DEDAHKAN TERMA-TERMA
PERJANJIAN KONSESI HOSPITAL UITM PUNCAK ALAM
Pendedahan saya di dalam Dewan Rakyat pada hari Selasa mengenai cadangan menganugerahkan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam telah mendapat beberapa reaksi semalam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQufFFPD9cdhcM-eK6yPcMPRYhnrwchbsx4v3kIbbgJ2sN3UuxVZpfTAQA0TQrNIsXvMxkNLHvq1Wt788ARy_oiUHtncdKdghXmBPZEN6mmjI3cZ1wMlhWeRXvaSvqi-siXyTC11ZqT3J8/s320/RASUAH+AUSTRALIA+1.jpg)
Semakan saya menunjukkan bahawa Lembaga Pengarah UiTM akan bermesyuarat pada hari ini dan salah satu agenda utama ialah menilai cadangan penswastaan Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi seperti yang saya dedahkan. Hari ini, Lembaga Pengarah UiTM akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh syarikat milik Rozalli Ismail iaitu TRIplc Berhad bagi penswastaan tersebut.
Saya menggesa supaya setiap Ahli Lembaga Pengarah UiTM mengambil pendirian bebas dengan menolak sebarang campur tangan Putrajaya dalam projek ini seterusnya membuat keputusan untuk menolak cadangan penswastaan melalui sistem konsesi. Ahli-ahli Lembaga Pengarah UiTM sedia maklum bahawa kos membina dan menguruskan sendiri oleh UiTM adalah jauh lebih murah daripada apa yang terpaksa ditanggung UiTM dan rakyat melalui sistem konsesi.
Saya juga dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Selangor semalam menyebut bahawa kos keseluruhan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi yang dicadangkan hanyalah RM800 juta, bukannya bernilai RM8.2 bilion seperti yang saya dedahkan.
Saya menasihati beliau supaya menyemak dan meneliti sendiri dokumen mengenai penswastaan ini seperti mana yang telah saya lakukan agar beliau tidak malu nanti apabila maklumat-maklumat ini keluar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAEL_Hy-D6f-I9m93I1L9w48NtM2WdlHcxfoRKPb74w-33G923OVW3Di989qzZt_MF1dUM9XL7MnoQ9ZU0A9i6TKzd_bRkxtrh1J2JMBojKdb-8bQ6y_bdzVB8FoOj0vdRsdkMZFNLjsz_/s280/RASUAH+AUSTRALI+2.jpg)
Saya akan menunggu maklumbalas dari kerajaan sebelum mula menghuraikan butiran-butiran mengenai cadangan konsesi ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
----------
Lahanat semua nya mana ada betul pon
BalasPadamBilyon Bilyon lah Abang !!!!!