akan ditangkap dan didakwa jika parti United Malays National Organisation runtuh.

Mahathir tahu apa yang telah terjadi kepada General Pak Chung-hee dari Korea Selatan, kepada Marcos di Pilipina atau kepada Suharto di Jakarta.  
Tun Mahathir Muhamad bukan telah menjadi demokrat atau kini  menentang rasuah. Mahathir hanya membayangkan  Rosmah Mansor dan Najib Razak digari.  Kemudian Mahathir  terbayang dirinya sendiri ditangkap dan digari. Sebelum ini berlaku lebih baik suami Rosmah Mansor diterajang.(TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






--------------

6 ulasan:

  1. Mantap

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. kih kih kih...

    ini soalan bukan tuduhan naa!

    kenapa selalu pak tt dan tdm berpisah tiada...

    di mana ada tdm di situ juga pak tt kan enter frame...

    "nampak" saja macam seteru...

    tapi tiap kali tdm buka gelanggang...

    musti pak tt jadi promoter...

    ala-ala ntah sapa kah namanya...

    dulu selalu gak muncul kat gelanggang tinju dunia dengan gaya rambut yang pelik...

    BalasPadam
  3. kalau dua dua kena tangkap perlu ke kit buat satu lagi hari utk merdeka???

    BalasPadam
  4. Wah...bang den kono balik jelobu ni, boguru mo abang...hahahaha

    BalasPadam
  5. Gwa ramai kawan drebar teksi..drebar datuk ..drebar bas....ranking gwa berkawan..tiada protokol...apa yang gwa nak kongsi disini ialah...TOK ARAB...bila musim panas melampau di saudi.maka ramailah arab arab honeymoon...high noon...beernoon...dollnoon..kek malaysia...spot meke ni..bukit bintang...langkawi..genting...bukit tinggi resort..penang..melaka...apa yang sama dengan cerita member member gwa ni....Tok arab ni semua kodokut..taik hidung masin...tangkai jering..haji bakil haji jin tonik...hampir semua membawa cerita yang sama...kalau 100 kes..105 cerita yang serupa...dah tu nak suruh aku percaya najib dapat derma dari tok arab....kakkakakakakaka...aku sanggup bunting lah walau aku lelaki kalau nak suruh aku percaya seekor najib ni....kakkakakakakka...pukimak betul..agak agaklah nak kencing.

    BalasPadam
  6. Senang cerita, umno runtoh....najib & rosmah & Mahathir masok jel kah kah kah

    BalasPadam