2 SEPTEMBER 2015
PERTANDINGAN FOTOGRAFI
SEMPENA BERSIH4
Umum mengetahui kejayaan penganjuran perhimpunan aman 34 jam Bersih 4. Perhimpunan ini telah menempa nama dalam sejarah demokrasi di Malaysia dan penganjur mengganggarkan sekitar 500,000 peserta telah menyertai perhimpunan ini.
KEADILAN melalui page facebook Demi Rakyat menganjurkan pertandingan fotografi sempena Bersih 4. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyertai Bersih 4. Gambar penyertaan bolehlah dihantar ke emel pertandinganbersih@gmail.com sebelum 6 September, 2015. Pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM1000. Hadiah kedua dan ketiga ialah RM300 dan RM200.
Karya yang terbaik akan dipilih oleh juri untuk dipamerkan di Facebook Demi Rakyat dan rakyat sendiri akan memilih gambar yang terbaik. Gambar yang mendapat “like” terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Pengundian oleh Rakyat adalah dari 7 September hingga 16 September, 2015.
Pertandingan ini dianjurkan kerana untuk mempertontonkan suasana sebenar perhimpunan Bersih 4 daripada lensa rakyat sendiri. Ini seterusnya dapat menangkis propaganda buruk tentang Bersih 4 oleh kerajaan Barisan Nasional. Perhimpunan ini mengambarkan suasana majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman disamping berbilang kaum dan agama.
Kerajaan dilaporkan sekarang ingin menyiasat peserta Bersih melalui gambar-gambar yang dipamerkan di media sosial. Ini adalah satu tindakan “persecution” terhadap peserta-peserta Bersih4 yang keterlaluan. Pertandingan ini juga adalah “Open Defiance” kepada usaha Kerajaan BN untuk menakut-nakutkan rakyat. Jika pihak kerajaan ingin mengambil tindakan terhadap rakyat yang menyertai Bersih4 dengan mengunakan gambar, maka parti KEADILAN ingin tanya adakah pihak kerajaan bersedia memulakan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Mahathir yang turut sertai perhimpunan Bersih dengan segala gambar dan foto beliau.
Rakyat juga tertanya-tanya adakah Mahathir akan dipecat dari UMNO kerana menyertai Bersih4. Tindakan Mahathir ini jelas melanggar arahan kerajaan dan parti dan merupakan open defiance kepada perintah UMNO dan kerajaan. Lembaga Disiplin UMNO baru memecat ahli UMNO Anina Saadudin, adakah kemungkinan lembaga disiplin UMNO juga memecat Mahathir?
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah melayari www.facebook.com/demirakyat13 untuk mendapatkan keterangan dan syarat-syarat pertandingan fotografi Bersih4.
Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Pengarah Strategik KEADILAN
MP Bayan Baru
Pengarah Strategik KEADILAN
---------------
woit betul lah setengah juta hadir bersih 4 ?
BalasPadamnajib kata 23 orang saja yang datang...yang lain pakai.photoshop.dot.xom.my...kah kah kah....malaysia ada undang 2 yang terbaik...kalau nampak orang buang sampah...senyap.senyap sudah lah.....yang buang sampah tidak.bersalah...yang tukang lapor pulak kena panggil.ambil.keterangan...harap semua faham...kah kah kah mampooossss woit