Isnin, 21 September 2015

PERANG SEMAKIN BERAT





INI MAKiN

BERAT


UMNO cawangan anjur forum tolak kepimpinan Najib



PETALING JAYA: Kecewa dengan kepimpinan  Mohd Najib  Razak, UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan mengadakan forum khas.
Forum bertemakan “Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa”, turut menjemput Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucapan.
Mengulas mengenainya, Ketua UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman mendakwa ia diadakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang ada sekarang.
Katanya, majoriti akar umbi UMNO cawangannya sudah tidak memihak kepada Najib disebabkan beberapa tekanan yang dihadapi rakyat seperti bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenaikan kos barang dan kejatuhan nilai Ringgit.
“Forum ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan UMNO tetapi hanya mahukan Najib berundur. Kita mahu selamatkan UMNO daripada terus rosak.
“Benar, kita akan jemput  Mahathir ke dalam forum itu dan diharap rakyat dapat mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada Tun Mahathir mengenai masalah yang sedang dihadapi UMNO dalam forum itu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Forum berkenaan dijangka akan dianjurkan pada 3 Oktober ini, jam 3 petang di Ballroom, De Palma Hotel, Ampang Selangor Darul Ehsan.

KAH KAH KAH
woit
ini makin berat
ini cawagan di kl
ini cawagan dalam bandar
ini bukan cawangan johor
kah kah kah
ini mesti hebat
ini mesti punuh full house
kah kah kah

TERUSKAN
----------------

2 ulasan:

  1. Pandan ini tempat Rafizi

    UMNO Pandan sudah dapat Otak Rafizi nampak nya

    Sudah cukup jadi BODOH sekarang sudah sedar jadi Orang pulak

    Dulu dulu.... BON BON kot.

    Susah lah macam ini , Mat Bahalol dah banyak orang tak suka....

    BalasPadam
  2. Hanya di malaysia.perdana menteri banyak gelaran.....mat bahalol.mat gincu.mat tuntuya.mat kangkang.mat palat.mat derma.mat takubin.mat syok sendiri.mat kencing.mat bugis.mat sapu.mat 1mdb.mat pekan.mat tangkap.....matilah kau..didalam sanubari kami....hahahahahahahaha...aku statik...dialah mat nasi kangkang ku.....kakakakkakakakaka

    BalasPadam