MUAFAKAT
PENUBUHAN
PAKATAN HARAPAN
Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Najib Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.
Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkan yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Najib Razak.
Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkuatkuasa hari ini.
Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.
Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.
Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Najib Razak.
Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.
Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang.
YB DR Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden Keadilan
Ketua Pembangkang
Presiden Keadilan
YB SAUDARA Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP
Ketua Parlimen DAP
YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
Presiden Parti Amanah Negara
22 September 2015
---------------------------
Seluruh rakyat malaysia di gunung ganang, bukit bukau, kampung2, pekan2, kota2 dan pesisir pantai sekelian. Hari ini tuan2 dan puan2 buatlah satu keputusan paling penting dalam hidup tuan puan dan paling bermakna untuk anak cucu tuan puan.
BalasPadamPilihlah, berazamlah dan berniatlah dengan seikhlas2nya dari lubuk hati yang paling ikhlas bahawa tuan puan akan memilih PAKATAN HARAPAN SEBAGAI WADAH POLITIK BARU DEMI MASA DEPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA.
DAP-PAN PKR..PAS main wayang....bahasa key el...depan p.k.r .... pas wayang ler der....hehehehehehe
BalasPadamIni baru ada Pakatan Mantap
BalasPadamSemua Ketua Orang Bijak Pandai dan Ada Otak
Dulu Pakatan ada Orang TOLOL semua bende tak jadi
Tak percaya tanya HADI THE GAGAL